Sunyinya Malam Ini….
Tiada bulan, tiada bintang,
Kedengaran Ombak di Pantai…
Hatiku, Sayu dan pilu….
Mengenangkan….
Nasib diri dirantauan….
Sayup-sayup Lagu Popular dari Kumpulan Gersang ini mengusik jiwa saya, yang melayan sebuah majalah lama "Digital Photography" di anjung rumah. Jam dinding menunjukkan pukul 2.00 pagi. Sudah lama saya membelinya, namun peluang membacanya baru dapat saya lakukan malam ini. Rasa-rasanya keluarannya pun telah tidak dilakukan lagi.
Keheningan malam terhenti pada perkataan "Street Photography" yang tertera pada majalah ini. Minda saya teringat wajah seorang pak cik meneguk air, setelah seharian berjalan-jalan "Window Shopping" di Tamu Besar, Pekan Beaufort, Sabah (Andaian saya sahaja.). "Feel"nya suasana itu.
"Relax" Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting© |
"Ahhhhhhhh sudah berlalu, hari ni nak kongsikan "Tips-tips Fotografi Jalanan" untuk pembaca. Mungkin ianya berguna." hati saya menghentikan lamunan.
"Lagipun Herman (Akauntan Pantai Bahru Holding Sdn Bhd) tanya hari tu, tentang "Tips-tips Fotografi Jalanan" dari lensa seorang akauntan." hati saya membara untuk menulisnya.
"Jangan gambar saja yer…Tipsnya sekali… okey, kawan." Herman tambahnya lagi dan menghentikan Cheritera Kedai Kopi kami.
Dipendekkan cheritera, selepas makan tengah hari bersama Herman pun berlalu untuk menjalankan amanah tugasnya, dan saya kembali ke kenderaan untuk balik ke rumah. Terfikir untuk saya berkongsikannya kepada pembaca blog saya nanti. Saya tidak "hebat", "mahir" ataupun "ahli" tentangnya. Namun, untuk dikongsikan, rasanya perlu.
Di atas permintaannya, saya kongsikan bersama "Tips-tips Fotografi Jalanan" yang saya gunakan semasa melakukan ekspedisi pencarian "moment" foto-foto jalanan saya bersama keluarga, bersendirian atau dengan kawan-kawan untuk dikongsikan bersama. Ia adalah ilmu pembacaan, pengalaman dari blog ke blog atau web ke web dan saya terjemahkan mengikut eksperimentasi saya.
"Dragon Tatoo" Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting© |
"Fun & Game" Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting© |
Semoga pembaca meminatinya, dan selamat melayarinya.
Tips-tips Fotografi Jalanan Yang Saya Amalkan.
Antara "Tips-tips Fotografi Jalanan"yang saya amalkan adalah :-
- Peralatan - Pastikan kita membawa peralatan yang memadai untuk melakukan aktiviti foto-foto jalanan sahaja. Ini kerana peralatan yang terlalu banyak menyebabkan kita susah bergerak ke sana kemari untuk mendapatkan sesuatu "moment" kehidupan. Malahan, kita akan cepat keletihan kerana membawa serta mengangkat peralatan yang boleh mencecah berat seorang bayi berusia 2 ke 3 bulan. Tambahan pula, ianya adalah pengembaraan yang singkat, dan juga riadah tambahan sambil berjalan kali sahaja. Dan, semua pengambaran hendaklah dilakukan dalam jangka masa yang terlalu singkat.
- Mencari Senario - (Eh…. eh… macam tajuk cheritera sitkom popular TV pula.) Ramai jurufoto sukakan kesibukan suasana dalam mengambil aksi-aksi jalanan. Tapi bagi saya TIDAK. Saya amat menyukai sesebuah cheritera di sebalik sebuah "frame". Sebelum atau selepas melakukan setiap pengambaran, saya akan susuli dengan pertanyaan kepada masyarakat di persekitaran pengambaran saya bagi mengetahui subjek dan suasana yang saya di"frame"kan. Bak kata orang "Behind The Scenes" ataupun "Real Life Scenes".
