Ahad, 9 Disember 2012

Aku nak cerita lagi....

"Hari ni nak berceloteh di "Kedai Kopi" lah." hatiku terdetik semenjak seminggu lalu. 
"Ramai juga di warung "Kedai Kopi" tu agaknya." hatiku menambah.
Aku menapak lesu melihat sekeliling.
"Hello, assalamualaikum bro... " aku membuka kata.
Tiada jawapan.
"Nak cerita boleh?" sambungku.
Tiada jawapan.
"Takpelah.... cerita jerk." hatiku menenangkannya. 
"Apa nak mula ye?" mindaku menyusun cerita.
"Jangan lari tajuk sudah...." tambah mindaku lagi. 
"mmmmmm ..... okey set, aku cerita apa yang perlu. Tak kira tajuk, janji yang terbaik untuk semua." hatiku berbicara semua.
Warung "Kedai Kopi" ku yang lamaku tinggalkan.
Bosan juga mencari cerita semenjak dua menjak ni.  Mungkin kerana kesibukan, kepenatan, keluarga dan anak-anak.

Setelah meninggalkannya, memulakannya suatu kepayahan pula.
"Lama kau inda menulis, kawan." tegur seorang kawan.
"Cerita kau banyak kelainannya... berbanding dengan blogger lain." tambahnya lagi.
"Mungkin kerana ko tidak terikut-ikut stail penulis lain, membuatkan aku minat membacanya." sambungnya lagi.
"Bla.. bla.. bla... Ko cerita lah lagi... rindu juga dengan tulisan ko." dia menutup perbincangankan.
Hari ini, blog ini akan berisi lagi, dikemaskini mengikut rasa seperti dahulu.
"Tak takut dengan ......." hatiku menyapa.
"Persetan.... lantak lah.... Selagi aku tidak menyentuh mereka sudah." hatiku menenangkannya.
Cerita dulu cukup menjadikan badi bodoh bagiku. Namun, setelah kupertimbangkan, segalanya tiada yang perlu dipertakutkan.

Anyway, segalanya bermula lagi, salam kembali buatku dalam dunia penulisan blog ini dan "Selamat melayari dan salam untuk semua."

Salam,
© 2012 A Halim @ Abdul Halim Bin Ismail
© 2012 S.N.A.P. Touch Photography

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...