Ahad, 24 Julai 2011

Kundang 4th Jet Sport Challenge 2011

Sukan Jet Ski merupakan antara sukan-sukan lasak yang cukup mencabar.  Aktiviti sukan air dan lasak sebegini memerlukan peralatan yang mencecah ratusan ribu ringgit.  Dari sembang sarapan pagi saya bersama para "rider" dan perserta pertandingan yang terlibat….saya hanya berdiam diri sahaja.  Rasanya air liur kita yang tawar boleh menjadi rasa masin ketika mendengarnya.  Bukan itu sahaja, kos modifikasi enjinnya juga, membuatkan kita berasa pucat lesi menilainya.  Peluh sejuk keluar seketika bila saya mencongak-congaknya.  Apa tidaknya, selepas ditotalkan kos keseluruhannya harga sebuah jet ski untuk pertandingan ini mencecah harga sebiji rumah berkembar dua tingkat kawasan pinggir bandar, tidak termasuk peralatan keselamatan yang digunapakai oleh penunggangnya.

Termenung saya memikirkan kos-kos yang disebutkan oleh para "rider" yang terlibat.  Harga permulaannya untuk sebuah jet ski (sebelum modifikasi) kata seorang peminat jet ski adalah harga sebuah kancil kosong tanpa aksessori.  

Ahhhhhh….. biarkanlah, kita jurufoto dan itu adalah kos-kos mereka para "rider".  Apa yang penting kita mampu untuk mengeluarkan gambar terbaik untuk kegunaan para pembeli, termasuk para "rider" dan peminat sukan-sukan ini.  

Berbalik kepada diri saya, sebagai jurufoto bebas sukan saya perlu mengeluarkan kualiti gambar yang terbaik.  Jurufoto sukan bebas perlu mengeluarkan setiap hasilan yang boleh mewujudkan faktor-faktor "Wow" untuk setiap hasilannya.  

Ringkasnya, untuk menghasilkan kualiti gambar yang terbaik di sukan sebegini (bukan Jet Ski sahaja) pelbagai cabaran perlu kita lalui.  Dan, ianya bukan hanya memetik punat "Klik" semata-mata.   "Angle", "Tone", "Composition" dan "Feel" sesebuah gambar adalah satu yang amat sukar dicari.   Dan, di sinilah segala kualiti sebuah gambar itu dinilai oleh para pembeli, peminat dan para "rider" sukan ini.  Peralatan yang digunakan juga, cukup memucatkan wajah para pembaca.  Tidak hairanlah, kebanyakan jurufoto bebas dan professional yang saya kenali (sama ada Antarabangsa ataupun Malaysia sendiri) menggunakan lensa 2 biji kamera dan 2 biji lensa untuk menjalankan tugas-tugas mereka.  Ada juga yang kita perhatikan membawa hingga ke 3 biji kamera dan 3 lensa sebagai peralatan dalam pertarungan di antara "Man and The Machine" sebegini.

Hebat-hebatnya mereka bukan…. tapi bagi saya kita juga tidak kurang hebatnya.

….o0o….
"Dapat gambar yang "best-best" ke bang." tegur seorang ahli bomba penyelamat yang duduk di kemah keselamatan berhampiran tempat saya merehatkan diri.
"Adalah sikit…..!" jawap saya ringkas.
"Woooooooo panjangnya lens bro???" tegur seorang jurufoto sebuah kelab jet ski berseloroh dengan saya.
"Buat skodeng….." jawab saya membalas gurauannya.
Sememangnya peralatan saya gunakan menarik minat para jurufoto serta hadirin yang hadir.  Almaklumlah, saya hanyalah jurufoto picisan sahaja, tidak seperti mereka-mereka yang professional.  My caption? No comment.  Hanya para pembaca dan pelawat blog serta page saya yang mengetahui.  Pujian yang saya terima dari seorang jurufoto professional Jepun (bagi pasukan "Kawasaki Racing Team") dan seorang kawan rasanya sudah memadai sebagai kredit buat diri saya sendiri.  Hasilannya akan saya lampiran sedikit di blog ini, selebihnya di dalam flickr dan page saya untuk tatapan kita bersama.  Bagi yang belum menjadi "friend" saya…. dropby dan klik "add friend", dan jangan lupa "Like" page saya untuk gambar-gambar serta sentuhan saya.

Peralatan yang saya gunakan semasa aktiviti Kundang 4th Jet Sport Challenge 2011 adalah pada kombinasi berikut :-

           Gear 1
  • Nikon DSLR D3s 
  • Kombinasi :
  1. AF-S VR Zoom Nikkor 70-200mm f/2.8 IF-ED Lens
  2. AF-S Teleconverter TC-17E II
  3. Manfrotto Monopod 680B


           Gear 2
  • Nikon DSLR D90
  • Kombinasi :
  1. AF Nikkor 50mm f/1.8D Lens
  2. (Sepatutnya) Af-S DX Zoom-Nikkor 17-55mm f/2.8G IF Lens

    Hasilannya :-











    Kundang 4th JET SPORT Challenge 2011
    Foto Oleh : 'theFLAME Goes Shooting©
     
    Setting Kamera dan Tips Pengambaran :-
    "Akan saya cheriterakan pada post yang mendatang."

    Selamat membaca dan menilai hasilannya.

    Salam dari saya.

    'theFLAME Goes Shooting : ThePHOTOblogger
    Tasik Biru, Kundang

    p/s : Kalau dulu semasa di Sukan Equestrian saya digelar "The Sharp Shooter" awatla pulak geng-geng bomba tu panggil saya "The Shark Shooter" pulak. huhuhuhuhu

    Tiada ulasan :

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...