"Suka-suka" Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting© |
- "Moment" atau "Stolen Moment" ataupun Warna-warna Kehidupan - Setiap pengambaran saya sukakan temanya. Tema yang saya sering letakkan sebagai carian dalam melakukan pengambaran jalanan ialah kepada "Moment", "Stolen Moment" ataupun "Warna-warna Kehidupan". "Moment" atau "Warna-warna Kehidupan" adalah suatu keadaan di mana masyarakat dan kehidupan sentiasa menyulami kemanusiaan. "Moment" atau "Warna-warna Kehidupan" sentiasa menyelitkan dalam pelbagai warna-warni setiap kehidupan. Saya suka merakamkan saat sebegini.
- Pemilihan Warna Setiap "Moment" - (Sori, saya memilih perkataan "Moment" sebagai terjemahan Warna-warna Kehidupan.) Dari dulu, kini atau mungkin selamanya, pemilihan warna hitam dan putih (tidak dinafikan) adalah sebagai lambang foto-foto jalanan. Namun, bagi saya tidak semestinya. Warna sebenar juga menterjemahkan serta mengangkat nilai foto-foto jalanan menjadi suatu warna kehidupan.
"Grafiti Kinabalu" Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting© |
- Latar Belakang - (Soalan yang menarik dari seorang kawan yang meminati foto-foto saya di Hospital Sg Buloh.) Latar belakang foto-foto jalanan, kadang-kala menterjemahkan sesebuah "moment" yang kita lakukan. "Shoot", jangan tak "shoot". Billboards, Papantanda, Grafiti atau apa-apa elemen visual boleh membantu dalam menceritakan keadaan persekitaran. Ia juga mampu mengangkat nilai foto yang kita "frame"kan.
- Bereksperimentasi - Ramai jurufoto yang suka untuk meletakkan "angle-angle" menegak atau mendatar dalam setiap gambar yang diambilnya. Bagi saya ianya adalah satu BUKAN kemestian. Ini kerana "Fotografi Jalanan" tidaklah mempunyai satu formaliti pengambaran khusus. Pemilihan "angle-angle" yang mampu menghidupkan suasana sesuatu hasilan oleh para penilai setiap "moment" yang kita lakukan.
"Rehat & Relax" Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting© |
- Daya Penarik "Kapsi" - (Ohhhhh… perkataan "Kapsi" la pulak saya gunakan, macam cheritera Indonesia pulak.) Untuk menarik perhatian penonton atau peminat kepada setiap kapsi atau hasilan kita, cubalah lakukan diluar dari norma-norma komposisi pengambaran dan cerita, serta subjek pengambaran perlulah mempunyai kualiti yang terbaik. Pemilihan sesuatu subjek dan komposisi yang terbaik merupakan cabaran utama di dalam Fotografi Jalanan. Tips ini, kadang kalanya melangkaui minda seseorang jurufoto, cuma saya belum lagi berjaya menghasilkannya.
- Cheritera-cheritera Sekeliling - Persembahan Jalanan, Pesta atau Pertunjukan Jalan adalah subjek terbaik di jalanan yang boleh dicheriterakan. Ia banyak mencheriterakan tentang kehidupan. Pilihlah aktiviti yang nampak menceriakan para peminat Fotografi Jalanan.
- Keluar Dari Paradigma Jalanan (Sekiranya Perlu) - Saya mengenali sesetengah kawan yang berkecimpung di bidang Fotografi Jalanan, dan rata-rata bersetuju bahawa Fotografi Jalanan yang diterjemahkan oleh jurufoto hari ini adalah gambar-gambar yang di ambil dari jalan-jalan di sesuatu bandar sahaja. Bagi saya, mentaliti kita sebagai jurufoto jalanan harus dikeluarkan dari paradigma terjemahan terus Bahasa Inggeris, "Street Photo". Untuk setiap "frame of moment" saya, saya amat menyukai dan memilih "Feel" jalanan di sesebuah Pesta, Persembahan, Taman, Zoo-zoo dan Acara-acara sukan (kegemaran saya.) Rasanya pembaca, tidak perlu mengelakkannya, cubalah. Ia juga mewujudkan cheritera jalanan untuk tatapan umum. Cubalah.
- "Angle" - Tiada syarat yang khusus berkaitan "angle" di dalam pengambaran saya, tapi tidak dinafikan "angle" pengambaran boleh menterjemahkan kualiti sesuatu foto. "Angle" pandangan dari atas mencheriterakan senario keseluruhan subjek yang diambil, manakala "angle" pandangan dari bawah mampu mencheriterakan keadaan sebaliknya sesuatu foto. "Angle" ini banyak mencheritera kepelbagaian cheritera di sesebuah foto, malahan kadang-kala mencheriterakan berjuta-juta cheritera kehidupan melalui lensa.
