"Abang… Shooting Jet Ski Sport….. macam tu ker? tanya adik si comel molek yang membimbit sebuah kamera Nikon DSLR D90.
"Siap masuk dalam air paras dada lak tu." sambung seorang lagi temannya yang sama mengambil gambar acara Kundang 4th Jet Sport (International) Challenge, 2011.
"Adik…. lain orang lain "Feel" untuk "shoot sport moment". Buat saya yang tak hebat, kalau nak amik "angle" cantik dan tinggi nilainya, kena buat something yang agak berlainan hasilannya." saya menjelaskan berkaitan gaya kuak lentang dan berendam tadi.
Kundang 4th Jet Sport Challenge. Foto Oleh : 'theFLAME Goes Shooting© |
"Persetanlah…" hati saya memberanikan diri.
"Boleh cuba ni." kata si adik comel menambah cerita lagi.
Terdiam saya seketika…..
"Alamatnya, minahnya kuyup lencun dan seksi basah ler nanti…., takpe la bukan kita yang suruh." hati saya menambah.
Acara dihentikan seketika kerana hujan mulai turun. Adik-adik fotografer ni kelam-kabut menyimpan gear berharga masing-masing ke dalam beg. Penangguhan acara berlangsung membuatkan adik-adik berdua ini mengajak saya minum teh tarik di warung tepi jalan untuk membasahkan tekak.
Gambar-Gambar Kenangan Para Rider di Kundang 4th Jet Sport (International) Challenge 2011 Foto Oleh : 'theFLAME Goes Shooting© |
Perbualan rancak kami ketika hujan lebat membasahi bumi terhenti apabila saya didatangi oleh seorang "rider" perserta antarabangsa bertanyakan tentang gambar-gambar yang saya ambil.
"Errrrr… Mr. Shark Shooter…. the firemen said that you've shot a lots picutres of me..? tanya rider kepada saya.
"Shark Shooter????? Yeah… Why.. it is legal right." seloroh saya, meskipun berasa terperanjat dengan gelaran tersebut.
"Can I see it, or maybe I wanna buy it?" sambungnya lagi.
"Yeah, if you like it, and any deal will be discuss further on my FB or in the net, Ma'am." jawab saya ringkas.
Rider ini memohon kebenaran membelek gambar-gambarnya di dalam kedua-dua kamera saya.
"I want this, and this, and this…. " sambil menunjukkan gambar-gambar pilihannya.
"Okey… give me you FB name and we will talk about it later on… Okey, Ma'am." saya menangguk selepas dia memberikan nama FBnya.
"Alhamdulilah, duit masyuk lagi…" hatiku bersyukur.
"Abang tak jawap lagi, shoot gambar-gambar sport mesti masuk air ke?" sambung si adik comel yang dari tadi membelek-belek serta memerhati setiap gambar-gambar yang telah saya ambil.
"Tak semestinya…. tapi kalau nak angle menarik kena masukkan semua subjek dalam frame, betulkan composition, angle dan tone." jawap saya ringkas.
"Saya suka angle tu, pasal…. ianya susah dan tak ramai fotografer suka mengambil angle sebegini. Nilainya pun agak tinggi." saya menyambung penjelasan.
"Cuba tengok gambar yang dipilih oleh rider tu tadi, semua angle dari bawah bukan." saya mula bercerita pasal angle.
"Ohhhhh…." itulah jawapan mereka.
"Bukan tak cantik atau tak elok dari Par angle… tapi orang dah biasa sangat dengan angle sebegitu, so kurang sikit diminati la, rasanya. Tambahan pula para rider memilih water burst dengan gambar jet ski mereka sebagai main subjek, plus mereka sendiri di dalam frame kita." saya mengakhiri cherita-cheritera pengambaran berkaitan sukan.
Jam 2.00 petang, acara disambung semula. Saya memilih angle dari sudut yang berbeza dengan si adik-adik comel molek tadi. Target frame ialah aksi kejar-mengejar. Hasilannya adalah seperti berikut :-
Aksi-aksi Para Jet Skier Semasa Acara Kundang 4th Jet Sport (International) Challenge, 2011 di Tasik Biru, Kundang, Selangor Foto-foto Oleh : 'theFLAME Goes Shooting© |
Untuk gambar yang lebih terang dan jelas layari :-
- Akaun Facebook Page saya (Jangan lupa "Like" untuk menlayarinya, atau
- Akaun Flickrs Saya.
Tips pengambaran (seperti yang saya janjikan):-
(Saya yakin yang pembaca mempunyai gear sendiri, bukan. Jadi tak perlu saya perjelaskan tentang gear-gear yang digunakan.)
