Eh!!!!!! dah lama rasanya tak sembang-sembang tentang isu-isu semasa. Asyik cerita foto-foto sahaja. Marah pulak pembaca-pembaca yang lain. Maafkan saya.
"Kedai Kopi…. kenala sembang semua hal." kata Elly Salleh.
"Iyoooolah…" saya mengajuknya dengan slanga Jawa.
Kisaran tajuk post kali ini lebih kepada keselamatan para penunggang dan pembonceng motorsikal di Sungai Buloh.
Persoalannya :-
- Adakah mereka buat-buat lupa kompoun maksima boleh dikenakan sekiranya, kesalahan tanpa topi keledar dilakukan oleh mereka?
- Dah banyak duit ke, nak bayar saman?
- Adakah dunia mereka hanya hari ini, dan esok tiada?
- Mahukah mereka melihat orang tersayang diratapi atau meratapi?
Buat saya yang kasihan kepada mereka, sempat menegur telatah sebegini. Namun, seranah juga yang kita terima. Teguran ini bukan berkisar kepada jijik dengan kerenah mereka, tetapi lebih kepada atas sifat ambil berat, seandainya berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Jawapan yang saya terima cukup manis, dan hanya hati yang memahaminya.
Entahlah. Hendak dipanjangkan cerita pun, susah dan malas sangat. Takut-takut nanti ada pula yang mengamuk. Saya? Tentu-tentu kena marah. Biarlah sentuhan gambar-gambar ini menceritakan segalanya tentang tajuk serta isu yang saya ketengahkan. Aduhhhhhai orang Malaysia.
![]() |
Budaya Penunggang "Berhemah" : Imej Oleh 'theFLAME Goes Shooting© |
Fikir-fikirkan…..
Selamat melayari blog saya.
'theFLAME Goes Shooting
ThePhotoBlogger
Tiada ulasan :
Catat Ulasan