suram pandangan nenek
melihat cucunya berkelahi lagi.
Cucu kata "Dia betul"
Cucu kata "Saya betul"
Nenek menangis lagi,
malu dengan atok di sebelah rumahnya
tergelak melihat cucu-cucunya berkelahi sesama sendiri.
Nenek menangis lagi,
malu dengan nenek di sebelah rumahnya
tersengih melihat cucu-cucunya berpukulan sesama sendiri
Nenek menangis lagi,
malu dengan aso si sebelah rumahnya
melihat cucu-cucunya dibelasah lagi
![]() |
"Event | Voice of The Street (Bersih 2.0)" Imej Oleh : Ajip Ali © 2011 |
![]() |
"Bersih 2.0" Imej Oleh : Enchek Shah © 2011 |
Nenek menangis lagi,
suram sungguh wajahnya
melihat cucunya bertekak dan bertempik lagi.
![]() |
"Event | Voice of The Street (Bersih 2.0)" Imej Oleh : Ajip Ali © 2011 |
melihat cucu-cucunya menaiki "Black Maria"
melihat cucu-cucunya pedih dan sakit mata
melihat cucu-cucunya berdengkut-dengkut balik ke rumah
melihat cucu-cucunya luka parah tersepak penghadang jalan
melihat cucu-cucunya koyak seluar kerana itu ini.
![]() |
"Bersih 2.0" Imej Oleh : Enchek Shah © 2011 |
Nenek menangis kerana
Semalam,
Kelmarin,
Hari ini,
Mungkin juga esok
![]() |
Bersih 2.0 : Imej Oleh : Ekamil Razali © 2011 |
suram sungguh hatinya kerana
Semalam,
Kelmarin,
Hari ini,
Mungkin juga esok
melihat cucu hilang arah entah ke mana.
Semalam,
Kelmarin,
Hari ini,
Mungkin juga esok
…o0o…
Nukilan "Semalam, Kelmarin, Hari ini dan Esok"
Nukilan ini, adalah suara kesedihan "Mother earth, melihat cucundanya tidak ingin bersatu."
- Serangkap tahniah buat semua jurufoto-jurufoto yang terlibat dalam pengambilan-pengambilan moment of kehidupan 9.7.
'theFLAME Goes Shooting
ThePhotoBlogger
Tiada ulasan :
Catat Ulasan