Keinginan serta naluri ingin melakukan sesuatu yang terbaik, kadang-kala mampu mengangkasa kita melampaui batas keilmuan diri. Begitulah lumrah manusia yang tidak pernah lari dari keluk serta andaian "cetris paribus" ekonomi makro alam.
Setelah puas membelek-belek "page" sendiri yang kosong, saya isikan ia dengan "Welcome Wall" bagi menarik minat lebih ramai pelawat serta "follower" saya. Kini, saya mampu menjemput mereka untuk mengikuti serta menyukainya (me"like"nya). Tidak perlu lagi tertunduk malu ke bumi yang indah ini.
" Welcome Page : 'theFLAME Goes Shooting© " Diedit sendiri oleh 'theFLAME Goes Shooting© |
Terima kasih saya tujukan khas buat semua pengunjung "blog", "facebook", "flickr" dan "page" saya, di atas kesudian memberi komen positif yang membina, terutama sekali dengan idea-idea menarik dalam persaingan teknologi terkini ini. Saya akui bahawa saya sememangnya serba kekurangan di bidang teknologi maklumat sebegini. Yes!!!!!! Sekurang-kurangnya, saya kini mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka-mereka yang dahulu dari saya atau bersama saya di bidang fotografi.
Tak perlu jalan "berkepak" atau mendabik dada akan kemahiran masing-masing dengan merendahkan karyatas orang lain. Kita juga mampu terbang tinggi di awan, bersama mereka yang mengepak sayap lebih tinggi. Pokoknya, di mana kemahuan di situ pasti ada jalan.
Ada kiriman e-mail yang sampai ke e-mail peribadi saya, bertanyakan tentang hasilan karyatangan saya. Umumnya, setiap sentuhan saya diwarnai sendiri dengan kreativiti diri, bukannya culikan karya orang lain yang tidak terbayar nilainya.
"Hei…… "Page" saya, kawan! Mestilah sentuhan saya tau….. bukannya sentuhan orang lain."
Mencuri dan menculik idea orang lain adalah kedurjanaan ummah tertinggi. Saya tidak menyukainya.
Itulah saya, yang serba kekurangan dalam bidang fotografi, pengeditan foto, komputer dan pengaturcaraan komputer. Segalanya saya usahakan sendiri, "Demi Sebuah Perjalanan Atas Nama Perubahan". Perubahan paradigma seorang Akauntan, seorang Jurufoto Bebas, seorang pelayan Gitar Murahan, seorang Jururunding Kewangan Bebas, seorang Ayah kepada 4 orang anak (Aina, E'KiM, E'ZiQ dan Ariyana) dan seorang Suami kepada isteri (Elly Salleh) kesayangan.
Salam dan selamat berkunjung ke "page" saya. Sebarang komen dan pertanyaan akan saya layan secara professional (oleh saya sendiri) dari masa ke semasa.
Wassalam…..
p/s : panasnya malam ini…… a-con tak rasapun. kedengaran ungas-ungas kota meriuhkan suasana sepi taman tercinta ini. Elly, Aina, E'KiM, E'ZiQ dan Ariyana telah dibuai mimpi dengan dengkuran sunyi.
'theFLAME Goes Shooting
ThePhotoBlogger
Home Sweet Home.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan