Sabtu, 3 September 2011

Pulang Menyambut Lebaran 1432H

Ketiadaan Pengasuh Emran Haziq (E'ZiQ) dan Ariyana Yasmin (A'Yana), tahun ini tidak menghalang kami Menyambutan Lebaran Yang Mulia ini.

Sungguhpun kepayahan dan keperitan Lebaran kali ini, kesyukuran tetap kami pohonkan kerana rahmatnya.  Cuti Lebaran 1432H, yang saya pohon tahun ini sepatutnya, hanya dua hari sahaja menjadi empat hari, dari implikasi permainan politikus TASKA Taman Kundang Jaya.  Akur sahajalah dengan cabarannya.

Jauh di sudut hati, perasaan ehsan dan kasih, tetap saya hulurkan buat Elly yang sibuk melayan persiapan mesyuarat di minit-minit akhir dan Mesyuarat JPKA, Jabatannya.  Tak apalah…. itu adalah cabaran professionnya.  Saya akur dan mampu menjawap "Understood…!"

Perjalanan "Pulang menyambut Lebaran 1432H" tahun ini kami mulakan seawal Jumaat (27 Ogos 2011) jam 9.30 malam.  Alhamdulillah, tiada banyak halangan sepanjang perjalanan.  D-Max WVF 3539, memecut dengan lancar menuju ke destinasinya.  Cuma saya yang sesekali menguap melayan Lagu "evergreen" Hari Raya dan Kumpulan "Teacher's Pet" menyusur malam Selangor-Kuala Lumpur-Negeri Sembilan-Melaka-Muar, Johor.

Sempat juga, jejari memetik iPhone 4 merakam gelagat anak-anak sepanjang perjalanan dan suasana perjalanan ke kampung halaman.

"Whatsoever….. Don't Forget To Buckle Up Your Seat Belt." pesanan
Elly pada saya yang dok layan D-Max WVF 3539.
Foto : 'theFLAME Goes Shooting © 
Gelagat E'KiM…. sepanjang perjalanan
dari Taman Kundang Jaya Ke Muar, Johor.
Foto : 'theFLAME Goes Shooting ©
Gelagat E'KiM…. Setiba di Kampung…. Tanpa Wifi, Broadband melayan
Foursquare & Facebook dalam kesamaran.
Foto : 'theFLAME Goes Shooting ©
Indahnya Lebaran 1432H tahun ini, sentiasa melekat di minda.

Bekalan Perjalanan Istimewa Saya Untuk Pulang Ke Kampung.
Foto : 'theFLAME Goes Shooting ©
Indah Lebaran…. Hiasan Lampu Sepanjang Perjalanan.
Foto : 'theFLAME Goes Shooting ©
Kuih Raya Menjadi Pemangkin Semangat Lebaran Di Hentian SerembanFoto : 'theFLAME Goes Shooting ©
Tangkak…. Menyambut Kami Dengan Keriangan.
Foto : 'theFLAME Goes Shooting ©
Bingkisan lagu-lagu raya yang berkumandang di radio menggamitkan hati, wajah Ayah dan Bonda di Sabah, Muar dan Melaka sentiasa berselang seli di minda.

Namun, bak kata orang tua-tua, "Di Mana Bumi Di Pijak Di Situlah Langit Dijunjung".

Salam Ramadhan Al Mubarak & Aidil Fitri Buat Semua (khas buat mereka yang tersayang) di kejauhan….


'theFLAME Goes Shooting© 
Coretan : 27 Ogos 2011
Post : 03 Sep 2011

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...