Selasa, 14 Februari 2017

2017:Kembara Riadah AKRAB Jabatan (Senarai Peralatan Dengan Applikasi Quip)

Bengkel, Riadah dan Kursus merupakan agenda kerja yang sering saya hadiri dalam menjalankan amanah kerjaya sebagai kakitangan awam.  Perancangan pakaian hendaklah diatur dalam memastikan segalanya berjalan dengan baik dan menyeronokkan.  Tak perlulah kita tercari-cari, terpinjam-pinjam dengan rakan sekursus atau sebilik untuk memuaskan hati sendiri.  Malah kadang-kala kita terbeli baru keperluan tertentu semasa berkursus demi kepuasan kita untuk berkursus.

Well, saya jenis yang tak suka nak berpinjam-pinjam semasa berkursus, berbengkel ataupun beriadah untuk sesuatu acara oleh organisasi saya.  Untung lah juga saya mempunyai kelebihan penggunaan aplikasi gadget yang rasanya banyak membantu saya. Saya tetap memilih Quip sebagai aplikasi pilihan penyenaraian saya untk setiap acara yang saya hadiri.

Berikut adalah Senarai Peralatan Kembara Beriadah dan Bengkel AKRAB yang saya bawa untuk ke destinasi di Utara Semenanjung Malaysia bersama rakan-rakan AKRAB Kementerian.  Ianya saya kongsikan bersama kerana mungkin berguna untuk semua.

Antaranya (Klik pada gambar untuk membesarkannya ) :

  • Pakaian Aktiviti dan Riadah Peribadi
Senarai Barangan Pakaian

Pakaian Riadah

Topi Pilihan Saya
Jaket Terang / Cum Wind Breaker Pilihan Saya (Kalau Hujan Boleh Guna)
Plus : Hiking Stick
Kasut Aktiviti Dalam Kelas (Spare Jerk)
  • Peralatan Aktiviti Tambahan Peribadi
Senarai Peralatan Aktiviti Tambahan
Pisau Serbaguna 
  • Peralatan Toiletries Mandi Peribadi
Senarai Peralatan Toiletries Mandi
Set Peralatan Mandi
  • Peralatan Kekemasan Peribadi
Senarai Peralatan Kekemasan Peribadi
  • Peralatan Telekomunikasi Peribadi
Senarai Peralatan Telekomunikasi Peribadi
Set Peralatan Komunikasi Bersekali Dengan Wayar dan Pengecaj
  • Peralatan-Peralatan Peribadi Lain
Senarai Peralatan Lain
  • Nota Tambahan Berkaitan Perancangan Barangan dan Peralatan : Peralatan yang saya bawa saya tandakan dengan nombor unit yang di bawa.  Bagi yang bernombor "0" (Kosong) ianya bermaksud tidak diperlukan semasa kursus dan ianya tidak perlu di bawa.

Begitulah, saya.  Saya akan memastikan setiap barangan dan keperluan saya sentiasa mencukupi mengikut bilangan hari saya berkursus/bengkel dan beriadah.  Penghujungnya saya tidak perlu meminjam ataupun menggunakan peralatan orang lain, yang mana banyak menyusahkan rakan dan teman-teman kita sendiri.

Dari segi kewangan perancangan saya atur agar setiap sen digunakan dan tidak mewujudkan pembaziran.  Alhamdulillah kewangan saya tidak berbaki negatif dan balik dengan hati yag penuh kepuasan untuk bertemu keluarga.

In adalah perancangan kewangan semasa berkursus saya yang saya rasa perlu dikongsikan bersama :- 
Perancangan Kewangan Semasa Berkursus/Bengkel Di Sungai Petani Kedah

  • Nota Tambahan Berkaitan Perancangan : Keperluan kewangan untuk sesuatu bengkel/ kursus serta riadah organisasi adalah sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa mengikut lokasi dan matlamat bengkel/ kursus ataupun riadah organisasi.
Senarai ini merupakan senarai cadangan sahaja, dan ianya mengikut keperluan semata-mata.  Umumnya, banyak peralatan di dalam senarai ini adalah kegunaan harian semua di dalam kehidupan saya.  Ianya saya pergunakan semuanya untuk kegunaan aktiviti dan kursus saya dari masa ke semasa.  

Apa-apa pun selamat membaca...

Just Sharing.... .









Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...