Khamis, 20 Oktober 2011

Need Your Advice (Part 1)

"Need Your Advice…" tajuk sebuah e-mail yang baru saya terima semalam.

Email 19-Oktober-2011 Dari Seorang Sahabat.
Fail-Fail Yang Dilampirkan Bersama.
Foto Diedit Oleh : © 2011, 'theFLAME Goes Shooting

…..o0o…..
"Hello….. Man.." saya menghubungi sahabat saya.
"Hello…. Sahabat, dah baca e-mail saya ke ?" tanya sahabat saya.
"Dah, Man…. cuma saya nak tanya nak beli untuk apa ? Persendirian atau Perniagaan." tanya saya lagi.
"Untuk persendirian sajer, kawan…." tambah sahabat saya.
"Minta nasihat dan pandangan dari seorang sahabat yang hebat malah dah terror dan top sikit boleh ?" tambahnya lagi.
"Hebat tu idok ler…. saya ramai lagi hebat… terror pun tak, apa lagi top… Tapi kalau sedikit pendapat boleh la." saya menjawap pujian yang saya berlebihan darinya.
"Tapi saya kena study satu-satu la yer…. kawan." tambah saya pada sahabat yang berminat sangat dengan gear-gear sebegini.
Dari perbualan yang memakan masa 30 minit melalui telefon biimbit saya, fahamlah saya maksudnya.
…..o0o…..

Untuk dikongsikan bersama saya coretkan sedikit pendapat saya berkaitan gear-gear yang dinyatakan seperti berikut :-
  • Nikon DSLR D3000 (Dengan AF-S DX NIKKOR 18-55mm f/3.5-5.6G VR)
  • Harga Pasaran :  RM 1,698.00 (Harga Bersama Lens AF-S DX NIKKOR 18-55mm f/3.5-5.6G VR).
  • Tahun Dikeluarkan : 30 Julai 2009
Serba ringkas fakta berkaitan kamera :
  1. Mempunyai effective megapixel 10.2MP
  2. Sensor Imej adalah format DX
  3. Saiz Imej - (3,872 x 2,592 [Besar], 2,896 x 1,944 [Medium], 1,936 x 1,296 [Kecil])
  4. Jarak ISO - dari ISO 100 ke ISO 1600
  5. Format Fail - RAW/NEF dan Jpeg.
  6. Menggunakan SD Memory card.
  7. Berat : (Lebih kurang) 485g
  8. Kelajuan shutter : 30 hingga 1/4000 sesaat.
  9. Mode Pengambaran Berterusan pada kelajuan 3 fps (atau frame per seconds).
 Kesesuaian Berkaitan Kamera (Pendapat Peribadi Sahaja) : -
  1. Kamera ini agak ringan dan bersaiz kecil serta mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana.
  2. Pixel 10.2 MP memadailah untuk kegunaan keluarga.
  3. Kelebihan pada format fail RAW/NEF boleh digunakan untuk kegunaan individu melakukan sedikit editing sekiranya gambar tersebut memerlukan kerja-kerja editing sebelum dicetak.
  4. Namun, bagi kegunaan perniagaan ianya kurang menarik kerana sensitiviti pixel dan fps yang kecil.
  •  AF-S DX NIKKOR 18-55mm f/3.5-5.6G VR
  • Harga Pasaran : RM 1,088.00
  • Tahun dikeluarkan : 20 Nov 2007  
Serba ringkas fakta berkaitan lens :
  1. f/stop minima : f/22-f/36
  2. Jarak fokus terdekat : 0.28 m / 0.9 ft 
  3. Berat : (Lebih kurang) 265 g
  4. Filter : 52mm
Istilah penting dalam memahami fungsian lens
  • AF-S : (Auto Focus Silent Wave Motor). Mempunyai sistem fokus yang agak senyap.
  • DX : merupakan sensor imej bagi sesebuah kamera atau lens.
  • G : (Gelded) Tidak mempunyai "Ring Aperture". Hanya berfungsi bagi kamera-kamera yang baru seawal tahun 1988 sahaja. 
  • VR : (Vibration Reduction). Ia merupakan lens yang stabil bagi mengurangkan penggunaan tripod.  Berguna untuk situasi cahaya yang agak malap dan kurang terang. 
Kesesuaian Berkaitan Lens (Pendapat Peribadi Sahaja) : -
  1. Sesuai untuk kegunaan keluarga dan pengambilan foto-foto kenangan abadi termasuk foto-foto perjalanan keluarga. (Jarak fokal 18mm ke 55mm).
  2. Lens yang ringan sebegini mudah dibawa ke mana-mana untuk kegunaan santai keluarga.
  3. Dengan f/stop - f/3.5 : bokeh juga boleh diwujudkan tetapi melalui kreativiti dan kemahiran pengguna.
  4. Sesuai untuk peringkat permulaan seseorang jurufoto, ataupun yang ingin mula berkecimpung dengan atau di bidang fotografi. 
  5. Ianya lebih kompak.
Untuk cerita selanjutnya…. sila 'Klik' di sini.

'theFLAME Goes Shooting
thePHOTOblogger

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...