Ahad, 3 Julai 2011

Fotografi Jalan Malaysia 2011 : Catatan Untuk Sahabat Bernama Shawal

Tidak dapat dibayangkan bila peralatan "cari makan" kita rosak semasa sesuatu acara.

Sememangnya, foto ini saya ambil untuk "moment" yang tidak dapat dilupakan buat seorang sahabat.  
"Speechless!!!!!!!!!" itulah apa yang terdetik di minda saya pada masa ini diambil.  







Imej Oleh : 'theFLAME Goes Shooting 
Bayangkan, if it happened to you.

Alhamdullilah, ianya tidak terkena pada saya.

Tips penting dari saya bagi perkara ini :-
  • Pastikan Gadget  / Gear anda sentiasa terikat di tangan atau tergantung di leher (pesanan seorang kawan, masa mula berkecimpung dengan fotografi.).
  • Pastikan Strip ( tali kamera )sentiasa berkeadaan baik (Kalau dah berbulu-bulu tu, pergi la tukar, Kamera mahal boleh belikan, takkan strip tak boleh kot.).
  • Jangan suka pegang Gadget / Gear anda, semata-mata hendak mengambil sesuatu moment (sebaik-baiknya gantung kat tengkuk, kalau dah nak shoot dan takut terlepas moment sesangat.).
  • Pastikan "Hud" sentiasa terpasang (sekurang-kurangnya ada juga cover lens screen.).
  • Pastikan Gadget / Gear anda dilengkapi dengan filter sebelum melakukan aktiviti sebegini.  (filter pecah baru RM100/-, lens pecah tak terkata harganya.).

Post ini untuk kongsian bersama buat semua fotografi di Malaysia, bukan untuk menjatuhkan sesiapa.  Takziah buat sahabat saya atas apa yang berlaku.

p/s : Syukurlah ramai kawan yang pernah bagi nasihat ni.  Credit juga khas buat Scott Kelby berkaitan tips ni (Saya beli buku ini pada tahun 2009 dan baca hingga ke hari ini buku panduan ini).  

'theFLAME
ThePhotoBlogger.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...