Sambil-sambil melakarkan lakaran ubahsuai rumah 'the54.ville tadi, tetiba saja saya teringatkan sebuah iklan petronas yang menyebabkan saya terhenti seketika untuk mengemaskinikan blog ini.
Entah kenapa saya teringatkan iklan ini. Towards end, saya layari iklan ini berulang-ulang kali dalam kedua-dua versinya.
Versi Bahasa Malaysia
Iklan Petronas (Versi Bahasa Malaysia)
- "Kenapa Saya Suka Rumah Saya?"
Versi Bahasa Inggeris
Iklan Petronas (Versi Bahasa Inggeris)
- "Why I Like My House?"
Begitulah ideanya bermula. Umumnya, dalam merancang persediaan ubahsuai rumah biarlah minda kita bersedia untuk menyukainya dan bukan hanya kerana mereka menyukainya.
Rumah kita merupakan syurga kita, istana kita dan malah ia juga merupakan sebuah negara kita. Di sinilah kita memimpin, bersatu, bahagia dan riang tawa bersama. Oleh itu apabila kita merancang untuk pengubahsuaian ianya mestilah mempunyai segala-galanya untuk kita.
Apa yang penting ialah "Rumah kita mestilah BESTTTTTTTTTT".
Dalam mempersiapkan lakaran ubahsuai rumah 'the54.ville, minda saya banyak memikirkan :-
- Cadangan rumah yang hendak disiap-ubahsuaikan mestilah "BEST".
- Cadangan rumah yang hendak disiap-ubahsuaikan hendaklah menarik dan cantik dari pandangan hadapan.
- Cadangan rumah yang hendak disiap-ubahsuaikan hendaklah menarik dan menyejukkan dari pandangan belakang.
- Cadangan rumah yang hendak disiap-ubahsuaikan mestilah berbeza.
- Cadangan rumah yang hendak disiap-ubahsuaikan mestilah lengkap sebagai sebuah rumah idaman dengan 1 Bilik Tidur Utama, 2 Bilik Tidur Anak-Anak & 1 Bilik Tidur Tetamu.
- Cadangan rumah yang hendak disiap-ubahsuaikan mestilah mempunyai Laman Mainan di mana anak-anak bermain.
- Cadangan rumah yang hendak disiap-ubahsuaikan mestilah mempunyai Laman Santai Peribadi (Balkoni).
- Cadangan rumah yang hendak disiap-ubahsuaikan mestilah mempunyai sebuah 1 Ruang Kerja (SOHO) dan Perpustakaan Mini yang kemas.
- Cadangan rumah yang hendak disiap-ubahsuaikan mestilah mempunyai 2 Ruang Tamu dan 1 Ruang Menonton TV Bersama Tetamu.
- Cadangan rumah yang hendak disiap-ubahsuaikan mestilah mempunyai 1 Ruang Menonton Peribadi Sekeluarga.
- Cadangan rumah yang hendak disiap-ubahsuaikan mestilah mempunyai 1 Ruang Makan yang luas (Yang boleh memuatkan 6 Orang Ahli Keluarga dan 3 Orang Tetamu).
- Cadangan rumah yang hendak disiap-ubahsuaikan mestilah mempunyai 1 Ruang Dapur yang kemas, cantik dan menarik (plus, kalau luas pun okey).
- Cadangan rumah yang hendak disiap-ubahsuaikan mestilah mempunyai 1 Ruang Porch yang santai untuk kegunaan majlis anak-anak.
- Cadangan rumah yang hendak disiap-ubahsuaikan mestilah mempunyai 1 Ruang Stor Makanan dan 1 Stor Pelbagai Guna Tambahan.
Apa-apa pun segalanya akan bermula pada tahun 2013 nanti. Segalanya insyallah menjadi kenyataan.
Segalanya bermula dengan "Apa yang kita fikirkan tentang rumah kita....? Yang penting ianya BESTTTTTTTTT."
Pokok pangkalnya, dalam membuat ubahsuaian rumah kita tidak lah terlalu terikut-ikut apa orang itu ini kata. Atau, terikut idaman orang lain termasuk saudara atau adik-beradik kita. Mereka ada cita tapi belum tentu rasanya sama seperti kita.
'the54.ville - Dari Sentuhan Seorang Artis (kot) Bernama Akauntan |
Rumah kita adalah Istana Kita, Istana Kita adalah Negara Kita, Negara Kita pula adalah Dunia Kita. Kerana Dunia Kita adalah Syurga Kita, jadi kenapa kita negatif memikirkan untuk menjadi rumah orang lain. Kita adalah kita.
Salam dari saya.
Selamat melayari dan salam untuk semua.
© 2012 A Halim @ Abdul Halim Bin Ismail
© 2012 S.N.A.P. Touch Photography
Tiada ulasan :
Catat Ulasan