- Hasilan Gambar-Gambar dan Imej Yang Terbaik - Untuk mendapat hasilan imej yang terbaik kadang-kala kita perlu untuk mengambil gambar pada jarak yang lebih dekat. Menakutkan, mengerikan dan mencabar bukan. Namun, untuk mendapatkan suatu "moment" atau warna-warna kehidupan, "cabaran" merupakan satu yang kita perlu lalui. Nasihat terbaik dari saya adalah "berhati-hati dalam setiap mendapatkan sesuatu "moment" yang kita kehendaki" atau dapatkanlah kebenaran sebelum membuat pengambaran foto-foto jalanan. Takut nanti, lebam pulak biji mata tu.
- "Breaking The Rules" - (Saya tidak maksudkan jurufoto melanggar perundangan negara okey.) "Breaking The Rules" yang saya maksudkan ialah setiap jurufoto harus cuba untuk melarikan diri dari peraturan pengambaran biasa, termasuklah "angle" atau "komposisi". Contohnya, kita selalunya cuba mengelakkan diri untuk melakukan pengambaran bertentangan dengan cahaya matahari kerana ia akan mewujudkan bayangan yang merosakkan gambar-gambar kita. Tapi, mencubanya tidaklah menjadi satu kesalahan, bukan. Pengambilan gambar-gambar sebegini saya lihat lebih mencabar. Apa tidaknya, untuk mendapatkan subjek satu kelainan perlu dilakukan dan apa yang menarik lagi, keilmuan sebegini perlu ada bagi setiap jurufoto-jurufoto kita.
- Sentiasa Bersedia - Pakcik saya seorang polis ( berpangkat juga ) yang sentiasa mengamalkan kata-kata motivasi ini. Sebagai seorang polis yang berpangkat tinggi, dia sentiasa bersedia dan setiap kali menjalankan amanah tugasnya dan ini ditunjukkannya kepada saya sebagai seorang jurufoto bebas dalam setiap keadaan dan situasi. (Cuma belum pernah bersamanya dalam merakamkan gambar-gambar foto jalanan untuknya ataupun secara suka-suka, mungkin di suatu hari nanti, saya sentiasa mendoakannya.) Apa-apa pun sebagai jurufoto jalanan, kita perlu bersedia pada setiap masa dalam menyampaikan tema, mesej dan sebarang aksi yang ingin kita "frame"kan atau bakal kita "frame"kan. Ini kerana warna-warna kehidupan yang mewarnai foto-foto jalanan hanya berlaku sekelip mata. Ia tidak dirancang dan tidak diatur. Sekiranya, warna-warna kehidupan tersebut kita lepaskan dan dilakonkan semula tampak janggal (malahan agak melucukan atau kadang kala si pelaku tidak ingin melakonkannya semula).
- Fotografi Jalanan Bukan Selalunya Sepontan. - Kadang kala kita berdoa, untuk mendapatkan warna-warna kehidupan dan "moment" yang lebih sepontan dalam setiap hasilan Fotografi Jalanan kita. Namun, bagi saya sebagai seorang jurufoto bebas, Fotografi Jalanan bukan lah sesuatu yang aksi-aksi yang sepontan. Kebarangkalian sepontan dalam Fotografi Jalanan adalah kebarangkalian pada peratusan yang terlalu rendah. Bagi saya, sekiranya saya terserempak dengan sesuatu yang mungkin berpotensi menjadi "moment" atau warna-warna kehidupan, saya akan berusaha untuk kembali kepadanya bagi sebuah hasilan foto jalanan. Cumanya kadang-kala saya perlu untuk menunggu masanya sahaja untuk di"frame"kan di dalam lensa saya sendiri. (All we need just a little passion…. kata Gun 'n' Roses.")
