Ahad, 3 Julai 2011

Fotografi Jalan Malaysia 2011 : Starhill, Kuala Lumpur (02 Jul 2011) : Part 1

Laungan Azan Subuh memecah keheningan pagi 02 Jul 2011.  Elly sibuk dengan melayan kerenah anak-anak yang ingin ke "Larian 1Murid 1Sukan" bagi Sek. Keb Sri Kundang.
….o0o….
Sesudah solat…. termenung sekejap.
"Nak bertolak jam berapa?" 
"Naik kereta mana?"
"Nak ikut jalan mana?" 
"Baju dan seluar mana?" 
"Sarapan kat mana?"  itulah yang berlegar di kepala sejak malam tadi.
Apa-apa pun kena jalan juga, Elly dah bagi lesen keluar outing dengan Chot and The Geng, so layan lah. Kalau tak, nanti bertambah la bebelannya.

Elly… Elly...

Jam 7.30 pagi selepas mandi, pakaian pilihan Elly sudah tergantung di tepi almari baju.  Baju hitam (3QE) dan seluar kelabu.  Malasnya cari pakaian yang lain, jadi saya menyarung sahaja apa yang ada. Kalau banyak songel sangat, kecik hati pula Si Elly Sayang nanti.  Lagipun, sememangnya warnanya pilihannya pun selalu sepadan mengikut "grooming" kasual seharian saya (She is my personal grommer la, salah pilih baju habis saya kena kutuk nanti).
"Roti Canai atas meja tu, Papa." kata E'ZiQ.
"Sayang beli dekat Warung Pak Shariff masa hantar Aina dan E'KiM tadi." sambungnya sambil mendokong Ariyana.
Selepas bersarapan, saya mencapai kunci kembara (Dah lama tak bawa kembara, kasihan pulak rasa. Hari ni biar Isuzu D-Max tu dok layan Elly sahaja.) dan memasukkan bag dan  2 biji kamera (bersama 2 lens kesayangan) untuk ke destinasi.  Jalan pilihan adalah Lebuhraya LATAR ke Guthrie dan terus ke PLUS.  Bukit Bintang adalah destinasinya.  Alhamdulilah, tiada halangan semasa perjalanan.
….o0o….
"Syukur Alhamdulilah, pakir banyak lagi yang kosong." hati saya kegembiraan.
"Destinasi seterusnya ialah Aktiviti Fotografi Jalanan Malaysia (FJM2011), Bukit Bintang" detik hati saya lagi.
Credit Khas Untuk Chot Touch
Bagi Banner ini.

Terkejut juga melihat ramainya remaja berpakaian serba hitam di hadapan Maybank, Bukit Bintang.  Semuanya saya tidak kenali.  Awek-aweknya pun cun-cun juga.  
"Nasib baik aku dah kahwin…. heheheheheh" Tanduk jahat saya tengelam kembali. 
"Mana pulak Bro Chot ni?" saya memulakan fokus semula.
"Hah!!!!! Jumpapun." hati saya gembira dan memberi salam pada orang yang menjemput kehadiran saya ke aktiviti hebat hari ini. 
Bro Chot, saya kenali memang seorang yang kemas dan peramah.  Cuma kali ini, Bro Chot membotakkan dirinya dan bertatu (sarung tangan ajer) ala-ala Penari Ngajat Negeri Sarawak pulak.  

Dengan iPad 2, jejaka macho ini, terkial mencari perserta FJM2011 yang masih belum sampai lagi. Itulah yang saya bangga tentang Bro Chot, yang sentiasa ramah dan bertanggung jawab buat ahli-ahlinya, terutama dalam menjayakan aktivitinya.

Di sudut sana, kelihatan Bro MNJ dengan peralatannya. Serius wajahnya, sambil membelek-belek kamera dan membetulkan sedikit setting D3nya.

Kelihatan juga anak-anak muda yang entah dari mana dengan peralatan masing-masing ke sana ke mari.  Klik sana dan klik sini untuk mencari setting dan mode pagi.  Mereka inilah adalah penggalas amanah negara suatu masa nanti.  
"Anak-anak muda…. semoga kalian, membuat yang terbaik demi negara." doa hati kecil saya.
Saya panjatkan syukur kehadrat illahi… ada juga seorang pemimpin seperti Bro Chot. Walaupun kecil sumbangannya pada ekonomi negara, tetapi mampu memimpin remaja (menjana para jurufoto) ke satu destinasi kehidupan terbaik seperti ini.  Biarlah mereka melakukan sesuatu yang terbaik Chot.  Tunjuk ajar dari sifu-sifu seperti Chot, MNJ dan Bro Eddie sepatutnya mereka banggakan.

Buat geng Jebat Community welcome to the stone jungle.  The Stone Age of Malaysia.

p/s : bangga juga become the member of FJM ni.  Atleast ada juga nak isi dalam buku prestasi kakitangan awam.  Buat Bro Chot, MNJ dan kengkawan…. TQ, and tumpang pakai gegambar yang menari tu utk blog.

'theFLAME
ThePhotoBlogger.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...