Selasa, 11 Disember 2012

Gajet dan Saya : iPad 3

Melayan gajet-gajet komunikasi peribadi kadang kala membosankan.

iPhone 4 - Gajet Apple 

Namun, kelebihan yang ada pada gajet-gajet ini membuatkan ia lebih menyeronokkan.  Apa tidaknya ia boleh digunakan untuk berhubung dan berkomunikasi, berinternet dan mengambil gambar.
---o0o---
Dengan kebosanan jugalah, hampir setahun lalu saya membeli sebuah tablet.  
"Beli la jenama S....." cadang seorang kawan.
"Kalau saya, saya beli jenama A." cadang seorang kawan lagi.
---o0o---
Setelah minda berlegar ke sana ke mari mencari idea......
"Beli iPad lah.... " saya memutuskannya.
"Kenapa iPad, bang ?" tanya isteri saya.
"Saya memilih iPad kerana :-
  • ia selari dengan jenama telefon bimbit iPhone dan Komputer Mac saya. (jadi boleh lah di "sync" kan).
  • paparannya agak lebih besar dari iPhone saya dan kecil dari komputer saya.
  • ia tampak lebih ringkas dan ringan.
  • kemudahan yang lebih ringkas dari segi penggunaannya, termasuklah kemudahan mengedit gambar dan kerja-kerja pejabat.
  • tidak terlalu serabut dengan penggunaan bersama alat-alat komunikasi seperti sebuah telefon bimbit.
  • "just nice" sebagai sebuah buku mudah alih yang boleh dibawa ke mana-mana untuk tujuan pembacaan dan penyiapan kerja-kerja pejabat. 
  • tentu-tentunya saya adalah pengguna setia kepada sebiji epal putih di alam semesta. 
  • dan bla... bla... bla... (maksudnya dan banyak lagi).
      " saya menjawapnya secara detail.

iPad Generasi Ke-3
Hari ini, iPad Generasi Ke-3 saya, saya gunakan untuk pelbagai kegunaan. Ini termasuklah untuk melakukan persiapan :-
  1. Kerja-kerja pejabat.
  2. Pembentangan kertas-kertas kerja.
  3. Profil-profil kerja
  4. Menerima dan membalas e-mail.
  5. Menyimpan data secara maya.
  6. Menguruskan transaksi perniagaan dan pembelian secara "On-line".
  7. Menyemak kerja-kerja sambilan.
  8. Melakar/menstrategi perancangan kerja dengan lebih teratur
  9. Berurus niaga dengan pelanggan menggunakan komunikasi dua hala iPad (Skype)
  10. dan banyak lagi.
Umumnya, penggunaan di atas agak terbatas dengan menggunakan iPhone saya.


Begitulah, gajet ke-3 jenama "sebiji epal berwarna putih" kepunyaan saya.  Ianya dibeli atas justifikasi keperluan saya. Di penghujung tahun 2012, ia juga saya gunakan sebagai alat kawalan penggunaan komputer (LogMein), keselamatan (LogMein) dan komunikasi video  (Facetime dan Skype) buat keluarga di mana jua mereka berada.

Salam dari saya.



Selamat melayari dan salam untuk semua.

Salam,
© 2012 A Halim @ Abdul Halim Bin Ismail
© 2012 S.N.A.P. Touch Photography

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...