"en. H……, jumpa saya dalam jam 3 ptg… tq" pesanan ringkas memasuki ruang pesanan iPhone 4 saya.
Dua kakitangan yang baru sahaja melaporkan diri di hadapan saya hanya berdiam diri kerana tiada apa yang ingin mereka bualkan. Mungkin juga mereka kekosongan idea.
"Ada apa-apa soalan yang ingin dibangkitkan tentang amanah tugas cik dan puan." saya memecahkan kesunyian.
Hati saya masih pada pesanan yang baru masuk ke iPhone saya tadi. Saya tahu kenapa pesanan ini sampai ke telefon bimbit saya. Pasti ada yang tidak berpuas hati dengan kesenyapan saya selama seminggu ini. Malah sememangnya saya rancangkan untuk ia menjadi begitu.
"Menjadipun…. "Monyet-monyet" ini tahu juga betapa sakit hatinya saya. " hati saya tergelak kecil.
Saya tidak gentar dengan sebarang tindakan yang akan dikenakan, walaupun "monyet-monyet" ini bersatu untuk membuat aduan. (Selayaknya mereka dipanggil "monyet", yang akan bergayut di mana sahaja, tanpa memikirkan rantingnya rapuh ataupun tidak. Dasar orang-orang gelendangan…..)
….o0o….
"It's Three O'Clock……" komputer MACBook Pro melaungkan amaran.
"Hmmmmmm dah pukul 3.00 petang, nantilah…. " hati saya menyapa rasa.
….o0o….
"Dah 3.30 petang…. geraklah." hati saya memujuk untuk berjumpa Ketua Penolong Pengarah.
"Puan nak jumpa saya, Puan." saya bertanya.
"Iyer… sila duduk En. H……, banyak yang saya nak bincangkan." Ketua Penolong Pengarah memulakan bicara dan mempersilakan saya duduk.
"Apa cerita sebenarnya dengan Unit Pengurusan Hasil, En. H…..? Cuba cerita sedikit." tanya Ketua Penolong Pengarah.
"Saya mulakan penjelasan seperti berikut kepada Puan, Puan pernah merasakan perasaan berikut apabila, Pengarah mengarahkan Puan untuk mendapatkan sesuatu berkaitan laporan, akhirnya Puan kena lakukan sendiri demi menjaga professionaliti Puan. Sedangkan Puan telah meminta bantuan dengan kakitangan Puan untuk mendapatkannya." saya bertanya kepada Ketua Penolong Pengarah untuk memulakan penjelasan.
"Saya juga ingin bertanya kepada Puan, pernahkah Puan mengarahkan saya, dan adakah saya tidak melakukan dengan apa sekali alasan?" sambung saya lagi.
"Saya jawap TIDAK!!!!!!! sama sekali. Dan saya tahu kenapa dan apa akibatnya sekiranya saya tidak melakukannya." saya menyambung penjelasan saya.
"Itulah yang saya hadapi selama hampir 3 tahun menerajui Unit Pengurusan Hasil ini, Puan."
Kakitangan Yang Terdiri Dari
Pelbagai Warna-Warni Peribadi
Ketua Pengarah mendengar penjelasan saya yang agak sayu.
"Hampir 3 tahun, saya dikata itu ini, kerana ingin melakukan yang terbaik demi sebuah pengurusan. Malah ada yang sanggup mengangkat cerita sensasi kepada Pengarah, supaya saya dihancur lumat oleh Pengarah. Ada juga yang sanggup menghantarkan surat layang kepada Pengarah, mengatakan saya tamak kuasa, gila kuasa dan macam-macam lagi. Ada juga yang sanggup menghubungi saya siang atau malam, menyumpah seranah saya malah ada yang mengugut untuk membawa saya kepada Menteri Kesihatan kerana tindakan saya untuk kesama-rataan kakitangan."
Saya senyap seketika untuk menarik nafas.
"Saya sambung lagi penjelasan saya untuk Puan, adakah Puan pernah menyelami hati setiap kakitangan yang bekerja di Bahagian Kewangan ini, Puan. Ada barangkali, saya tidak ingin prejudis. Selama hampir 3 tahun, saya menyelami setiap hati kakitangan, lama, baru, tua, muda, Islam dan Bukan Islam, Melayu dan Bukan Melayu. Saya cuma mencadangkan sedikit ruang kesama-rataan sesama kakitangan. Tidak untuk saya yang berpangkat tinggi, tapi untuk yang sama pangkat dengan mereka."
Kakitangan Dibayangi Dengan Ketamakan Mereka Sendiri. |
"Puan, saya tidak tergila-gilakan mereka pun, mereka pun tidak lah cantik, secantik Dato' Siti Norhaliza, tidak sekaya Tan Sri dan Puan Sri yang saya kenal. Kulit-mulit tidaklah sehalus mulus artis yang saya kenali dalam bidang modeling. Potongan badan mereka tidaklah saya tergila-gila sangat macam potongan badan ala-ala Cindy Crowford atau Angelina Jolie. Apa yang ingin saya perjelaskan, saya bukanlah tergila-gila seseorang untuk melakukan sesuatu. Segalanya untuk sebuah jabatan dan organisasi tercinta.
