Selasa, 12 Julai 2011

Keamanan & Flora @Putrajaya

Hampir genap seminggu demam saya tak kebah lagi.  Sekejap demam, sekejap lagi sihat.  Sekejap sihat, sekejab sakit.

Dalam diri yang kian dimamah usia, pelbagai tanggungjawab wajib saya lakukan.

Kronologi yang teruk pada kesihatan ini tidak akan melemahkan usaha selagi terdaya untuk diri dan keluarga.  Bermula dari :-
07 Jul 2011 - Demam panas, selsema dan batuk teruk tanpa henti.
        -  berat masa ni 72 kg.
08 Jul 2011 - Demam panas, selsema dan batuk berkahak. (hilang suara seharian).
09 Jul 2011 - Demam, selsema dan batuk (Kesempatan jua melayan anak-anak dan keluarga.)
10 Jul 2011 - Demam, selsema dan batuk (Ok juga ke Putrajaya bawa anak-anak dan keluarga ke Pesta Flora)
11 Jul 2011 - Demam panas menyerang kembali. (Kena kerja, takut bertangguh pula.) 
12 Jul 2011 - Selsema, ada bintik-bintik lah pulak badan. (Doktor arahkan pergi check-up darah.)
        -  berat dah turun 68 kg. Wow diet ke apa ni?
Doktor yang check-up 07 Jul 2011 panggil masuk
"Hi! Handsome Photographer….. You looks oooooooo…." naik kembang punggung saya dipanggil begitu.
"What happened to you?" sambungnya lagi.
"I.D.K" jawap saya ringkas.
Opssss!!!!!!! cerita peribadi di Kedai Kopi? 

Pendek cerita, si doktor bagi surat cuti lagi. selepas mengambil darah untuk ujian ID dan nombor telefon saya.
….o0o….

Walaupun demam yang asyik mendatang dan pergi dalam minggu ini.  Kesempatan bersama keluarga, sepastinya tidak akan saya lepaskan pergi.

Pesta Flora membawa saya ke Putrajaya untuk memerhatikan alam semesta yang indah di bumi tercinta ini.  Kelangsungan aktiviti sebegini membawa saya kepada mensyukuri erti keamanan dan ketenangan yang kita rasa. Kelangsungan ini bagi menghilangkan rasa bosan setelah terlewat menghadiri Sesi Fotografi di Taman Tasik pada 10 Jul 2011.  Malangnya nasib.

Sok sek sok sek…. saya ke Putrajaya bersama keluarga.

Peristiwa semalam 09 Jul 2011, saya tidak perlu ulas kerana saya tidak layak mengulasnya.  Cukuplah mereka berjuang bermati-matian kerana yang mereka kata itu hak, hak sana dan hak sini.  Tapi terlupa pula tentang hak orang lain.  Cukuplah…. Cukuplah kerosakan-kerosakan sana sini yang telah berlaku.

Okeylah, cukup sampai di situ yerk.

Frame-frame kehidupan ini saya nukilkan untuk semua.  Betapa kita perlukan keamanan, ketenangan bukannya kemusnahan.  





Dari Album "9.7 will be forgotten 2011"
Foto Oleh 'theFLAME Goes Shooting
Wajah-wajah ini akan hilang sekelip mata kerana kemusnahan dan kerosakan yang kita lakukan.  Anak-anak tidak lagi berlari-lari dan menari-nari riang.  Ibu-ibu tidak lagi meneguk secangkir air kelapa (bukan hanya secangkir, malah seteguk pun belum tentu.)  Jurufoto alam juga akan kehilangan sumbernya kerana sedikit kemusnahan.

Syukurlah, ada juga sedikit hati mereka yang tetap inginkan keamanan.  Saya tidak bangga dengan keganasan yang "mereka-mereka" telah lakukan.  Tapi fikirkanlah cara terbaik untuk merobah sesuatu tanpa mengorbankan keamanan dan keceriaan.

Salam dariku "Jurufoto Kerdil"
'theFLAME Goes Shooting
Home Sweet Home

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...