Rabu, 19 Disember 2012

Al Fatihah Buatmu : Sahabatku Rabani Ayub

Tiga hari tidak membuka facebook membuatkan saya terputus dunia tanpa berita. Letih, mengantuk dan lenguh sendi, rasanya. Mungkin juga kerana kesibukan dan kekangan sebagai seorang professional Akauntan banyak membawa saya tertumpu kepada kerjaya.  

Terkadang terasa jua diri ini seumpama dipermainkan oleh mereka-mereka yang gah dengan "guli putih berpengetuk besi leper di padang hijau" ataupun mereka-mereka yang bergelar "sikempunan gelekan gerudi gadis-gadis dangdut malam minggu duniawi".

Cheritera Facebook pagi ini di status seorang sahabat sungguh memeranjatkan saya.  Macam percaya dan tidak percaya saja saya dibuatnya.  

Kejutan 19-Dis-2012.
"Betulkah...? " hati saya mula mencurigainya.
"Check FB kejab." bibir saya mengamitkan imarah pencipta cerita.
"Kalau betul mesti dalam status dia penuh...." hati saya menambah.
Melawat status sahabat saya ni, membuat saya agak terperanjat dan penuh dengan rasa tidak percaya. 
"Betul ke ni?" hati saya bertanya lagi.
"Let me see foto-foto dia..." hati saya cuba menidakkannya.
"Eh.... Betullah.... Innalillah...... Yaaaaaaaaa Allah, Abang Rabani Ayub meninggal." derauan hati disambut ucapan doa munajat kepada Yang Maha Esa.
Merenung setiap sentuhannya teringat saya akan cita-cita saya untuk berkarya bersamanya selepas melihat sentuhan SAC 2012. Tidak kesampaian juga. Komen-komennya serta perbincangan maya banyak menerujakan saya untuk duduk sebelah menyebelah memetik shutter.

Apa-apa pun... khudratNYA Yang Maha Esa, Dia mampu memanggilnya bila-bila masa semahuNya jua. 

Salam rahmat buat mu saudaraku. Semoga kau bersemadi aman, sahabatku.

Sahabat Yang Saya Hormati.
Foto Ehsan : Zu Zulkifli 
Semoga Kau Bersemadi Aman.
Karya Yang Banyak Membawa Perkenalan Saya Dengannya.

Tidak terkata ucapan ini buatmu, hanya doa dari saya (sebagai sahabat yang hanya mengenali diruangan FB sahaja), "Semoga rohmu dicucuri rahmatNYA Yang Esa. Amiin"

Salam,

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...