Ahad, 4 September 2011

Hari Terakhir Ramadhan Al Mubarak 1432H

"Abg …. Family dah buat discussion tentang masakan pagi raya…?" Elly memecahkan kesunyian sahur terakhir Ramadhan.
"Kita kena urus dan masak sayur lodeh dan sambal kacang atau sambal tumis." sambungnya lagi.
Saya hanya mendiamkan diri, menunggu penjelasan penuh perancangan.
"Plus……. pakai budget sendiri.  Family lain…. bla.. bla.. bla.. bla.." sambung Elly menamatkan perbincangan.
"Okey…. Just prepare budget, rasanya taklah sampai RM100/- tu." jawab saya ringkas tanda setuju.
…o0o…
 9.00 pagi
"Darlingggggg…. bangun, jom ke Muar.  Kata tadi nak gi beli bahan-bahan masakan raya." Elly menggerakkan sunyi pagi saya.
 9.30 pagi.
Dengan berpakaian ringkas, saya terus ke D-Max WVF 3539 untuk tugasan seterusnya.  Engin D-Max yang segar dipanaskan seawal pagi oleh E'KiM meluncur laju ke Kota Maharani, Muar untuk perancangan seterusnya.
 10.15 pagi.
Destinasi dirancang adalah Pasar Basah Astaka, Kota Maharani, Muar.  Pagi terakhir Ramadhan 1432H di Kota Maharani, Muar sememangnya sibuk.  Sibuk dengan keranah warga kota yang balik kampung untuk persiapan akhir raya.
"Kita ke bank dulu… then beli barangnya?" Elly memulakan bicara berkaitan perancangan pembelian barang-barang persiapan raya.
"Nah… Listnya. Parking…. dekat sebelah Pasar Astaka, kalau jem sangat." sambungnya lagi.
Kesibukan Kota Maharani, Muar sememangnya sibuk dengan kerenah jentera warga kota, sehinggakan kesukaran terasa untuk mencari tempat letak kereta.
Senarai Bahan-Bahan Juadah Lebaran Untuk Persiapan Elly.
Foto : 'theFLAME Goes Shooting
"Gotcha….. " hati kreatif saya terpandang ruang letak kereta dibelakang 7-eleven (depan Pasar Astaka) Muar.
"Makkkkk Oiiii …. banyaknya." mata saya terkebil-kebil membaca senarai yang diberikan.
12.00 tengah hari.
Kesemua yang tersenarai diselesaikan dengan sempurna. Cuma sedikit perubahan dalam senarai :-
  1. Kelapa / Santan - 5 biji.
  2. Kacang Panjang - 1 Kilo
  3. Kobis - 2 biji
  4. So'on - 5 peket
  5. Tauhu Kering - 5 peket
  6. Lobak Merah - 10 biji (Hanya 6 biji sahaja)
  7. Sengkuang (Tidak Dibeli)
  8. Kentang - 3 kg
  9. Fish Ball
  10. Fish Cake
  11. Lada Besar
  12. Lada Kecil
  13. Udang Kering
  14. Ikan Bilis
  15. Tempe (plastik) - 6 bungkus
  16. Tauhu - 15 biji
  17. Lada Kering
  18. Kacang Tanah
  19. Serai - 3 ikat
  20. Cendawan Butang - 1/2 kilo
  21. Mi Maggie
  22. Sos Tiram
  23. Sos Cili
  24. Sos Mee Goreng
  25. Sawi
  26. Bawang Merah, dan;
  27. Belacan.
1.00 petang
Sampai rumah dan tidur…. (Penat sangat… almaklum la puasa…. hehehehehehe).
5.00 petang.
Saya bangun setelah dikejutkan dengan deringan jam loceng, untuk ke Bazaar Ramadhan Parit Sulong bagi menyusur Bazaar Juadah Berbuka Ramadhan Terakhir 1432H.  Susuran juadah Parit Sulong hari ini tampak lesu.   
"Mungkin kerana lambaian lebaran sudah terasa bagi warga Parit Sulong. " hati saya mengangkat semangat akhir Ramadhan 1432H. 

"Suasana Bazaar Ramadhan 1432H, Parit Sulong."
Foto : 'theFLAME Goes Shooting© 
Kesukaran mencari juadah berbuka, menyebabkan saya berhenti di sebuah gerai Roti John yang tampak penuh dikerumuni oleh ramai pengunjung.  
"Bang…. Roti John 3 bungkus…." saya menyampuk abang penjual Roti John.
"Okey…. tapi kena tunggu, abang orang yang ke-18 ni." jawabnya sambil memandang saya.
"Wowwwwww…., okey, saya order dulu dan kejap lagi amik yerk." saya membuat pesanan.
"Roti John, Parit Sulong."
'theFLAME Goes Shooting© 
6.30 petang
Roti John yang dinanti pun siap.  Saya memecut D-Max balik untuk berbuka bersama keluarga.
7.00 petang 
Saya tiba di rumah. Mandi dan bersiap untuk berbuka bersama keluarga.  Di laman, anak-anak bermain "Teng-teng" sambil menunggu waktu berbuka.
Gelagat anak-anak menanti waktu berbuka.
Foto : 'theFLAME Goes Shooting© 

Selamat Tinggal Ramadhan 1432H
Semoga berjumpa kembali di tahun 1433H nanti.

'theFLAME Goes Shooting
Coretan : 29 Ogos 2011
Post : 04 Sept 2011





Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...