Merentasi bazaar Ramadhan untuk mencari "angle-angle" dan juadah berbuka menyebabkan saya terhenti mendengar satu dialog menarik di suatu gerai di bazaar di Kg Melayu, Sg Buloh semalam. Saya rasa ianya sungguh menarik dan sesuai untuk dikongsikan bersama.
![]() |
'theSTREET of Ramadhan ; 'theFLAME Goes Shooting© |
"Kak….. Pedasnya masakan semalam, kak. Ikan Masak Cili yang Akak masak memang semalam. Sakit perut kami makan." seorang Akak bertudung menegur penjual bertudung merah jambu digerainya.
"Pedas ke …..?" tanya sambil tersenyum dan melayan pelanggan yang lain di Gerainya.
"Yer…. tak percaya tanya abang pegang kamera ni." sambung Akak (kepedasan memakan Ikan Masak Cili) ini dan menepuk bahu saya.
"Ehhhhhh…. saya pulak, nak dimasukkan dalam frame cerita." hati saya berkata sambil membalas senyuman Penjual gerai di depan saya.
"Dah makan Ikan Masak Cili…. Cili tu, kalau dimakan tentulah rasa pedasnya. Ye… tak, adik kamera." seloroh Akak penjual selamba, sambil menjeling pada saya.
"Aku lagi…… " hati saya dah mula gusar.
Saya hanya mampu senyum menjawab perbualan ini… malas hendak menyampuk isu yang dibangkitkan. Susah pulak nanti kalau suasana menjadi panas, menyebabkan pergaduhan la pulak di bazaar Ramadhan nanti.
Dialog " Dah makan Ikan Masak Cili…. Cili tu, kalau dimakan tentulah rasa pedasnya……" ini menarik minat saya untuk mengulasnya. Mungkin ianya kena-mengena dengan diri saya, namun ianya tidak ada kena-mengena dengan sesiapa sahaja sama ada hidup atau mati (mati mana dapat baca blog ni kan) yang akan membaca blog ini. Kalau ada pun kebetulan sahaja jalan ceritanya, bukan.
….o0o….
Sememangnya, bila kita memakan cili, pedasnya akan terasa. Makanlah…. secubit sahaja, pedasnya akan terasa di segenap bibir, mulut termasuk tangan yang mencubitnya.
Pada 10 Ogos 2011 (lima hari selepas tarikh keramat kehidupan saya), saya menerima sepucuk surat dari pihak atasan yang berkisar dengan cerita-cerita blog ini. Elok lah, mereka membacanya, jangan dengar semata-mata. Eloklah mereka memahaminya, jangan membuta-tuli diri dengan isu-isu yang berlegar di ruang lingkup kehidupan sendiri.
Isinya agak kasar dan keras bunyinya. Hanya kesabaran mendahului dalam setiap tindakan kita. Syukurlah, Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini banyak menuntun saya untuk tidak bertindak melulu. Terima kasih Yang Maha Adil…. atas petunjuk itu. Terima Kasih…. buat keluarga yang sentiasa mendoakan kesejahteraanku… Terima kasih buat kawan taulan yang menjunjung panjatan doa kepadaNya buatku.
Ikhlas saya katakan, permohonan penjelasan saya yang tiada dijelaskan hampir juga menledakkan kemarahan. Apa tidaknya, segala pertuduhan adalah terlalu umum, tanpa tarikh, waktu, masa dan punca yang munasabah. (Bagaimana hendak saya menjawabnya.)
Merujuk kepada kes itu, saya menghubungi dan dihubungi beberapa orang sahabat untuk mendapatkan pandangan perundangan dan umum tentang perkara ini, termasuk beberapa kakitangan awam yang tinggi pangkatnya dari diri saya sendiri dan isteri kesayangan saya, Puan Elly Salleh.
….o0o….
(Lokasi : Di Pejabat seorang Kakitangan Awam)
"Tuan, boleh saya jumpa sekejab…… " saya mengetuk pejabat seorang kakitangan awam.
"Boleh…. masuk, sila duduk. Apa yang boleh saya bantu, En. H…… " tanyanya sambil menghentikan kerja yang sedang dilakukannya.
"Saya ada isu, nak ditanyakan kepada Tuan…. tapi sebelum itu, saya minta Tuan baca artikel dalam blog saya ini untuk kepastian dan kefahaman lanjut." saya menyerahkan MACbook Pro saya setelah duduk dan membuka post blog yang saya maksudkan dan menyerahkan salinan yang telah saya cetak untuk memudahkannya membaca. (Almaklumlah…. MACbook Pro saya tu berat juga.)
"Wah…. En. H…. pakai MACbook Pro?" kakitangan awam ini menjawab dengan nada gurauan, sambil membaca post yang saya cetak kepadanya.
"Ya Tuan…. Saya beli untuk kerja-kerja sambilan sebagai jurufoto bebas Tuan. Itu saya rasa Tuan tahu seperti saya nyatakan dulu, tentang kerja-kerja sambilan saya di Hujung Minggu dan Kelepasan Am." saya menjelaskan.
"Saya tak berani guna komputer office… nanti banyak isu yang akan timbul. Saya harap Tuan memahaminya. Terima kasih atas pujian itu, Tuan." saya menambah.
….o0o….
"Saya dah baca…. Kenapa?" tanya kakitangan awam berpangkat tinggi ini selepas lima minit penelitian dan pembacaannya.
"Tuan, dah baca surat ini Tuan….?" saya menyerahkan surat amaran yang saya terima pada hari sebelumnya kepada kakitangan awam ini.
"Yah…. Sudah.. saya sudah melihatnya tadi. Kenapa? " tanyanya lagi.