Nafas saya…. termengah-mengah dalam menjelaskan persoalan dalam persoalan ini.
"Puan, Puan pernah ke wad melakukan tugas sendiri demi memastikan penghantaran bil-bil pesakit sampai ke tangan pesakit dan warisnya. Puan pernah mendatangi pesakit seperti saya lakukan dengan diplomasi yang saya rasa tidak seekor pun di kalangan mereka lakukan."
"Tapi, kakitangan En. H…… ada memaklumkan bahawa layanan yang En. H…. terima daripada wad istimewa… dan segala permintaan En. H….. akan dilayan dengan baik."
"Puan, Puan tahu atau tidak hanya 0.0001% sahaja yang mengenali saya. Kalau kenal pun barangkali nama sahaja. Jawatan dan siapa saya….. Entahlah. Dan, untuk makluman Puan, saya tidak pernah bertempik bahawa "Saya adalah Akauntan, mesti didengar cakapnya, kalau didengar setiap katanya tidak akan dipotong gaji." Saya tidak bangga dengan itu. Apa yang saya lakukan banyak pada diplomasi, bukan autokrasi. Saya tidak perlu orang menikus dan mengusap-usap belakang saya semasa saya memasuki wad. Dan, saya tidak pernah mendapat layan istimewa dari Matron, Sister, atau doktor untuk menjalankan tugas saya. Puan, rasanya mentaliti "beruk" atau "monyet" sahaja yang mengunung sebegitu. Dan, saya bukan "Beruk" atau "monyet". Cukuplah saya kata, "beruk" dan "monyet" ini yang tidak pandai menari, kata tanah dipijak, tidak rata dan tinggi rendah. Sudahlah puan…. saya penat dengan kerenah mereka. Saya sudah di motivate 100%. 3 tahun, Puan. 3 tahun…. saya berjuang untuk mereka. 3 tahun juga saya dipergunakan oleh mereka. Saya tinggalkan isteri dan anak-anak demi mereka."
"En. H…. kenalah menerima mereka…. kalau tak siapa lagi. Rendahkan ego tu." potong Ketua Penolong Pengarah.
Pengurusan Bukan Menilai Kerana Keegoan Mereka. |
"Puan, This is not about an egos……. This is survival. This is for the purpose of my superior. Make them learn. I belief that "Saya Yang Menurut Perintah." Follow any orders of our superior for good."
"Terima Kasih atas teguran ini, Puan. Diperpanjangkan pun, kita yang berlaga. Mereka….. akan tergelak-gelak melihat kita bertelagah. Kita bukan puak-puak yang bertelagah di bumi Arab sana. Untuk melakukan ulang tayang segala yang saya korbankan demi mereka, rasanya, saya tidak layak dan saya tidak bersesuaian. Tanyalah apa yang mereka dah lakukan dengan Laporan-laporan yang sepatutnya dihantar kepada pengarah, dan akhirnya …… Tanya juga kes berkaitan dengan seorang waris pesakit dan bagaimana mereka melakukannya dengan "kesopanan" mereka. Waris pesakit setiap kali berhubungan dengan saya akan mengadu kepelbagaian itu ini dengan saya. Tanyalah kesopanan mereka kepada kakitangan lain, yang sepatutnya dilayan lebih harmoni, akhirnya lebih kepada kesombongan. Saya?????? hanya seseorang yang menyelami mereka, dipergunakan untuk kepentingan mereka."
"Tak apa lah Puan….. banyak lagi yang harus kita fikirkan dari perkara sebegini. Hanya orang yang berkasta bawahan seperti saya sahaja yang memikirkannya. Saya cuba memuaskan hati 30 orang kakitangan saya, tapi 30 orang kakitangan saya ini tidak pernah bekerja demi untuk seorang seperti saya, malah lebih spesifik seorang ketua bernama Pengarah."
Saya berhenti seketika……
"Saya minta diri dahulu, Puan….. Salam buat pelapor puan."
Saya terus berlalu dari situ, tanpa berpaling kebelakang…. Saya tahu, segala saya lakukan demi "monyet-monyet" ini tidak akan dihargai.
"Ahhhhhh dah jam 4.30 petang….Tak payah nak fikirkan tentang kerja. Jangan fikir pasal monyet, jangan ikut siberuk. Kita lebih enjoy, kerja lebih best." saya berlalu dengan sendirian.
"Padan muka…"Monyet-monyet" ni….. Eat this….." saya memainkan lagu Black or White dendangan Micheal Jackson….
Salam…..
p/s : fahamilah…. hayatilah. Saya bertugas demi amanah saya, bukan untuk nama, bukan untuk sijil. Kalau nak sijil, saya boleh cetak dengan cetakan berwarna di rumah dan tayangkannya di dada blog dan FB.
'theFLAME Goes Shooting : ThePHOTOblogger
Tiada ulasan :
Catat Ulasan