Ahad, 3 Julai 2011

Gajet Untuk Aktiviti FJM2011

Seronok juga selepas balik aktiviti "First Outing : Fotografi Jalanan Malaysia 2011" di Starhill (Bukit Bintang lah), Kuala Lumpur.  Seronok yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata dan rasa.

Kebanyakan keseronokkan datang bila, saya ditanya sedikit soalan.  (Terima kasih atas soalan-soalan diajukan.  Soalan-soalan ini adalah suatu penghargaan buat saya.)

Meskipun masa yang terhad, ada juga yang sempat bersembang dengan saya.  Ada yang bertanya siapa saya (ada dalam Page ni, just klik button "Like" semuanya ada di sana, okey).  Tidak kurang juga yang bertanya tentang peralatan yang saya pakai.  Ada yang mengajak saya minum teh tarik (dekat Warung Mamak belakang Bukit Bintang Shopping Complex) untuk berkenalan sambil bertanya minat tema fotografi saya. Ada yang tanya "Kenapa saya pakai Lensbaby?" Macam "Star" pulak.

Biasalah, banyak udang, banyaklah garamnya kan.  Saya ikhlas berterima kasih atas semua itu.

Syukur juga saya tidak "mengepak" macam ayam (aka, kerek kata Orang Melaka, Ngesow Olah kata Orang Sarawak, apa lagi….. ).  Sempat juga saya menjawab sedikit soalan-soalan yang diajukan kepada saya, yang tak terkenal langsung di dalam bidang ini.  Hahahahahahahah..  Rasa malu pun ada juga, dengan bro-bro yang terror dekat sana.  Especially, dengan Bro Chot, MNJ dan Eddie Putera yang sememangnya menggunung professionalnya dari saya.

Namun, apa nak dimalukan.  Orang bertanya kita kena jawap.  Kalau tak, nanti dikata "mengepak" pulak kan.  Lagipun, saya percaya "Sharing is Caring."

Berikut adalah antara gadget dan gear yang saya gunakan, untuk aktiviti sebegini.  Jadi buat yang bertanya tu… rasanya terjawablah sedikit kan.  Kualitinya ada di dalam Flickr, Facebook 1, Facebook 2, Page (klik button "Like" semuanya ada di sana) dan blog ini.  Selamat melayari dan salam perkenalan buat semua.

Gadget Kegemaran Saya.
Kamera Utama Kesukaan Saya : Nikon DSLR D3s
Kamera Kedua Kesukaan Saya : Nikon DSLR D90
Lens Utama Kegemaran Saya : Lensbaby Composer, Double Glass f/4
Lens Kedua Kegemaran Saya : AF-S VR Zoom Nikkor 70-200mm f/2.8G
Kombinasi Gear Saya : Nikon DSLR D90 / D3s dengan
Lensbaby Composer, Double Glass f/4
Kombinasi Gear Saya : Nikon DSLR D90 / D3s dengan
AF-S VR Zoom Nikkor 70-200mm f/2.8G

 ----o0o----
p/s : saya taklah hebat….. seperti mereka-mereka yang "hebat", hanya seorang Akauntan Berdaftar yang gemarkan fotografi.  Please, jangan tanya harga, yer.

'theFLAME
ThePhotoBlogger

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...