2012 kini hanya beberapa hari lagi melabuhkan tirainya.
Ucapan salam dan sejahtera kepada semua sahabat handai serta rakan taulan telah mula disiapkan untuk dipaparkan di media-media massa mahupun media-media sosial peribadi dan individu.
Melalui post ini, rupanya telah lama saya menceburi bidang yang saya minati secara profesional, amatur dan hobi semata.
Umumnya, perjalanan ini tidaklah mudah seperti disangkakan. Perancangan perlu diolah. Strategi perlu diatur demi mampu menyusur trek kehidupan tahun berikutnya.
Tanggapan kita, kadang-kala memetik sebuah kamera itu tampak mudah untuk demi sebuah kapsi. Kadang-kala pula menekan satu persatu butang A,B,C hingga Z sebuah komputer itu tampak senang sahaja bagi menyudahkan sebuah bingkisan. Begitu juga kerjaya seorang professional sebagai akauntan dalam melakukan kalkulasi dari amaun 0 sehingga infiniti, ianya tampak bersahaja demi sebuah permintaan akaun yang sebenar.
2012 Year In Review - Abdul Halim Ismail |
Terima kasih kepada sesiapa sahaja warga pembaca blog ini kerana galakan, cabaran, pengajaran dan tidak lupa pada tomahan. Tanpa kalian siapa lah saya.
Tahun 2012 yang bakal meninggalkan kita pergi ini banyak membawa erti kepada kehidupan ini. Kejayaan, keyakinan, pengajaran dan kesefahaman serta apa saja yang membawa erti kehidupan.
Tidak kiralah mereka yang mengenali saya sebagai majikan, rakan, taulan, sahabat dan kawan - terima kasih atas segalanya. Opsssss tak lupa buat seteru dan musuhan. Anda semua adalah yang terbaik dalam menjadikan saya yang terbaik sebagai seorang Jurufoto Tempelan, Akauntan, Konsultan, Bisnessmen, Suami buat Elly Salleh dan Bapa kepada anak-anak saya.
Azam saya tahun 2013 akan datang hanyalah sebuah Kehidupan Sederhana dan Sempurna Sebagai Seorang Jurufoto Tempelen, Akauntan, Konsultan, Bisnessmen, Suami dan Seorang Bapa.
Selamat Jalan Tahun 2012, dan Selamat Datang Tahun 2013.
Salam dari saya.
Selamat melayari dan salam untuk semua.
Salam,
© 2012 A Halim @ Abdul Halim Bin Ismail
© 2012 S.N.A.P. Touch Photography
Tiada ulasan :
Catat Ulasan