Khamis, 11 Ogos 2011

Di Pintu Sepi ………………….. Aku Gelendangan Professional

(Nota : Sebelum memulakan bacaan tu…. Gelendangan Professional adalah saya sendiri…. Bukannya sesiapa…. Saya takut nanti tukang karut dan tukang cerita akan kata saya mengatakan seseorang lain pula Gelendangan Professional.)

Menarik juga nak diceritakan hari ini, bila blog saya yang agak sepi (sepi la rasanya kot) dikunjungi oleh 20 pelawat bagi tajuk "Bukan Kerana Nama Tapi……. Kerana Amanah."  Ianya telah di"post"kan pada 03 Ogos 2011.  Aduhhhh……. glamer juga saya yerk.

Jumlah pembaca "post" bagi tajuk ini adalah seperti berikut :-
  • 57 orang pembaca  (dalam tempoh 2 hari : 9 Ogos - 10 Ogos ), 
  • 63 orang pembaca, (dalam tempoh seminggu bermula : 3 Ogos - 10 Ogos), 
  • 73 orang pembaca, (dalam tempoh sebulan : 12 Jul - 10 Ogos )
Apa yang bestnya?
Entahlah…  Sayapun tidak pasti. Namun segalanya terjawap bila saya menerima e-mail dari seorang pembaca berbunyi…
Salam 'theFLAME Goes Shooting
Selamat Berpuasa, tahniah atas tulisan yang semakin hari semakin Ilmiah dan informative, teruskan dengan gaya tulisan anda tanpa menciplak mana – mana gaya penulisan orang lain.
Sedikit komen – tulisan hari jumaat (5/8/2011) agak emosi dan perlu pertimbangan cara penyampian yang lebih lembut – sebab tulisan awak akan di baca simpai bila-bila dan dapat di ekses oles semua penguna internat.
Keseluruhan tulisan semakin matang dan infomatif
tahniah
….o0o….

Saya dapat juga sebuah mesej dari seorang kawan yang berbunyi (saya salin sepenuhnya, mesej ini untuk nilaian semua )….
"(Baris 1 :) Sy dapat tahu yang bos kn surat amaran dr bos no 2… pastu kate nk tumbuk dia…. terkejut gak dgr bos dpt surat… dlm hati cam x kena je sbb org tu pun same je… selalu ilang…
(Baris 2 :) sy pun x bc lgsg pun psl blog n fb tu.. x tau plak.. ngtkn isu monyet ti just biasa je… tp x sangke plak camni jdnye…" 
(terjemahan baris 1 : "Saya dapat tahu yang tuan dapat surat amaran dari bos no 2.. lepas tu katanya nak tumbuk dia (bos no.2) terkejut juga dengar tuan dapat surat…. Dalam hati saya macam ada yang tak kena dengan cerita ni, sebab mereka pun sama juga (lebih jauh teruknya)… malah selalu hilang dari tugas.")   
(terjemahan baris 2 : Saya pun tak baca langsung pun pasal blog dan Facebook tuan tu… tak tahu pulak isu ni sampai ke situ.  Ingatkan isu monyet tu just biasa sahaja.  Tapi tak sangka pulak jadi macam ini.")


….o0o…. 
"mmmmm…..patutlah ramai pengunjung blog ni secara mendadak." tersenyum saya membacanya (hati kecil saya tergelak besar juga.)
Bodohnya saya nak tumbuk orang besar-besar ni yerk.  Apa nak mampus ke saya ni?  Inilah satu lagi budaya menghalalkan cara…. Tak dapat peha, betis pun jadilah.  Jawapanya, "Kita fitnahkan dia supaya buruk dipandang mata!!!!!!!" Boleh ker orang yang memfitnah ini kita doakan yang ………? Hishhhhhhh jangan cari pasal…. kang 7 petala langit mengamiinkannya sekali. Kan ker kes haru biru pula jadinya.
"Entahlah……. tapi doa orang yang difitnah di bulan Ramadhan ini line-clear juga." hati saya teringat pesanan seorang rakan. 
Yang mengiakan kata-kata orang tertentu pula… lupa akan bumi dipijaknya.  Kenapa saya lakukan protes yang saya tahu risikonya.
"Tak apa la… iso' nopo sipek… kabur-kabur nogi pandang sia." saya teringat kata-kata jenaka semasa seklah dahulu.
Persoalannya, bila kita perjelaskan langsung tidak didengar… malah selepas saya keluar dari memohon penjelasan, saya dikatakan ingin menumbuk orang yang saya nak bertanya.  Apa saya dah gila ke?  Itu kerja orang tidak professional langsung.  Tapi, adakah memfitnah itu professional? Entahlah.
"hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha ahahahahahahahahahahahahah…." saya memohon gelak sekejab.
Inilah susahnya budaya kita hari ini.  Bila kita ingin memperjelaskan, kita ditempelak, tidak diberikan ruang membuat penjelasan.  Bila kita ingin berjumpa menyatakan serta ingin meluahkan rasa serta masalah kita, kita tidak boleh berjumpa dengan orang yang kita ingin temui.  Kerana orang yang kita harapkan entah ke mana.

Ada masanya, bila kita ingin berjumpa untuk mengengahkan isu, orang yang kita harap boleh membantu masih belum masuk kerja.  Bila kita meluahkan rasa kita pada orang seterusnya atau penolongnya… kita dikatakan hanya berbincang dengan "perempuan" jerk. Habis macam mana nak jumpa….. bak kata orang yang menghantar mesej… Kalau asyik hilang saja (bukan saya kata.)
"Susah… susah… susah…"
Saya amat menghormati professional tertinggi seperti pengarah.  Takkan lah saya nak membawa isu-isu dalaman kerja saya untuk dibincangkan bersama dengannya.  Salurankan ada.  Habis kalau saluran pun sukar untuk saya perjelaskan kerana "Tiada" susah la.

Pokok pangkalnya…. berbalik kepada jawapannya si peghantar mesej itu juga. 

Cukuplah lagu ini untuk saya…. menemani kehidupan saya.

Di Pintu Sepi : Kumpulan Search

Salam… dari kejauhan…

'theFLAME Goes Shooting
(Di Pintu Sepi)

p/s : siapa yang makan cilinya rasa lah juga pedas nya kan….. semalam saya beli ikan bakar untuk berbuka… cilinya mak oiiiiii pedas giler. Ini kang adalah yang pakat cetak supaya bergaduh semua pihak.  Almaklumlah saya kan "Gelendangan Professional."


BTW… switch off the streampad tu yerk nak dengar lagu ni.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...