Ahad, 14 Ogos 2011

Cheritera Dari Kedai Kopi (Perihal Post-Post Di Dalam Blog Ini).

Mencari idea untuk diceritakan merupakan satu cabaran dalam hidup saya sebagai seorang penulis, jurufoto bebas dan professional di bidang perakaunan, kewangan dan perniagaan.  Bukannya apa, ia lebih kepada cerita kehidupan, cerita semasa, cerita masyarakat dan sedikit tips untuk diolah menjadi sebuah cerita.

Apa-apapun, ia adalah hak peribadi setiap penulis.

Ada yang rasanya suka mengangkat cerita ini untuk disensasikan kepada umum.  Namun, bagi saya ianya adalah tumpangan cerita.  Tidak ada kena mengena dengan si pembawa cerita itu sendiri.  

Jajalah ke mana sahaja…. kerana ianya kesukaan anda.  Kepastiannya saya tidak menyentuh sesiapa, dan kalau kebetulan ianya "HANYALAH KEBETULAN."  Terpulanglah… saya tidak akan menyaman anda untuk menggunakannya, kecuali penggunaan dan penyalahan harta intelek ini secara berlebih-lebihan dan sewenang-wenangnya.

Saya hanya berkata, menyuarakan rasa hati…. namun mengumpat, bercerita belakang-belakang dengan nama lebih dahsyat bukan….. Ia lebih dari fitnah.  Fitnah yang bakal memakan diri penyampainya.

Semoga Allah swt sahaja membalasnya.  Amiin… Ya Rabbil Alamiin.

Bak kata satu mesej yang saya terima :-
"Saya pengugut….. "
Saya menjawab :-
"Saya tidak mengugut…. kalau saya tidak katakan "Kalau tak buat, nanti …… bla, bla, bla, saya maklumkan pada atasan…."
Cuba fikirkan… saya hanya menjalankan tugas yang atasan arahkan, kalau saya tidak selesaikan, saya akan dikenakan tindakan.  Tindakan lebih keras dari hanya kata-kata "ugutan" (seperti yang pihak tertentu maksudkan.)  Letakkan diri anda di situasi saya, anda akan merasanya.  Jangan hanya mengangguk, mengeleng seperti saya suatu ketika dulu hingga saya digelar dengan gelaran si kura-kura, si Labi-labi, si Lembu dan banyak lagi (Saya ingat panggilan itu kepada saya oleh seorang Pegawai tertinggi di sebuah agensi yang saya pernah bekerja, dan saya tidak marah kerananya, kerana ia adalah nasihat yang baik, meskipun pedih bunyinya.  Saya cukup menghargainya kerana saya bangga dengan ucapannya pada hari terakhir saya bertugas di bawahnya, "You are 45 1/2 ." Terima kasih… Tuan yang menggelar saya begitu.  Now, I can fly, and I Belief I Can Fly……)

Bukan itu sahaja, telefon bimbit pernah melayang kepada saya kerana kesilapan perkiraan (nasib baik tak kena ke kepala saya, kalau kena koma juga 3 hari….).  Namun, positifnya saya terima ia sebagai satu cabaran.  Saya ingat juga hari terakhir di sana, bila dia berkata, (En.H…. susah nak cari orang yang boleh menerima kritikan berat dengan saya…. namun En. H… perlu terbang bebas untuk hinggap di dahan yang lebih kukuh untuk kehadapan.)

Teringat juga saya dengan kata-kata seorang Pengurus Kanan kepada saya suatu ketika dulu…. berbunyi "Stupid Maniac…. Bodoh…. Ini pun boleh salah…. Lembu pun tak boleh salah macam ni."  Terima kasih atas itu Tuan M…. sekarang ni Lembu itu sudah boleh terbang….. okey.  Terima kasih dimana jua and berada Tuan M, kalau tidak tuan siapalah saya hari ini, kecuali si Bodoh, si Maniac atau si Lembu.

Iklan ini cukup menarik dan menajamkan pemikiran saya tentang masa hadapan, ia banyak mengajar saya erti berdikari untuk kehadapan.  "Mawajikas….."


Iklan yang banyak menyentuh saya 
tentang erti perjalanan ini. Terima Kasih buat
Arwah yang menyediakan Iklan ini.  
Semoga Rohmu Dicucuri Rahmat OlehNYA.

Dialog-dialognya cukup menyentuh saya…..
Mahal oooo
Mawajikas….
………
… bantu-membantu…..
…. puas …. mendengar perkataan itu

tiba pula dia membantu…..
kecacatan membuat ….. lebih berani.

tapi lama kelamaan dia ingin bebas dari ingin bantuan…..

…. dah lama ke pakcik pakai kaki ini….
dah lama naik dan dah jauh……. jalan.

tapi ingat nak…. jalan mesti ke depan, bukan ke belakang.

Salam dari kejauhan. Now, really, really can fly…...

'theFLAME Goes Shooting :
Hunting for Rights
Home Sweet Home

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...