Khamis, 21 Julai 2011

'theSTREET of Moment : Tingginya Penghormatan Ini

"Don't be so worry… Pengambaran moment saya serahkan pada Tuan Akauntan." kata orang nombor satu  jabatan saya.
"Most of the pictures was so professional looking at the angle, feel and the composition." sambungnya lagi.
"Yeah… yeah… yeah… Saya setuju dengan Tuan Pengerusi."  sahut orang nombor tiga jabatan.
"I have no comment…. but he was dan he did was." kata orang nombor tiga.
Terpinga-pinga pula saya hari ini dibuatnya.  Malu pun…. ya juga.  Almaklumlah, siapa saya dalam fotografi.  Saya hanya seorang akauntan yang berdaftar di bawah Dewan Akauntan Malaysia dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
"Saya tidak sehebat jurufoto-jurufoto khas di sini, Tuan-tuan…. Saya hanya melakukan pengambaran mengikut rasa untuk menterjemahkan warna-warni kehidupan." jawap saya tertunduk malu.
"An awesome pictures of feel kawan…. I seen the result." Ketua Jabatan Neorologi juga seorang doktor yang meminati fotografi menggunakan kamera Leica.
"Betul, Tuan Pengerusi…. gambar kami semasa HSBLife awal tahun 2011 lepas dilakukan oleh Tuan Akauntan sebagai juru gambar dan juga sebagai peserta." sambung Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti dan Latihan, Hospital Sg Buloh.
Antara jawapan "Ya" atau "Tidak" saya teringat satu post lalu, bagaimana saya memulakan kerjaya sambilan sebagai jurufoto.  Saya ingat mereka berkata itu dan ini tentang cita-cita saya.  Mereka bercerita begitu-begini tentang angan-angan saya.  Penghormatan ini cukup bermakna bagi saya yang masih jahil di dalam ilmu-ilmu pengambaran. (Agaknya.)

Malu bercampur segan saya dibuatnya.  Puji-puji meninggi macam Gunung Kinabalu membuat saya berasa rimas juga dibuatnya.
"Kalau macam tu, boleh la Tuan Akauntan bersama saya untuk sisi pengambaran sekeliling Hospital, Tuan Pengerusi." sambung pegawai perhubungan awam.
"Beginilah… Tuan Puan yang saya hormati, saya mungkin tidak mampu melakukan yang terbaik untuk sebuah organisasi besar sebegini.  Namun, saya memilih untuk membantu jurufoto-jurufoto sedia ada untuk melakukan hasilan setiap detik dan warna kehidupan di sini.  Saya memilih semua jurufoto hospital untuk bersama saya mengambil warna-warni kehidupan warga, dalam mencapai matlamat jabatan."  jawapan yang saya rasa terbaik untuk tidak menyinggung jurufoto-jurufoto lama di jabatan saya.
Kata putus saya telah lakukan, bahawa saya hanya membantu dalam aktiviti "theSTREET of moment." jabatan saya.  Saya tidak ingin mengepalainya.  Saya tidak bermimpi untuk menjadi ketua pada mereka-mereka yang hebat.  Saya akui anjakan sebegini akan bakal merosakkan nama kebebasan fotografi saya di suatu hari nanti.

"Pengorbanan" Foto Oleh: 'theFLAME Goes Shooting© 
"Syukur…. di atas kepercayaan ini, pengiktirafan ini dan syukur atas keyakinan ini.  Akan kujunjung amanah ini, demimu negaraku yang kusanjung tinggi." hatiku sujud pada Illahi.
Kelopak mata semakin meredup…. saya lelapkan mata untuk memastikan ini adalah fantasi atau realiti.

Salam….

'theFLAME Goes Shooting : ThePHOTOblogger
Pejabat Ketua Bahagian Pengurusan Kewangan dan Hasil
Aras 2.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...