- Gunakan Set "Speed Shutter" Terbaik - Jalanan merupakan suatu tempat yang sepastinya mempunyai pelbagai tali arus pergerakkan kehidupan. Untuk mendapatkan pergerakan kehidupan, warna-warninya serta kita masih mempunyai kualiti gambar terbaik, saya akan memastikan shutter speed di"set"kan pada "mood" yang paling sesuai. Saya akan memilih kelajuan maksima untuk mendapatkan sesuatu hasilan terbaik. Alhamdulilah hasilannya. Saya pernah mencubanya, memang "The Best". Saya menggelarnya, "movement of blur…." (istilah sendiri la). Tiada kelajuan dan ISO yang saya cadangkan untuk mendapatkan hasilan sebegini sebegini.
- Hasilan Gambar Kehidupan Tanpa Disedari. - Terbaik bagi "frame-frame" fotografi jalanan adalah sesuatu hasilan "frame" kehidupan yang tidak disedari. Ini kerana hasilan yang disedari tampak seperti situasi gambar dirancang atau situasi gambar berkumpulan lah pulak. Bagi saya hasilan gambar kehidupan tanpa disedari lebih membawa "rasa" kepada Fotografi Jalanan. Ia menunjukkan kreativiti seseorang jurufoto dengan hasilannya. Ia seperti sebuah paparan rentang sebuah iklan atau desktop komputer yang menterjemahkan rasa, citarasa, warna, dan kehidupan.
"Lensa Masyarakat I" Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting© |
- Cheritera Di Sebalik Lensa. - Dalam melakukan setiap penggambaran Fotografi Jalanan, saya amat menyukai untuk saya bercheritera dan mencheriterakan di sebalik gambar-gambar lensa yang saya hasilkan. Kadang kala, saya tidak memokuskan (seboleh-bolehnya cuba) kepada subjek tetapi kepada persekitaran subjek. Sememangnya ia mencabar dan lebih bercheritera. Untuk hasilan gambar sebegini, saya suka menggunakan Lensa "Wide Angle" ataupun "Lensbaby" untuk ia lebih bercheritera. Kualitinya????? Lebih terbaik dan mendapatkannya adalah mencabar.
- Bersedia Dengan Pandangan Umum. - Jurufoto Jalanan dipandang berbeza-beza oleh masyarakat hari ini. Almaklumlah…. "paparazzi" kata orang hari ini. Jadi, ambillah gambar-gambar serta hasilan kita ditempat-tempat yang mempunyai keadaan yang bersesuaian untuk melakukan fotografi-fotografi jalanan. Sentiasalah senyum, bersopan dan bersedia serta menerima untuk memadamkan hasilan gambar yang telah kita ambil, (sekiranya, diminta oleh seseorang yang ada di dalam kapsi kita. Ia lebih kepada "privasi" seseorang.) meskipun menarik.
"Lensa Masyarakat II" Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting© |
- Lokasi Pilihan. - Pilihlah dimana lokasi pertemuan pelbagai golongan masyarakat. Lokasi di mana kehidupan yang lebih membawa pencheriteraan. Pertembungan golongan masyarakat yang mewujudkan suasana, di mana lensa kita yang bakal mengeluarkan hasilan untuk di nilai sebagai Fotografi Jalanan.
- "Practice Make Perfect." - Apa-apa pun, saya suka menasihatkan agar jurufoto melakukan banyak latihan untuk setiap hasilan gambar-gambar jalanan yang terbaik. Saya akui juga bahawa saya juga masih memerlukan terlalu banyak latihan untuk Fotografi Jalanan. Dalam pencarian warna-warna kehidupan fotografi jalanan, sepastinya pelbagai warna kehidupan yang menarik akan kita temui. Jadi latihan demi latihan akan mewujudkan kesempurnaan pada diri setiap individu.
- "Get Your Camera …. Go, And Start Shooting." - Rasanya tiada masa spesifik untuk melakukan pengambaran sebegini. Kenapa tidak mulakannya hari ini. "So, go!!!!!! And start shooting".
Salam, selamat mencuba dari saya.
Selamat Malam…
p/s : saya juga tidaklah sehebat mereka yang mahir di dalam bidang ini. Namun, idea-idea sebegini saya kongsiakan bersama hasil dari pembacaan saya dari laman-laman web, blog, buku-buku dan majalah-majalah berkaitan foto-fotografi sama ada dalam ataupun luar negara.
'theFLAME Goes Shooting
ThePhotoBlogger
Home Sweet Home
Tiada ulasan :
Catat Ulasan