Ahad, 26 Jun 2011

"Hujan Belum Lebat Lagi" Buat Kampungku. Dilema Kehidupan Masyarakat Perlu Perhatian.

Teringat saya cheritera semasa merentasi kampung tercinta, semasa balik bercuti pada 28 Mei hingga 12 Jun 2011 yang lalu.

E'ZiQ & E'KiM Ke Sana Ke Mari Berlari, Di Atas Rumput Meninggi.
Persekitaran Rumah Setelah Saya Bersihkan.  E'ZiQ Adalah Juaranya.
Indahnya suasana desa yang lama kutinggalkan.  Meskipun, kini sawah dan bendang pusaka nenek sudah bertukar menjadi kebun dan ladang kelapa sawit. Tidak malu saya mengakuinya, di situlah tempat saya berkubang dengan kerbau tua ayah untuk membajak sawah.  (Ayah adalah seorang Cikgu Pencen berkelulusan Darjah 6 sahaja hari ini.  Meskipun seorang guru cabuk, ayah dan mak sempat juga menjenguk kampung untuk bersawah, suatu ketika dahulu. Saya pulak?  Mengudai kerbau dan berkubang sekali dengannya. )

….o0o….
"Abah, bila lagi rumah abah ni nak siap? " Saya bertanya abah yang dok melayan cucunya di anjung rumah.
"Antah….. Amun lori pangangkat batu sama bahan-bahan binaan inda boleh masuk kamari, inda ta kutau eh." Keluh abah dengan wajah kecewa.
Saya kenal kerutan wajah abah.  Saya faham keluhan abah.  Saya kenal siapa abah.  Orang suka berjenaka dan yang tidak pernah mengalah, hanya kerana sedikit kesusahan.

….o0o….
"Lim, kesian sungguh kampung kau ni.  Macam 50 tahun sebelum merdeka.  Zaman-zaman sebelum Jepun menjajah Malaya."  Kata Wak Salleh, ayah Elly Salleh, isteri kesayangan saya.
"Entahlah abah…. itulah nasib mereka yang tidak berani ataupun takut mengangkat kemajuan." Jelas saya ringkas kepada mertua saya.
Itulah cheritera tahun 2007, selepas perkahwinan adik dengan orang Kelang, Selangor Darul Ehsan.  Saya masih teringat tajuk post saya "Kampung Padas Damit, Beaufort-Kampungku Sudah BERJAYA…… (10 tahun sebelum MERDEKA) pada 5 Disember 2007."

….o0o….

Semasa percutian pada 28 Mei hingga 12 Jun 2011 yang lalu, soalan sama saya ajukan pada abah lagi.
"Kasihannya Abah, bila lagi rumah abah ni nak siap ?" Saya bertanya abah yang dok melayan cucunya di anjung rumah ( Di tempat sama pada tahun 2007).
"Antahlah….. Selagi lori pangangkat batu sama bahan-bahan binaan inda boleh masuk, inda tah kutau." Keluh abah sekali lagi dengan wajah kekecewaan.
E'ZiQ Kata "Kasihan Atok… Rumah Tak Siap, Nak Tolonglah."  Hampir setiap
Hari Abah dan Pakcik Membanting Tulang Menyiapkan Rumah Ini.  Kuderat
Orang Tua, Apalah Ada.
Bezanya hari ini, cucu yang dilayannya Emran Haziq, dan bukan lagi Emran Hakim.

Esok harinya, saya merentasi kampung dengan kereta adik untuk melihat suasana pembangunannya.  Alhamdulilah , perubahan sedikit bermula.  Jalan utama sudah mula bertar hingga ke hujung jalan utama (Jalan Bintuka). Jalan-jalan lain ke pedalaman kampung, sama seperti biasa.