- Saya memastikan kamera saya tidak bergerak-gerak semasa melakukan pengambaran.
Bagi memastikan saya lebih yakin, saya membawa Monopod sebagai peralatan bantuan semasa melakukan pengambaran sukan.
- Untuk mengelakkan kad memori penuh, saya membawa kad memori kamera tambahan semasa aktiviti ini. (Satu kamera, satu kad extra.)
- Bagi mengelakkan masalah kehabisan caj bateri, saya juga membawa satu extra bateri untuk satu kamera.
- Untuk gambar-gambar yang lebih tajam dan cantik, saya memilih kelajuan shutter pada 1/500 ke 1/1600 (mengikut kesesuaian cuaca) pada ISO 100.
- Sebelum aktiviti, saya akan menyemak majalah, blog, laman-laman web dan kawan-kawan untuk mendapatkan komposisi dan angle yang bersesuaian serta bernilai.
- Selain itu saya akan berkomunikasi berkaitan pengambaran dan tips pengambaran dengan jurufoto-jurufoto yang berada di kawasan acara diadakan. Saya suka bertukar-tukar idea berkaitan pengambaran yang baik dengan mereka. (Lagipun tak rugi berkenalan dengan mereka, kerana kebanyakan mereka tidaklah kedekut ilmu.)
- Bawalah lens yang bersesuaian untuk acara sebegini. Dan saya memilih AF-S VR Zoom-Nikkor 70-200mm f/2.8G IF-ED Lens untuk melakukan "Up CLose and Personal"), AF Nikor 50mm f/1.8 Lens (Untuk melakukan sedikit "Moment") dan AF-S DX Zoom-Nikkor 17-55 f/2.8G IF Lens (Untuk mendapatkan keseluruhan cerita aktiviti.)
- Untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik, saya memilih untuk membuat komposisi ke kanan atau tengah dari angle bawah. (Sama ada berhadapan dengan penunggang atau pada posisi frame 3D).
- Saya juga memilih untuk melakukan pengambaran pada kualiti RAW, bagi memudahkan pengeditan selepas acara, sekiranya perlu.
- Bagi mengelakkan kerosakan pada kamera dan kesihatan, saya membawa sehelai baju hujan untuk saya dan 3 helai Camera Coat untuk gunakan semasa pengambaran.
- Flash tidak saya perlukan…. cuaca masih siang lagi, dan cahaya masih terang pun.
- Hati saya tertanam matlamat pengambaran pada kata-kata berikut "Get the Rider, The Machine, The Splash, The Challenge, The Fight".
- Selain dari itu, apa-apapun… kita lakukan…. buatlah ia dengan keseronokan dan jangan tertekan, kerana ianya tidak membawa pulangan pada kualiti gambar dan diri kita sendiri.
- Akhir sekali…. Percayalah dengan keyakinan diri, jangan merendah diri kerana kamera kita tidak sehebat berbanding dengan orang lain.
Gear Pilihan :-
Sila rujuk "post" saya di Kundang 4th Jet Sport Challenge 2011.
"Bang…. kita orang dah lencun seksi dah ni… minta abang komen gambar-gambar kita orang boleh?" tegur si kecil molek yang membelanja teh tarik saya tengah hari tadi.
"Huhhhhh…..!!!! Seksi????? , Ooooo Okey." saya tergamam melihat mereka dah lencun kuyup.
"Dah jadi buah nangka dah adik-adik ni." hati saya tergelak kecil.
Sambil menikmati minum petang, saya membelek-belek gambar-gambar yang telah mereka framekan di dalam kamera mereka. Banyak juga yang saya komen (komen tidak pro la). Khasnya tentang pemilihan "angle" dan komposisi gambar. (Apa pun, komen saya ikhlas, bukan nak mengepak kerana kemahiran saya. Saya beranggapan mereka juga ingin mengetahui teknik-teknik pengambaran yang terbaik. Dan, saya harap mereka tidak seperti saya suatu masa dulu yang terkial-kial mencari Sifu untuk belajar.)
Setelah acara melabuh tirai, pada jam 6.00 petang saya mengemaskan peralatan dan berlalu untuk balik ke rumah.
"Kasihan juga my beloved wife Elly dok melayan 4 orang putra-putri yang degil-degil kat rumah tu." kata hati saya yang melupakan kepenatan acara hari ini.
Salam.
'theFLAME Goes Shooting : ThePHOTOblogger
Bangi Kopitiam, Bukit Rahman Putra
Tiada ulasan :
Catat Ulasan