Sabtu, 6 Ogos 2011

Think * Explore * Discover (Fikirkan * Kenali * Kenalpasti)

4 malam (hampir seminggu juga) saya melayan buku-buku :-
  1. Reuter : Our World Now (Oleh Thames & Hudson)
  2. A Billion Shots : A Travelogue (Oleh Billion Lim dan Sai Fong)
  3. The Moment It Clicks : Photographer Secrets From One of World's Top Shooters (Oleh Joe Mc Nally)
  4. Dare To Win (Oleh Mark Victor Hansen dan Jack Canfield)
  5. Sun Tzu's : The Art of War : For The Management Warrior (Oleh Gray Gagliardi)

Menelaah dari segenap kata-kata, helaian, gambar dan perenggan dengan penuh paksaan.

Dengan penuh kesabaran saya membaca setiap helaian untuk menguatkan diri dalam bidang yang diceburi ; sebagai seorang Chartered Accountant dan juga sebagai seorang Jurufoto Bebas.

Hati saya, saya teguhkan demi menghadapi tekanan atas sebuah perjalanan kehidupan yang bernama perubahan.  Hati saya juga , saya tetapkan demi cabaran yang mendatang dan perlu saya tangani atas  sebuah anjakan paradigma sebagai professional di bidang yang saya ceburi.
"Selesai sudah semuanya….. Isnin ini perlu ada satu strategi baru untuk perubahan pada diri bukannya perubahan pada orang lain." hati saya memulakan langkah keyakinan.
Tika kala saya menghadapi tekan, sajadah dan buku-bukulah menjadi peneman peribadi, di samping usapan sokongan seorang isteri yang sentiasa mendoakan kesejahteraan seorang suami.  Di samping seorang isteri yang sentiasa berdiri di sebelah saya, pada setiap kali tekan dan cabaran mendatang menghentam diri.

Hasil dari tekanan, kesabaran dan keyakinan inilah saya memikirkan tentang kehidupan sebagai seorang pelengkap masa hadapan, sebagai seorang Akauntan Professional dan juga seorang Jurufoto Bebas.  Saya alpa di atasnya, kerana untuk memulakan keyakinan diri terkadang memerlukan perubahan pada peribadi diri.  Syukurlah, saya tidak mati terduduk olehnya.
"Think (Fikirkan), Explore (Kenali) dan Discover (Kenalpasti)……. kehidupan yang diwarnai oleh pelbagai warna-warni ini." itulah yang tercetus diminda dari pembacaan ini (Kalau sama dengan tagline orang lain saya harap ianya kebetulan sahaja, dan saya tidak marah untuk kita gunakan atau kongsikan bersama, sekiranya ianya mempunyai kesamaan pada anda).
Anjakan Paradigma sebagai seorang professional di bidang diceburi, banyak membangkitkan semangat juang saya di dalam kehidupan ini.  Siapa kata, saya sebagai anak dagang yang merantau beribu batu dari kampung halaman tidak boleh merubah sesuatu?  Siapa kata?  Saya yakin akan natijah itu.  Saya cukup berkeyakinan dengan kata-kata sahabat saya yang sering mengangkasakan rasa diri.  (Terima kasih di atas nasihat mereka…. Sorry Herman, Wan Idham, Zahrin dan ramai lagi di luar sana kerana menyebut kalian dalam post ini.) 

Kadang-kala takut jua pada musuh durjana yang sentiasa ada.  Menunggu masa untuk membunuh, menusuk belati dan meracuni kita.  Tapi, itulah realiti kehidupan, musuh sentiasa berada di mana sahaja.  Memegang gugusan racun dan memegang belati.  Ada yang bertopengkan sarungan sebagai buah hati, sahabat sejati, malah saudara sehidup semati.  Persetanlah dengan mereka.  Mereka sama sahaja seperti Hantu Raya bukan? Sekejap menjadi manusia, sekejap lagi menjadi halimunan berpedati….. Yang pentingnya kita… Kita sebagai Jabatan Kerja Raya (istilah sahaja… tapi saya bangga dengan jasa mereka), membina kebaikan untuk kepentingan semua.  (Boleh juga dipanggil Dewan Bandaraya, kalau ada kita yang sukakan istilah itu.)

Dari cetusan minda inilah, saya terpanggil untuk mengubah tagline blog saya dari " * Dialog * Cheritera * Foto * Tips * Kehidupan * " kepada " * Think * Explore * Discover * " atau bila di"Melayu"kan sebagai " * Fikirkan * Kenali * Kenalpasti *".  

Bahagianya kehidupan ini bukan?

Tagline asal blog saya adalah lebih kepada  tagline santai, tanpa menguji minda peribadi. Kini tagline terbaru blog ini lebih ringkas, padat dan mencabar kepada tagline kehidupan saya sebagai Akauntan Bertauliah dan juga sebagai seorang Jurufoto bebas semasa (Saya bukannya seorang jurufoto amatur atau seorang professional seperti yang sesetengah jurufoto klasifikasikan.  Saya akur siapa saya.  Namun, setiap gelaran dan kategori yang diberikan cukup membanggakan.  Terima kasih atas penghargaan itu).

Kenapa saya memilih tagline ini?
(Jawapanya saya rasa cukup dengan penjelasan dan persoalan panjang lebar ini.)
  • Pernahkah kita terfikir (Think atau Fikirkan) tentang kehidupan di luar sana, yang menginginkan untuk kita mencuba sesuatu yang baru di dalam menghadapi perjalanan kehidupan.  Ianya lebih kepada perjalanan keilmuan, bukan?  Belajar dan belajar tanpa sempadan.  Ia memerlukan kita duduk di suatu lembah untuk mengenali sesuatu yang baru. 
Mencuba sesuatu yang baru dalam bidang fotografi…..
"Zoom-Effect : 'theFLAME Goes Shooting©"
  • Pernahkah kita berimaginasi untuk mengenali kehidupan (Explore atau Kenali), mengadaptasikan diri kita dengan budaya-budaya persekitaran dan bereksperimentasi dengan pengetahuan serta mendidik diri kita untuk mengenalinya sesuatu kehidupan.  
Bereksperimentasi dengan peralatan kita.
"'theSTREET's Moment : 'theFLAME Goes Shooting© "
  • Pernahkah kita berimaginasi ditekan untuk melampaui keterbatasan kehidupan yang luar dari kebiasaan (Discover atau Kenalpasti).  Mencabar diri sendiri untuk mendapatkankan sesuatu yang berbeza atas nama kehidupan. Ini termasuk dengan meletakkan diri dengan warna-warni kehidupan, berinspirasi dan beraspirasi untuk diri kita bagi sebuah masa hadapan yang cemerlang.

Melakukan sesuatu yang di luar keterbatasan kita.
"Kundang 4th Jet Sport Challenge : 'theFLAME Goes Shooting © 
Fikirkanlah tentang kepelbagaian ragam kehidupan ini, Kenalilah warna-warni ini dan Kenalpastilah potensi diri sendiri……  Segalanya bermula di sini…. Segalanya bermula pada diri kita sendiri.  

Akhir kata, KITA ADALAH LENSA MASYARAKAT.

Salam buat semua pembaca dan selamat membaca serta melayarinya.

'theFLAME Goes Shooting : 'thePHOTOblogger
On my desk@my small studio 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...