Kekadang kebosanan mendatang bila kesihatan kita terganggu. (Hari ini, tekak saya yang semalam susah nak keluarkan suara, tidak boleh pula menelan sesudu nasi. Buburlah jawapnya.) Nak Outing dengan rakan-rakan (Ada hati lagi tu)? Mereka juga mempunyai komitmen sendiri. Saya pula, kesihatan langsung tidak mengizinkan…. makanya, saya melayan kopi di laman rumah sambil melihat anugerah Illahi.
Kebosanan ini bertambah bila kita berseorangan di teratak moden bertingkat 3 ini. Elly ke pejabat. Aina dan E'KiM ke sekolah. E'ZiQ dan Ariyana pula ke TASKA, semenjak bibik ke buang kerja dengan saya.
Hari ini saya akan ketengahkan "Tip Melayan Kebosanan" sekiranya anda bersendirian dan keseorangan di rumah kerana bercuti tahunan, cuti sakit ataupun sebagainya.
Hasilannya…. adalah :-
Di Belakang Rumah
![]() |
'theFLAME Goes Shooting © |
![]() |
'theFLAME Goes Shooting © |
Di Laman Hadapan Rumah
![]() |
'theFLAME Goes Shooting © |
Gear yang saya pilih adalah :
- Camera : Nikon DSLR D90
- Lens : AF Nikkor 50 mm f/1.8
- Close Up : Hoya +4
- Battery : Nikon Multi-Power Battery Pack MB-D80 (Battery Grip)
- Tripod : Manfrotto Tripod 190XPROB
- Remote : Nikon Wireless Control ML-L3
"Nice shot….And can we share a tips or two." email dari greysqrl (greysqrl.wordpress.com)…. bertanya.
"Okey…. for sharing." saya membalasnya.
Tips Pengambaran "As I Shoot…. @My Style 1" adalah seperti berikut :-
- Tripod. Sediakan Tripod untuk memastikan kamera anda berada pada keadaan yang tidak bergerak-gerak. Sedikit gegaran akan membuatkan gambar tampak tidak cantik. Walaupun ada juga nilai estatika lain di sebaliknya.
- Remote. Jangan lupa untuk memasang alat kawalan kamera atau remote. Alat ini juga bakal menghilangkan kesan gegaran (shaking) pada gambar anda dan kualiti gambar anda akan lebih hebat dan menarik.
- Shutter Speed dan ISO. Kawal kamera anda. Bermain-mainlah dengan "Shutter Speed" dan ISO. Jangan hanya mendengar kata orang ISO itu, ISO ini. Tiada apa kejadiannya. Saya suka memilih ISO L.1 (aka ISO100), manakala Shutter Speed sentiasa berubah-ubah.
- Belajar. Belajarlah sedikit dari Majalah-majalah, Internet dan Buku-buku berkaitan Fotografi.
- Lens. Dapatkan Lens Yang Bersesuaian (Kali ini saya memilih Lens : AF Nikkor 50 mm f/1.8 bersama Hoya Close Up +4. Bukan apa, nak test bolehkah close up +4 melawan AF-S Micro NIKKOR 60 f/2.8G ED saya.) Selain dari itu, kalau anda ingin menggunakan lens mikro, silakan yer.
- Angle dan Komposisi. Ramai juga saya perhatikan bila kawan-kawan melakukan "tag" kepada saya terlupa akan kepentingan "angle" dan komposisi gambar yang betul. Dapatkan komposisi yang betul. Bak kata Urs Muller (Kawan facebook saya)… "Give Him (Picture) A Space To Alive." semasa membuat komen tentang pengambaran saya. Thanks.
- Cahaya. Elakkan cahaya secara terus menerus dari matahari. Ia bakal membawa "over exposeure" kepada objek yang kita fokuskan. (Gunakan payung, sebagai reflector.)
- RAW. Fail RAW saya gunakan untuk penggambaran ini, bagi memudahkan pengeditan.
- Pergerakan Manual Gear. Gerakkan lens dan pindah-pindahkan kedudukan kamera secara manual. (Saya yakin anda akan mendapat "angle" yang anda idamkan.
- Tip Untuk Close Up. Gunakan "Close Up +4" bagi yang menggunakan "Close-Up".
- Flash. Sekiranya, cahaya yang menarik (kebiasaannya), jangan gunakan "Flash". Untuk hasilan yang terbaik, carilah "angle" yang mengangkat wajah foto anda.
- Skil Mengedit. Akhir sekali, masukkan di dalam komputer anda…… dan Edit. (Gunakan Skil Anda)
Kongsikan pandangan anda, semoga kita mampu mengangkat yang terbaik di dunia fotografi.
Selamat mencuba.
'theFLAME : ThePhotoBlogger
Home Sweet Home
Tiada ulasan :
Catat Ulasan