Tarikh 03hb Apr 2012 hari ini cukup meng"tension"kan. Apa tidaknya segalanya bermula di sini?
- Tayar kereta Kembara DVVT terpancit kena paku 1 inci.
- Cermin Kembara DVVT aku kena baling budak-budak main depan rumah daaaaaa.
- Kereta D-Max aku pula, air beteri kering.....
So, propaganda apa kah ini..... semua sekali serentak berlaku.
Just selamba nak cakap kos semua :-
- Tampal Tayar : RM 5/-
- Cermin Kereta Kembara siap pasang : RM 600/-
- Air Beteri : RM 2.80 sebotol (3 Botol : RM 8.40)
- Jumlahnya : RM613.40
Godek-godek sana-sini, dapatlah sedikit.... berkat lampu ajaib Aladin (aka tabungan bulanan). Andaikata tiada tabungan semasa, manalah kita nak mencari duit sebanyak itu pada waktu yang singkat dan sesak sebegini.
"Takpe sabar... insyallah ada jalannya tu." kata hatiku menenangkan diri.
"Sabar lah bang..... " ransang Elly yang memahami perasaanku.
"Jom sarapan dekat Kg. Melayu Seri Kundang, Bang.!" Elly menyeronokkan hatiku.
----o0o----
Menyedapkan ketegangan diri menyebabkan aku melilau dan memandu ke Kg. Melayu Seri Kundang bersama isteri untuk bersarapan.
Menghirup udara segar di Warung Klasik Tom Yam sambil menjamah Nasi Kerabu berlauk paru dengan hirupan Nescafe 'O" cukup menyenangkan (Elly melayan Nasi Lemak Berlauk bersama hirupan Necafe Tarik). Kepuasan terasa kerana keenakan rasanya.
----o0o----
"Jom balik..... " sepa Elly yang melenyapkan lamunanku.Perjalanan lancar tanpa sebarang kesesakan. Begitulah suasana Kg. Melayu Seri Kundang.
"Bang.... Stop! Stop! ..... Apa sepanduk tu tulis?" Elly memintaku menghentikan kenderaan.
"Masyallah......" hatiku berkata.
"Kewarganegaraan dijual beli." tambah hatiku.
Adakah ini Propaganda atau Propacanda ? |
Sepanduk ini menaikkan imarah ku sebagai warganegara pertiwi tercinta ini.
- Adakah dengan bersusah payah kita mempertahankan daulah negara, kewarganegaraan (IC Biru) begitu senang dijual beli.
- Adakah dengan bertungkus lumpus kita menabung untuk negara BR1M diserahkan kepada mereka.
- RM150/- diberikan kepada mereka secara bulanan.
- Hak mengundi dibolehkan kepada mereka.
- Siapa kita di mata mereka.
- Siapa kita di hati mereka.
- Mereka boleh berkata "itu-ini" tentang kita.
- Mereka boleh xxxxxxxxxxxg bendera kita.
- Mereka bakar bendera kita.
- Mereka malah menghina Ketua Negara kita.
"Propaganda!!!!!!!!! Sebelum pilihanraya." jawapan ringkas kedai kopi.
Seandainya ini propaganda, sewajibnya yang perlu menjawab propaganda ini. Kenapa di diamkan saja? .... (Agak-agaknya siapa yerk?)
Fikir-fikirkan lah....
p/s :
- Aku pemastauatin negara Malaysia
- Aku pengundi negara ini.
- Aku tak dapat BR1M (kerana memang tak layak).
- Aku tak dapat RM150/- untuk menyekolahkan anak-anak
Inginkah kita mengadaikan negara ini.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan