"Tiada yang ideal di dunia ini, melainkanNYA……" hati saya menyapa kesunyian.
Dalam saya melayan kesakitan peha dan betis (yang entah apa puncanya), menyebabkan saya sukar untuk bangkit dari katil pagi ini, tergerak di hati untuk menyiapkan kerja-kerja rumah. Namun, kaki si tua ini agak lemah. Diangkat untuk berdiri dengan sokongan tongkat rotan buatan sendiri.
Jam 8.00 pagi saya bangkit mengagahi diri untuk ke meja mengambil iPhone saya untuk menghantar pesanan ke Pejabat bahawa saya tidak sihat. Di susuli dengan panggilan ke iPhone Elly untuk menghantar saya ke klinik. Aduhhhhhh!!!!!
"Benci betul rasanya bila MC….. sakit merupakan halangan ke Pejabat. Orang akan kata saya ponteng. Pemalas. Itu ini, Begitu dan begini." hati saya memberontak pagi tadi.
"Sakit adalah rahmat…. Sakit adalah peringatan tentang kita adalah hambaNYA." hati suci mengingatkan.
"Saya sakit hari ini…. mmmm kalau orang lain sakit kita ambil pusing, kita siapa nak ambil tahu…. biar mampus sekalipun. hanya yang ada keluarga, isteri, anak-anak…. itu sahaja." hati saya merungut.
….o0o….
Selepas Elly menghantar saya ke klinik. Satu suntikan "Pain Killer" saya terima di punggung saya. Saya harapkan ianya cukup untuk melegakan saya dari tekanan kesakitan ini.
"Now, remember this my young accountant…. You are human, not mechanic or robot… Have some rest, the pain will be cured, slowly. No work for today. No monkey business." nasihat Dr. Malek, doktor panel kepada keluarga pagi ini.
"Okey…. Thanks Doc.." saya sayu….Kemeja yang saya pakai untuk bekerja hari ini hanyalah perhiasan hati sahaja.
"Remember…. I give you an MC for today…. Go home and get some rest." sambungnya sebelum saya melangkah keluar dari klinik.
….o0o….
Di rumah, selepas dihantar balik oleh Elly… saya terus merebahkan diri di atas sofa.
"Power betul ubat tu….." hati saya terdetik mengingatkan suntikan tadi.
Dalam melayan diri yang keseorangan di rumah, saya terus terlelap dibuai mimpi entah di mana. Radio terus memainkan lagu "Malas" dendangan Teacher's Pet (Maman).
"Malas" : Teacher's Pet (Maman)
"Have some rest…… 'theFLAME Goes Shooting. Have some rest….. To move a head, you need a healthy life. Zzzzzzzzz." saya berkata dan terus dibuai mimpi.
'theFLAME Goes Shooting Home Sweet Home |
Tiada ulasan :
Catat Ulasan