Khamis, 7 Julai 2011

"You Are A Professional." Saya kata TIDAKLAH…..

"Eeeeeeeeee…. hensemnya." jerit kecil adik Misi (nurse) dibelakang, menyentakkan tumpuan dan konsentrasi saya kepada gambar E'ZiQ dan Ariyana yang saya muatkan di dalam iPhone 4.
"Ariyana's Moment 2011."  Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting©
"E'ZiQ with His Hat."  Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting© 
"Boleh tengok? Meh… meh… meh… kak, tengok ni kak, cute la. Mmmm comelnya, geramnya. Pandainya bergaya." sambungnya sambil membelek-belek gambar di dalam iPhone 4 saya.
"E'KiM Telah Dewasa."  Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting©
"My Princess : Aina Yasmin."  Imej Oleh'theFLAME Goes Shooting©
Saya tersenyum memerhatikan gelagat mereka.  Dari seorang ke  seorang berkumpul membelek gambar yang saya rasa tidak seberapa mana pun.  Huh….. Biarlah mereka membeleknya, jangan jatuh handphone  saya yang dipegang sudah.
"Encik ni, Akauntan kan?" tanya adik Misi Comel Melepak sebelah saya.
"Mmmmm…. tuke sign gaji kito, la kok (Tukang tandatangan gaji kita la ni, kak.)." jawap Mek Misi dengan dialek Kelantan.
"Terrernya amik gambar…. Akauntan ke Photographer sebenarnya ni?" tanya Misi Comel Melepak lagi.
"Akauntan, Photographer, Kuli, Sampah…… semua boleh." jawapan ringkas yang sesuai untuk mengelakkan cerita berpanjangan.
"Sorry lah…. nak tengok gambar-gambar tu tengoklah, saya nak tidur jep. Kalau doktor panggil kejutkan saya, yer." maklum saya kepada mereka memohon rehat kerana demam teruk hari ni.
"Okey!!!!….. kalau kami minta gambar untuk keluarga berapa caj, Encik Akauntan? tanya Akak Misi dengan nada gurauan, yang dari tadi berdiam diri di sebelah saya.
"Special diskaun untuk akak dan kawan-kawan.  Akak dan kawan-kawan 4 orang ni jerk yerk." aku terus memejamkan mata.
Saya biarkan mereka membelek gambar tu semahunya.  Biarlah, bukan ada gambar tak senonohpun dalam iPhone 4 saya tu.  
….o0o….
"Next….En. xxxxxxxx, please come in…." doktor menyentakkan lena dan kepeningan.
"Okey…. Thank you, I am coming, doc." jawapan ringkas yang rasanya tidak menyinggungnya.
Saya melangkah longlai masuk ke dalam untuk urusan pemeriksaan kesihatan.
"What are the girl and those nurses doing?" tanya doktor kepada saya yang baru masuk kepinga-pingaan, sambil menjeling para Misi yang masih berkumpul di kaunter pendaftaran pesakit.
"What are you doing, girls?" herdiknya garang.
"Opsssss… sorry, kami tengah tengok gambar-gambar ni.  Comel.  Pandai En. Akauntan ni snap la, doktor." jawap Misi Comel Melepak.
"Ohhhhh…. so cute and lovely." doktor melihat gambar-gambar anak-anak saya, dan menjeling kepada saya yang dok longlai di kerusi pesakit.
"Are you a photographer?" tanyanya lagi.
"Yes, but not professional like the other… doctor." mata saya dah layan kuyu.
"These are professional captions…. you are a pro…" doktor memuji saya yang semakin terpejam mata melayan kepeningan.
….o0o….

Selesai pemeriksaan, saya bingkas bangun mengambil handphone saya.
"Harap-harap mereka puas membeleknya." hati saya berbisik lagi.
"Thank you.  Bye…. En Akauntan, jangan lupa diskaun nanti yer." Misi Comel Melepak menyapaku sebelum keluar dari Klinik Kesihatan Kakitangan, Hospital Sg Buloh.
Saya terus ke Kaunter Farmasi Pesakit Luar, Hospital Sg Buloh untuk mengambil ubat.

"These are professional captions…. you are a pro…" masih lagi teryang-yang diminda dari tadi.
"These are professional captions…. you are a pro…" ia berkumandang lagi.
"These are professional captions…. you are a pro…" ia datang lagi.
"Iye ke….. hanya penonton sahaja yang mampu menilainya." hati saya menghilangkan keraguan.
"Elly Salleh Smile."  Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting©
Terima kasih, di atas penghargaan itu, Misi-misi Klinik Kesihatan Kakitangan, Hospital Sg Buloh.  Tak dilupa juga buat doktor yang mengucapkan "These are professional captions…. you are a pro…" pada saya.  Terima kasih, Elly Salleh atas keyakinanmu kepadaku.

'theFLAME : ThePhotoBlogger
Tgkt 8, Klinik Staff, Hospital Sg Buloh

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...