Khamis, 13 Disember 2012

"Oii ko memang kuang ajo ...... yer!!!!!!!"

"Mmmmmmm hari ni nak tambah cerita lain dalam blog ini la. Ala cerita yang mengikut tagline yang pernah digariskan dulu." mulut saya memecah kebuntuan petang setelah melabuhkan punggung di kerusi sofa malas keluarga.
Dalam menungan petang minda kosong saya mengimbau kelibat telatah kakitangan dan pelanggan pagi tadi.
---o0o--

Suasana pagi dimulakan dengan kerenah seorang warga awam yang agak berusia dengan seorang kakitangan saya yang baru seminggu melapor diri.
"Kak Liza.... Minta tolong sikit, boleh tak kak ? " panggil kakitangan baru saya.
"Okey... kenapa ni?" tanya Puan Liza sambil membaca kertas berwarna biru ditangannya.
"Oooooo discaj rupanya. Cuba check system." sambung Puan Liza lagi.
Setelah melakukan semakan, Puan Liza memaklumkan jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh pelanggan berusia tersebut.
"Bil yang encik perlu bayar adalah sebanyak RM 283.00, dicampur dengan bil-bil tunggakan dan semasa encik." Puan Liza memaklumkan.
"Apa komputer ko ni bodoh ke?" pelanggan kaunter Puan Liza membalas makluman tersebut.
Jawapan ini membuatkan Puan Liza terpinga-pinga.
"Betul Cik.... Encik duduk sebulan di wad dicampur dengan bil tunggakan sebelum ini jumlahnya adalah sebanyak RM 283.00." Jelas Puan Liza lagi.
"Apa ko ingat aku bodoh ke, duduk di hospital ni sampai sebulan.  Aku duduk hanya dua hari saja la." Jelas pelanggan Puan Liza lagi dengan suara yang kurang menyenangkan.
Bagi mengelakkan masalah berlarutan, saya memulakan bicara untuk mencelah dan mengurangkan ketegangan. 
"Salam.... Apa yang boleh saya bantu, Encik? Puan Liza?" saya memulakan bicara.
"Encik masuk bila, ya ? Didiscajkan bila, ya ?" saya bertanya kepada pelanggan Puan Liza.
"Saya didiscajkan dari wad pada bla...bla.... Oktober 2012 lepas. Dan hari ni saya nak bayar bil." jawab pelanggan Puan Liza.
"Huh!!!!!!!! Kenapa Encik bawa balik kepingan caj ni? Salah tu Encik.... Ia bakal membawa kekeliruan nanti.  Polisi Hospital tidak membenarkan para pesakit dan waris pesakit membawa kepingan caj balik ke rumah sama ada dengan atau tanpa kebenaran pengurusan, Kenapa Encik bawa?" saya menghulurkan pertanyaan.
"Apa yang salah.... jangan nak menipulah, saya pun bekas kakitangan awam ko tau tak. Mana ada polisi macam ini." bentaknya lagi.
"Okey Encik... kalau Encik bekas kakitangan awam, Encik tahu prosedur ini. Boleh bagi kad pesara." saya memohon agar dia menyerahkan kad pesaranya.
"Tak pelah Encik.... Encik boleh bayar terus kepada kakitangan saya, terima kasih." saya berlalu setelah pelanggan Puan Liza diam tanpa menyerahkan Kad Pesaranya.
Saya berlalu dan melakukan tugas lain.
"Saya nak pegawai mengesahkan bil bayaran saya ini." dari jauh saya mendengar herdikan lagi.
"Kenapa Puan Liza ?" saya bertanya.
"Encik.... Dia nak kita sahkan bil dan resit ini, Encik?" Puan Liza menunjukkan bil  dan resit yang dicetaknya untuk pelanggan tadi.


Saya ke kaunter semula untuk menjelaskan lagi.
"Encik.... Bil dan Resit ini telah dicetak logo rasmi jabatan kami dan tak perlukan tandatangan mana-mana pegawai lagi dan.... ia juga adalah bil dan resit berkomputer. Jadi tiada sebab pihak kami perlu untuk menurunkan tandatangan sebagai pengesahan lagi." saya menjelaskannya.
"Abis tu.... Encik tuliskan nama Encik je lah di belakang kertas resit ini." sekali Pelanggan Puan Liza menghulurkan Resit dan Bil rasminya.
"Kenapa perlu saya nak letak nama saya pula ni Encik. Sori, saya rasa itu tidak perlu, kerana tiada dalam aliran kerja pengeluaran resit jabatan kami." saya menjelaskannya sekali lagi.
"Oiiiii Encik.... ko ni memang kurang ajo yer!!!!!!!" pelanggan Puan Liza mula menjengkilkan matanya.
"What..... saya kurang ajar kerana tak bagi nama dan tandatangan saya, Encik?" saya senyum menjawab dan bertanya penjelasannya.
"Hak saya lah... Saya nak tahu nama Encik...." pelanggan Puan Liza meneruskan isunya.
"Tak pelah Encik, Terima kasih Encik. Saya rasa tiada isu di antara tandatangan, nama saya dan kurang ajar. Terima kasih, saya banyak kerja yang ingin diselesaikan.  Saya memohon minta diri." saya terus berlalu.
"Amboi.... mentang-mentang ada kuasa, berlagak ko yer..." Pelanggan itu berlalu.
Pelik kan....
  1. Kurang ajar ke kita bila menjelaskan sesuatu yang perlu diperjelaskan?
  2. Kurang ajar ke saya kerana tidak menurunkan tandatangan dan menulis nama kerana ianya bukanlah satu prosedur kerja.
  3. Adakah kecuaian kakitangan saya atau saya kerana Kepingan Caj yang sepatutnya dihantar semasa keluar hospital tetapi dihantar sebulan selepas discaj kemudian menyebabkan bil ditanggung pelanggan semakin bertambah.
  4. Saya di "BODOH" kan kerana saya menjelaskan apa keperluan kerajaan, patut ke layanan istimewa diberikan meskipun dia adalah warga tua kerepot yang dah sampai penghujungnya menyumpah seranah saya dn kakitangan saya. 
Fikir-fikirkan......

Akhirnya petang itu, pelanggan berusia ini mendapat nama saya dari seorang kakitangan keselamatan yang bodoh dengan alasan yang tidak munasabah.

Apa-apa pun "it's okey........." cubalah, insyallah kalau kita betul, kita akan berjaya mengatasinya.

Salam dari saya.

Selamat melayari dan salam untuk semua.


Salam,
© 2012 A Halim @ Abdul Halim Bin Ismail
© 2012 S.N.A.P. Touch Photography

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...