Sabtu, 17 September 2011

Jamuan Kecil Tapi Meriah, Hanya Untuk Aidil Fitri 1432H

"Penat-penat…. Walaupun hanya buat makan-makan kecil-kecilan jer, tapi penat macam buat open house… ini lah penangan bila tak ada bibik…." Elly menulis statusnya dalam Facebook.
Kepenatan terasa bila saya dan Elly mula rasa ingin melelapkan mata seawal jam 10.10 malam.  Anak-anak mula membentang tilam di ruang tamu seawal jam 9.50 malam.  Itulah terjemahan kepenatan seharian menjamu kawan-kawan yang hadir bertandang ke rumah kami sekeluarga tahun ini.

Menu yang kami hidangkan hanyalah :-
  1. Mee Bandung Muar (Menu Utama)
  2. Agar-agar (Elly's Recipe)
  3. Nugets (Masakan E'KiM)
  4. Kek Coklet (Masakan Aina)
  5. Kuih-kuih Raya (7 Jenis Sahaja)
  6. Air Koktail Buah (My Hand Touch),
  7. Air Oren Sunquick, dan
  8. Nescafe 'O' Kaw Panas (Hidangan Malam Sahaja)



Juadah Jamuan Ringan Lebaran 1432H
Photo : 'theFLAME Goes Shooting ©  
Keluarga Cikgu Zainon dan Anak-anak Sempena Lebaran 1432H
Photo : 'theFLAME Goes Shooting © 

Kehadiran pula hanya kawan-kawan rapat, adik-beradik, saudara-mara dan jiran tetangga sahaja.  Kemeriahan juga terasa dengan dendangan lagu Jazz Kenny G, yang saya mainkan sepanjang majlis dijalankan. 
"What A Wonderful World……" kata Louis Armstrong diiringi dengan tiupan saxophone Kenny G.
Kemerduan siulan Kenny G, cukup mengasyikan saya melihat telatah rakan-rakan dan anak-anak mereka di jamuan kecil kami sekeluarga.  Itulah jamuan kecil-kecilan penuh bermakna.

Walau apa cara sambutan sekalipun, Lebaran merupakan perayaan kemenangan kecil menentang nafsu kita sendiri.  Sambutlah dengan kesederhanaan.

Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga.

'theFLAME Goes Shooting © 
Home Sweet Home


















p/s : Namun, walaupun ianya hanya jamuan kecil-kecilan, namun kos yang ditangung mencecah juga RM ratusan ringgit (Kalau buat Rumah Terbuka, lagi banyak kosnya…. heheheheh).  Alhamdulilah juga, tidak wujud pembaziran semalam.

Terima kasih di atas kehadiran :-
  1. Aida & Husband (Kawan Elly)
  2. Cikgu Zainon & Anak-anak (Kawan Elly & Aina)
  3. Yus, Ayu & Nadirah (Family Elly)
  4. Razak, Siti dan anak-anak (Family Elly)
  5. Jamali, Erni dan anak-anak (Family Saya)
  6. Pak Cik Ley, wife dan anak-anak (Family Saya)
  7. Abg Zack dan Family (Kawan Saya).



Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...