Sabtu, 25 Jun 2011

"Cheritera Dari Kedai Kopi" Kenapa ?

Mendengar E'ZiQ menyanyikan Lagu "Cerita Kedai Kopi" bila ia berkumandang di corong radio Sabah FM (Semasa bercuti di Sabah, Negeri Di Bawah Bayu.) membuatkan saya teringin membuat satu blog baru khas untuk cerita-cerita yang sering dibincangkan oleh masyarakat.

Walaupun hanya setakat ke lirik chorus lagu :- 

"Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim, tiada saksi
Cerita Sensasi di Kedai Kopi"
Cerita Kedai Kopi - Malique & DjFuzz feat. Salam (Amsterdam)
 Disediakan Oleh Salammuzik
Video Oleh Iris Van Wijhe

Entah berapa kali ianya diulang-ulang (Mama, pulak pakat tension).

Hasil dari lirik lagu ini, maka ter"wujud"lah blog ini.

….o0o….
Ter"wujud" ???????

Memilih tajuk kekadang kalanya, agak merumitkan.  Sukar untuk saya memilihnya dan kalau dah dapat, sukar pula untuk menentukannya.  Hasil dari pandangan pembaca dan e-mail juga, akhirnya tajuk "Cheritera Dari Kedai Kopi" ini adalah pilihan saya untuk blog ini. (Kalau nak amik tajuk "Cerita Kedai Kopi" takut marah pula Malique : Too Phat & Salam, nanti. Atau, maybe onwer blog-blog yang sedia ada akan mengamuk.)

Tema saya pilih lebih kepada isu-isu (bukan cerita sensasi, politik.) semasa dan kemasyarakatan yang boleh dikongsikan bersama.  Ada juga diselitkan tatacara-tatacara (lebih kepada kewangan, bagi menterjemahkan sesetengah aspirasi awam.) yang perlu difahami untuk kemudahan bersama.

Dalam memastikan kesempurnaan kehidupan ini, tips-tips semasa tidak akan saya lupakan untuk rujukan bersama.  Bukannya apa, ianya sekadar untuk dikongsikan bersama.

'theFLAME Goes Hunting Foto Oleh E'KiM
Lain-lain cerita, kemungkinan lebih kepada kekeluargaan yang diselitkan juga dengan gambar-gambar serta tips-tips kehidupan. 

Bak kata kesimpulan "Siapa Saya?" pada muka pengenalan diri, "Kita (semua) adalah lensa kehidupan."

….o0o….

Salam dan selamat membaca…. dari saya.

'theFLAME
ThePhotoBlogger

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...