Khamis, 14 Julai 2011

"The Walk : Level B2 - U2" Not An Album

Menyusuri The Curve, Mutiara Damansara mata saya tercari-cari "Moment" yang boleh diabadikan dengan lensa 50mm f/1.8 bersama Nikon DSLR D90. (Sengaja saya tinggalkan D3 di rumah, khas untuk D90 mempersembahkan kualiti dan kreativitinya.) 

Penyusuran ini, diwarnai dengan larian E'ZiQ ke sana ke mari.  Ia menambahkan cabaran serta menyukarkan saya untuk memikirkan sesuatu untuk dijadikan objek atau subjek.  Marah juga, tapi apakan daya, ianya sudah menjadi tanggungjawab untuk memerhatikannya.  Elly pulak dengan stroller menolak mengikut rentak untuk membuai-buai si baby Ariyana.  Kasih sang ibu…. itulah rasanya.  Si bujang E'KiM dan Aina sengaja saya lepaskan untuk mendewasakan diri dengan wacana amanah.  Saling bantu membantu memerhatikan antara satu sama lain.

Setelah lebih  dua jam bersama ke sana ke mari (Almaklumlah Window Shopping sahaja), kami kembali ke pakir Level B2, The Curve untuk balik ke rumah atau mungkin ke destinasi seterusnya. 
"Penat juga, hari ini….. satu gambar menarik pun tak dapat di"frame"kan."  hati saya memberontak.
"Sabar, sebagi jurufoto kita perlu banyak bersabar." hati saya menyedapkannya.
Sambil membantu Elly menyusun barang-barang peribadi kami ke dalam Isuzu D-Max saya, mata saya terhenti memandang papan tanda di hadapan saya.  Ianya cukup menarik perhatian saya. Cukup bermakna bagi saya yang ternanti-nanti sesuatu yang ingin dirakamkan.  Saya cukup meminati tulisan tertera di papantanda tersebut (Saya lampirkan bersama untuk tatapan pembaca).

"The Walk : Level B2 - U2" Not An Album.
Foto Oleh : 'theFLAME Goes Shooting
Cukup menarik bukan….?

Setelah di"frame"kan hati saya mahu menjerit kegembiraan.
"Nahhhhh… kan kesabaran pasti berbaloi, bukan." hati saya menyemarakkan kegembiraan hari ini sambil tersenyum.
Elly di sebelah, memahami senyuman itu.  Elly tahu jawapannya adalah terdiri pada dua kategori. Ia lebih kepada kepuasan kerana menemui objek atau subjek dicari atau tulisan tertera itu adalah Kumpulan kesayangan sang suami tersayang.
" Ringkasnya (Seandainya), Kumpulan U2 yang berasal dari Dublin, Ireland menemui post ini… saya berharap dan bangga, sekiranya mereka menyukainya ataupun tidak.  Kumpulan U2 yang dianggotai oleh Bono, The Edge, Adam Clayton dan Larry Mullen, Jr. merupakan kumpulan yang membawa genre lagu rock, alternatif rock dan post-punk.  Menyukainya, menyebabkan hampir setiap albumnya menjadi koleksi saya.  (Mana-mana yang tak boleh dapat tu order la melalui internet.)  25 Sep 1976 merupakan tarikh penubuhan kumpulan ini di Bandaraya Dublin. "
Best dan sememangnya best.
Lagu "One" merupakan lagu yang sentiasa menjadi kegemaran remaja saya.  Saya juga yakin ia masih segar dan masih menjadi siulan setengah anak muda sehingga ke hari ini.  (Saya lampirkan bersama untuk hiburan semua, tapi seperti biasa, sebelum mendengarnya, "pause"kan dulu Gadget Streampad blog ini, atau terus ke capaian Youtube dilampirkan.)
Ahhhhh… Jauh cerita kita tentang Kumpulan U2, 1970-an kegemaran saya ini.  Sampai saya terlupa nak menoktahkan cheritera. Cukup-cukuplah.  

Apa-apa sekalipun, kesabaran sentiasa membantu saya dalam melakukan setiap pencarian dan frame-frame "moment". Kesabaran jugalah yang membentuk kualiti pengambaran saya kepada kuantiti.  Kesabaran inilah agen utama saya dalam mencapai sesuatu kejayaan di dalam semua bidang.

Nasihat saya, bersabarlah dalam setiap pencarian "moment" terbaik.  Bagi kualiti sesuatu foto yang terbaik, "Kawallah kamera dan gear anda, bukan kamera atau gear anda mengawal anda."

'theFLAME Goes Shooting
ThePhotoBlogger
Parking Lot Level B2, The Curve

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...