"Saya cuba memikirkan punca surat yang saya terima, dan menyiasat tentang surat amaran keras ini semalam. Dan seorang kawan menghantar pesanan ringkas menyatakan ianya berpunca daripada post blog ini, Tuan." saya mula menjelaskan.
"Blog Post dan Surat Amaran….. Tiada kaitan what…. " sambungnya lagi.
"Dari pembacaan Tuan… ada saya menyentuh sesiapa di dalam post ini, Tuan." tanya saya lagi.
"Nama dan orangan tiada tertulis di dalamnya…. dan saya rasa ianya tiada kait mengait tentang sesiapa yang hidup atau pun telah mati." jelasnya ringkas.
"Bagi organisasi awam, En. H…. jangan sesekail menyentuh dan memburukkan polisi awam, tidak mengambil gambar warganya secara bebas untuk tujuan dan nawaitu yang bercanggah dengan polisi dalamannya, mengkritik polisi organisasi, mengambil gambar yang cuba dengan nawaitu memburukkan organisasi dan banyak lagi peraturan-peraturan yang tertulis di dalam pekeliling-pekeliling awam. En. H….. boleh membacanya, dan dengan kecanggihan kini, boleh didapati di dalam internet, selain dari buku-buku pekeliling yang dijual oleh banyak kedai-kedai buku hari ini." kakitangan awam ini menyambung penjelasannya.
"Oleh yang demikian, saya dengan ini menyimpulkan bahawa, ianya lebih personal dan peribadi…. luahan rasa, diari dan bukannya mengkritik sesiapa. Nama juga tidak disebut. Kalau ada yang terasa, ianya lebih kepada "SIAPA YANG MAKAN LADA, AKAN TERASA PEDASNYA."" sambungnya lagi.
"Jadi, bagaimana dengan surat dan post ini, Tuan?" saya ingin mengakhiri perbincangan.
"Surat ini En. H…. mesti jawap, sebaik-baiknya bagi menjelaskan kedudukan sebenar, dan sesalinan kepada saya sebagai rujukan. Berkaitan dengan post ini pula, terpulang kepada En. H…. ianya adalah peribadi, En. H…. Surat ini penting untuk mempertahankan diri En. H…."
"Terima kasih, di atas nasihat Tuan…. saya akan menyediakan jawapannya secara bertulis." saya tunduk berterima kasih.
"And…. berkaitan dengan post tu…. sesiapa pun boleh menterjemahkannya. Bak kata saya tadi… kalaulah ada yang terasa.. itu hak dia, tapi janganlah ia direncahkan menjadi isu sejagat untuk menyalahkan serta menuding orang lain pulak. Nak delete post tu… bagi saya itu hak En. H….. Tapi jangan lupa jawap surat ini dan sesalinan kepada saya." sambungnya menutup persoalan yang kami bincangkan.
Perbincangan kami disudahkan dengan isu-isu lain yang rasa rasa penting untuk pengetahuannya.
….o0o….
(Lokasi : Di tempat letak kereta bersama seorang Kakitangan Awam lain)
"Hai…. lewat balik….? Banyak kerja ke En. H….." tegur En. A….
"Ohhhhh…. En. A….., takde lah… saya baru balik jumpa bos tadi." saya menjawap ringkas.
"Apa hal…..? Isu apa lak ni…. " tanyanya sambil mengunci kenderaannya.
"Nah… baca ni….. jawapannya akan saya bagi tahu dan jelaskannya nanti." saya menyerahkan kertas bercetak isian blog saya untuk pengamatan dan penilaiannya.
En. A…. membacanya.
"So…. what? Takde apa pun…. ini kan luahan rasa. Sama macam orang bercerita tentang sesuatu kepada orang lain yang tidak puas hati dengan sesuatu perkara. Bezanya, En. H…. menggunakan media blog, dan orang lain mengunakan kaedah lisan, a.k.a. mengumpat atau gossip." jelasnya.
"Cuma bezanya… perkara ini dibaca oleh semua umum. Manakala, umpatan dan gossip didengar oleh sesama kaum kerabat yang sewaktu dengannya. On my personal opinion…. itu adalah hak individu meluahkan rasa, dan selagi ia tidak menyentuh nama orang lain, ianya adalah bebas. Ini sama dengan mengumpat orang atau gossip dalaman, tapi mengumpat dan gossip lebih memburukkan suasana si diumpat, malah menjatuhkan kredibiliti si diumpat. Alasannya, si diumpat jelas dalam setiap bait-bait kata-kata termasuk jawatan, nama dan empunya diri. Post ini…. lebih umum bunyinya." En. A…. menyambung penjelasannya.
"Cuba baca yang ni pulak…. " saya menunjukkan surat yang saya terima.
"Apa kaitannya…?" En. A…. ingin mengetahui, setelah membaca surat yang saya terima pagi tadi.
"Tiada kena-mengena langsung." jawabnya ringkas.
"Thanks…. itu yang saya nak dengar." saya menjawab ringkas.
"Beginilah….. oleh kerana blog ni adalah bacaan umum, rasanya biarlah ia lebih personalize untuk bacaan sendiri. Tapi kalau untuk tatapan dan bacaan public, bagi saya tak kesah juga…. selagi tidak menyentuh nama peribadi. Kalau orang translate pun, ia adalah pendapat pembaca sendiri." jelas En. A…. lagi.En. A…. minta diri selepas panjang lebar penjelasannya kerana ingin mengambil isterinya.
….o0o….
(bersambung……)
'theFLAME Goes Shooting (Keep On Shooting).
Menunggu Sahur…. @Home Sweet Home
Tiada ulasan :
Catat Ulasan