"Eh… "shoot" kasut ke peha En. Akauntan, ehhhhh En. 'theFLAME Goes Shooting, ehhhh…. Ke skodeng awek misi yang cun melecun." tegur seorang "follower flickrs" saya.
"En. Akauntan pakai lens apa tu?" seorang lagi kerani menegur saya.
Di suatu tempat lain pula,
"En. Akauntan, lens yang En. Akauntan pakai tu "Fisheye" ke?" tanya seorang kakitangan dari Unit Perolehan.
"Apa "best"nya, lens kelakar ni?" sambung seorang Penolong Pegawai Tadbir N27.
Rimas juga saya dengan panggilan yang kadang-kala berbau perli sebegitu. Perkataan "Encik" atau singkatannya "En." kadang kala merimaskan. Namun, apakan daya dah berkerja dengan organisasi kerajaan panggilan itu adalah "synonym" dengan saya hari ini. Bukan itu sahaja masyarakat luar juga suka ber"encik-encik" dalam berhadapan dengan kakitangan awam, termasuk saya sendiri.
….o0o….
Cukup dengan itu sahaja perihal "encik-berencik" yang menjadi kegemaran kakitangan awam hari ini.
Bermain dengan lensa kesayangan saya "Lensbaby" memerlukan selangit kesabaran. Selangit kreativiti, dan selangit permerhatian. Kejutan juga buat saya bila saya ditanyakan soalan-soalan ini :-
- "Eh… "shoot" kasut ke peha En. Akauntan, ehhhhh En. 'theFLAME Goes Shooting, ehhhh…. Ke skodeng awek misi yang cun melecun."
- "En. Akauntan pakai lens apa tu?"
- "En. Akauntan, lens yang En. Akauntan pakai tu "Fisheye" ke?"
- "Apa "best"nya, lens kelakar ni?"
Sebelum ini, saya ada "post" pada "post-post" lepas berkaitan "Lensbaby" kesayangan dan kebanggaan saya yang sebuah ini.
Persoalan pertama yang diajukan terjawab dengan foto-foto ini….
"Seribu Senyuman II" - Foto oleh : 'theFLAME Goes Shooting© |
"Seribu Senyuman I" - Foto oleh : 'theFLAME Goes Shooting© |
"Moment Captured Through A Blackberry" - Foto oleh : 'theFLAME Goes Shooting© |
Apa yang saya "frame"kan hanyalah warna-warna kehidupan. Senyuman dan kegembiraan. Keceriaan menggunakan "Lensbaby Composer Double Glass f/4". Kalau setakat nak amik peha perempuan atau awek… not in my taste…….
Soalan kedua dan ketiga saya jawab dengan gambar berikut :-
"Lensbaby" - Edited Foto oleh : 'theFLAME Goes Shooting© |
Lensa kegemaran saya "Lensbaby" mempunyai kelebihan :-
- Setiap hasilan gambar adalah tanpa pengeditan Photoshop kecuali untuk tujuan hasilan Hitam dan Putih ataupun "Frame-frame" gambar. (Ataupun "Watermarking".)
- Gambar hasilan kesemuanya menggunakan fungsi-fungsi manual.
- Memerlukan kemahiran.
- Memerlukan kesabaran.
- Memerlukan kreativiti untuk hasilan terbaik.
Bila ditanya tentang "fisheye", ya… sememangnya, "Lensbaby" juga mempunyai optic "fisheye" cuma saya belum lagi memilikinya kerana pesanan saya masih dalam proses oleh seorang kawan. Hendak mengetahui tentang "Lensbaby Composer Fisheyes" saya lampirkan bersama bentuknya serta pandangan dari atas, di bawah ini.
"Fisheyes Optic" Untuk "Lensbaby Composer" Harga dalam RM5++/- sahaja. |
Persoalan keempat saya jawab dengan keberhasilan foto-foto berikut :-
Fotografi Jalanan
"Baby Shot"
"Fine Art"
Dan banyak lagi.
Kelebihan sesebuah "Lensbaby" (Saya Menggunakan "Lensbaby Composer") dengan Optik terpilih adalah :-
- Kebanyakan hasilannya adalah asli tanpa mainan Photoshop yang berlebih-lebihan.
- Cabarannya luar biasa terutamanya dengan penggunaan fungsian manual. (Berbeza yang rata-rata hari ini kebanyakan jurufoto menggunakan "auto-finder" pada lensa dan akhirnya menjadi "Kepakan" para jurufoto tertentu. (Almaklumlah, kamera mereka itu ini, kamera kita begitu dan begini.)
Hahahahahaha macamlah hebat sangat si 'theFLAME Goes Shooting ni. Pegi jalan la.
Apa-apapun…. masing-masing punya citarasa tersendiri. Bak kata "Affendi Haluan Kanan" salah seorang jurufoto jalanan yang saya hormati, "adalah menjadi hak setiap jurufoto memiliki apa yang mereka idamkan." Saya amat menyukai jawapan-jawapan ini. Saya salinkan jawapan beliau untuk tatapan semua….. (Jangan marah Bro "Affendi Haluan Kanan"…..)
"…… dah kalau dia ada duit nak beli kamera mahal… suka hati dia la… siapa kita nak menilai… photography nie bukan hak "photographer" je… kalau camtu kedai yang jual kamera kena la tanya… "Lu ada skill ka… mari tengok…. oh…. lu gambar tak bagus… tak boleh jual in D3x pada lu…"
"Skill boleh diasah…. hanya bakat untuk menghasilkan gambar yang terbaik, itu yang datang dalam diri seseorang…. even kalau newbie sekali pun dah mampu nak angkat kamera yang mahal… dan kemudian ada cita-cita untuk belajar… dan sanggup diajar… akan menjadikan dia yang terbaik satu masa nanti…. lain la kepada yang berbakat… even kalau guna compact pun sekali snap memang terus cantik gambarnya.
Kesimpulannya, janganlah kita merendahkan kemampuan orang lain dengan merendah-rendahkan peralatan yang ada. Jangan terlalu fanatik pada kemahiran masing-masing. Kalau setakat kita pegang kamera pergi "shoot" itu ini, tak payah mengepak kerana kita dah menghasilkan sesuatu yang kononya hebat.
Salam
p/s:kecewanya baca kenyataan orang yang suka mengikut tanpa berfikir. Suka "Affendi Haluan Kanan" dengan karya-karya seninya. "Waveeeeeeee!!!!!!!"
'theFLAME Goes Shooting : ThePhotoBlogger
Home Sweet Home
Tiada ulasan :
Catat Ulasan