Jalan Utama Padas Damit Ke Bintuka
Persimpangan Yang Menunggu "Hujan Lebat" Dari Kerajaan 
Sekembali dari rentasan sekeliling kampung, semasa menyeberangi jambatan usang untuk balik ke rumah.  Saya sempat disapa oleh seorang pak cik tua yang berhenti mengayuh basikalnya untuk memberi saya laluan perjalanan.
"Antad rih….? (Dari mana tadi?)" Dalam Bahasa Bisaya.
"Antad da Bintuko, mongoi po ngontong da pambangunan jaraya. (Dari Bintuka, jalan-jalan melihat pembangunan dan jalan prasarana desa.)" Jawapan terbaik rasanya, sebagai anak kampung kesayangan ini.
"Ka si' asi' ninik jaraya tih. Maka lalak, kalau takau menyaborong da jambatan.  Mapu'ut ba ilakakku. (Kasihan betul jalan ni, menakutkan bila kita menyeberangi jambatannya.  Takutnya roboh sahaja.") Saya memulakan cerita.
"Andang nyoh….. kandu' da kina mangobit da batu rih rasam isa lagi massapuh. (Begitulah nak, kata orang cina yang membawa batu-batu jalan (kontraktor) di sini, hujan belum lagi lebat.)" Jawab pakcik tua dalam bentuk kiasan, dan berlalu dari situ.
Jambatan Penyambung Warga Desa Yang Usang
Pandangan Dekat Jambatan Usang Yang Menunggu "Hujan Lebat" 
Pandangan Tengah Jambatan "Hujan Lebat" Yang Merbahaya.
Keusangan Jambatan "Hujan Lebat" Yang Menunggu Nyawa Warga Desa.
Sukar mulanya saya memahami ayat kiasan pak cik tua yang berbunyi "……… hujan belum lagi lebat." Namun, selepas sedikit pertanyaan kepada Abah, fahamlah saya akan kiasan ini. "Bayaran belum banyak masuk ke kocek kontraktor." itulah maksudnya.

Soalannya…. berapa banyak bayaran baru nak dimulakan setiap projek.  Kalau tak habis bayar, takkan  jalan-jalan kecil ke desa-desa ini terbengkalai begitu sahaja.

Bila ditanya, siapa kontraktor yang menjalankan amanah warga desa ini.  Telunjuk warga kampung berbalik menuding ke anak-anak desanya sendiri.

Seingat saya, jalan ini mula dibina, dengan keringat warga desa, semasa mula-mula abah balik dan berpindah ke kampung untuk menghantar barang-barang kami.  Batang-batang getah dijadikan asas jalan.  Sedikit demi sedikit dilapiskan dengan batu sungai.  Dan hari ini, ianya semakin kukuh hasil dari tambahan batu-batu dari warga desa sendiri.

Persoalan yang masih tidak terjawab ialah :-
  1. Bilakah jalan ini akan siap ?
  2. 2 Jambatan penyambung kampung kian hampir dimamah usia, bila agaknya nyawa melayang olehnya.
  3. RMK 9 sudah berlalu, kini RMK 10.
  4. Apa fungsinya JKKK yang ada ?
  5. Mampukah kontraktor yang "menunggu hujan lebat" memajukan kampung ini?
Hari ini, prasarana serba tiada.  Jalanraya, entah bila siapnya.  Jambatan entah bila akan robohnya.  Telefon Talian Tetap untuk berkomunikasi entah bila tibanya.  Maxis, Celcom dan Digi tidak berfungsi. (Apa nak jadi agaknya, kalau berlaku kecemasan?)  TV?????? Siarannya, hanya mengharapkan talian ASTRO (Itupun bagi yang mampu.  Dan, tidak semua mampu, tidak semua ada.) 

Harapnya, segalanya penderitaan ini berakhir selepas PRU yang akan datang.  Kalau tidak…. entah bila lagi "hujan akan turun dengan lebatnya."

….o0o….

Di hari terakhir, saya di kampung buminya dihujani hujan sebenar selebat-lebatnya.  Mungkin menangis sedih kerana saya akan meninggalkan bumi tercinta ini.  Di Pekan Beaufort sana, Sungai Padas mula melimpahkan keladak, petanda kampung ini akan terputus hubungannya buat seketika.  Kukucup bumi ini sambil berdoa…. "Semoga dirimu, maju sebelum aku kembali lagi menziarahmu.  Semoga kau, merdeka dari jajahan mereka yang tamak wang ringgit negaramu.  Semoga kau gemilang. Ohhhhhh kampungku.  Ohhhhh… Kampung Sukai Padas Damitku.  Semoga kau menjadi perhatian, oleh golongan yang ingin kemajuanmu.  Amiin Ya Rabil Alamin."

'theFLAME
ThePhotoBlogger

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...