Sebagai jurufoto bebas saya mencuba banyak skil dan cara pengambaran yang membawa kelainan. Kelainan dari segi hasilan merupakan keutamaan saya.
"Sape tak kenal 'theFLAME Goes Shooting….. sebut jer nama tu, sume ore kenal." kata Amir KMC.
"Hang,….Masta…. bukan lagi Sifu." Redzuanzone yang suka menyampuk cerita.
"Yela tu….." saya gelak kecik.
Lama juga tidak bersama mereka-mereka yang hebat ini. Nak layan teh tarik di kedai kopi dengan mereka tidak seperti dulu. Masing-masing sibuk dengan komitmen harian. Amir KMC sibuk dengan pengurusan perpustakaan foto-foto digital, Redzuanzone dengan kerjaya sebagai jurufoto Jabatan Penerangan Malaysia.
…..o0o…..
![]() |
Zoom Effect : Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting © |
Skil hari ini saya panggil "Zoom Effect". Rasanya semua orang tahu tentangnya. Namun, untuk mencubanya, takut-takut juga. Takut kenapa pula……
"Takut tercabut lens kamera." Elly menyampuk di belakang.
Teringat juga saya e-mail Azman Jumat dan Ree Bros, semasa saya mula mengambil gambar-gambar sebegini.
"Wah… nice entry ni bro… gud luck.. satu langkah ke hadapan… tertinggal saya selangkah.." mesej pendek Azman Jumat pada 02 Julai 2010.
"Menarik bro… terutama bahagian lampu… mcm (macam) pening kelapa pun ada.. heheheheh … (gurau).. Try pada objek macam muka ker.. camana jadi.. try lagi kasi pusing kamera." sampuk Ree Bros dalam komen berkaitan skil sebegini.
Pujian bukanlah matlamatnya, tapi bagi saya, mencuba sesuatu yang baru merupakan pedahuluan kepada sesuatu permulaan. Apa-apa pun untuk menguasai ilmu fotografi, banyak berexperimentasi adalah formulanya.
![]() |
The Drum : Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting © |
![]() |
7-Eleven : Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting © |
![]() |
Starbuck : Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting © |
![]() |
The Lights of The Curve : Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting © |
Tips saya untuk melakukan "Zoom Effect" adalah seperti berikut :-
Tripod. Pastikan kamera anda tetap pada satu fokus objek. (Sekiranya anda kurang mahir, gunakan tripod sebagai penyokong kamera anda.)
Cahaya. Pastikan kita berada pada situasi kurang cahaya. (Lower Light Situations.)
Objek. Bermain-main dengan cahaya persekitaran. Ertinya Objek utama adalah sesuatu yang bercahaya.
Mode. Gunakan mode manual.
Shutter Speed. Tiada spesifikasi kelajuan shutter. (Bagi saya, saya hanya bermain-main dengan cahaya.)
Fokus. Lakukan setiap pergerakan dengan lancar bagi setiap "zooming."
Permulaan. Mulakan dengan meletakkan "zoom" kamera anda pada "Mid-Zoom".
Seterusnya, undurkan "zoom" perlahan-lahan, sambil menekan butang klik.
Apa yang penting, setiap "Zoom effect" bermula dengan "Mid-Zoom" dan "Zoom" kamera diundurkan ke belakang.
Praktis berkali-kali, anda akan mendapatkan hasilannya yang terbaik.
Selamat mencuba…..
'theFLAME : ThePhotoBlogger
Home Sweet Home
Tiada ulasan :
Catat Ulasan