Semalaman saya tercari-cari senarai lama perkhemahan untuk kegunaan keluarga. Pening juga mencari fail-fail lama dalam bentuk nota tulisan tangan dalam simpanan sendiri.
Akhirnya jumpa juga dan saya taipkan kembali dalam apps Quip. Quip memang mudah, dalam mana ianya boleh dikongsikan bersama keluarga untuk dikemaskinikan.
|
Aplikasi Quip Kegemaran Saya Sekeluarga
Untuk Penyediaan Senarai Aktiviti. |
Aktiviti perkhemahan kalau diamati cukup menyeronokkan. Kalau kita membuat carian sepastinya wajah-wajah ceria, gelagat ahli dan keluarga cukup mengamatkan suasana. Namun, melakukan persediaan untuk aktiviti ini cukup merumitkan. Segala detail perlu disiapkan seawalnya bagi mengelakkan pelbagai kemungkinan semasa aktiviti perkhemahan.
Antara persiapan yang perlu untuk perkhemahan keluarga kami (Klik pada imej untuk membesarkannya) adalah :-
- Peralatan Kediaman Perkhemahan
|
Peralatan Kediaman Perkhemahan Keluarga |
- Nota : Lebihan khemah adalah terletak kepada perancangan dan keperluan sahaja. Bagi saya ianya adalah memadai sebuah khemah untuk lelaki dan sebuah khemah untuk perempuan, luas dan mudah untuk menunaikan ibadah solat di dalamnya semasa hujan.
- Pakaian (seperlunya sahaja)
|
Pakaian Keperluan Perkhemahan Keluarga |
- Nota : Perancangan pembawaan pakaian adalah mengikut keperluan selama mana kita berada di luar rumah. Memadailah dengan bilangan yang mudah dibawa dan dibersihkan. Untuk solat, saya suka menggunakan kain sarung bagi memastikan peribadatan dalam keadaan bersih.
|
Toiletries Keperluan Perkhemahan Keluarga |
- Nota : Perancangan Toiletries juga perlulah dirancang dengan betul. Tak perlu la kita membawa keseluruhan sabun dan ubat gigi yang berada di dalam bilik air kita. Cukuplah seperlunya dengan menggunakan bekas-bekas kompak yang boleh didapati di dalam pasaran. Boleh diisi semula untuk trip percutian atau perkhemahan seterusnya.
|
Peralatan Komunikasi Perkhemahan |
- Nota : Peralatan komunikasi adalah penting terutamanya di waktu kecemasan. Bateri sepastinya wajib ada sebagai backup semasa diperlukan. Bagi saya telefon analog juga adalah amat diperlukan untuk dibawa pada setiap masa perkhemahan individu atau keluarga, almaklumlah kadang kala smartphone tidak berfungsi pada masa tertentu. Berkaitan dengan telco mana pilihan adalah atas sendiri. Saya tidak akan mencadangkan mana-mana telco keperluan pembaca.
- Nota : Selain itu plastik kalis air untuk gadget-gadget juga adalah diperlukan bagi mengelakkan gadget basah ketika hujan.
|
Peralatan Memasak Perkhemahan |
- Nota : Peralatan memasak perlu dirancang. Ini bagi mengelakkan barangan-barangan tidak perlu dibawa semasa perkhemahan kita.
- Peralatan Kesihatan dan Ubat-ubatan
|
Peralatan Kesihatan dan Ubat-ubatan |
- Nota : Barang-barang Kesihatan dan Ubat-ubatan adalah perkara wajib bagi setiap perkhemahan. Ia semestinya sentiasa ada di dalam senarai semasa perkhemahan.
- Bahan Makanan dan Minuman
|
Bahan Makanan dan Minuman Perkhemahan (Secukupnya) |
- Nota : Bahan Makanan dan Minuman mestilah dirancang mengikut keperluan dan ianya mestilah secukupnya. Ini bagi mengelakkan pelbagai implikasi perkhemahan keluarga dan individu yang tidak boleh dielakkan. Bekalan yang tidak mencukupi menyebabkan perkhemahan menjadi hambar kerana stok makanan terhad. Ianya juga hambar mungkin juga kerana terpaksa dipendekkan.
|
Pelbagai Keperluan Perkhemahan (Kalau Perlu) |
- Nota : Pelbagai keperluan merupakan senarai wajib dan boleh berubah-ubah dari masa ke semasa mengikut matlamat perkhemahan, lokasi dan banyak lagi.
Senarai ini merupakan senarai cadangan sahaja, dan ianya mengikut keperluan semata-mata. Umumnya, banyak peralatan di dalam senarai ini adalah kegunaan harian semua di dalam kehidupan. Apa-apapun, rancanglah percutian dan perkhemahan keluarga agar ianya lebih menarik dan menggembirakan keluarga.
Apa-apa pun selamat membaca...
Just Sharing.... .
Tiada ulasan :
Catat Ulasan