Puas hatikan bila segala cheritera kehidupan dicoretkan sebagai sebuah kenangan. Bagi saya sebagai seorang akauntan yang sukakan sukan-sukan sebegini, sepastinya akan melakukan coretan kenangan padanya untuk tatapan dan kongsian bersama.
"Kenapa ekkkk?" kata orang Muar (Orang rumah Orang Muo)
"Kerana ianya satu yang perlu diabadikan sebagai kenangan ... bah." Jawab Orang Sabah (Saya la tu)
Umumnya, aktiviti ini tidak akan menjadi suatu kenyataan tanpa sebarang usaha dan daya serta kepayahan untuk melakukannya.
Ringkasnya, video ini menceritakan serba ringkas perjalanan, penjelajahan dan penerokaan kembara saya dan rakan-rakan AKRAB@KKR 2017 menawan Bukit Bendera (Penang Hill), Pulau Pinang. Cheritera bermula jam 6.30 pagi, ke 9.30 pagi dan berakhir dengan jam 3.00 ptg (Saya sampai jam 11.30 pagi yerk, sempat lak solat jamak kat Masjid Bukit Bendera dekat atas bukit tu) di Kaki Buki Bendera selepas menaiki keretapi untuk acara seterusnya Nasi Kandaq Beratuq .....
Coretan Video : Kembara Menawan Bukit Bendera, Pulau Pinang - AKRAB@KKR 2017
Masjid Bukit Bendera |