Jumaat, 16 September 2011

Pelik, Sememangnya Benar

Dalam kesibukan menyambut lebaran 1432H, tergerak hati hendak melakukan sedikit pendawaian dalaman untuk radio kecil saya.  Elly pula di dapur sibok dengan masakan "Mee Bandung Muar" kegemaran pengunjung dan rakan-rakan yang hadir ke rumah.  Seperti biasalah, bila Elly, membuat sentuhan "Mee Bandung Muar"  pastinya, kalau terlambat datang ke rumah, pengunjung hanya menghirup kuah "Mee Bandung Muar"  lah saja.

Tahun ini, rumah terbuka tidak kami adakan kerana kesibukan yang teramat dan ketiadaan pembantu rumah yang telah saya pecat sebelum bulan Ramadhan 1432H lepas.  Kami hanya menjemput rakan taulan rapat dan sahabat handai kerja serta sekolah-sekolah kami sebagai tetamu jamuan kecil raya tahun ini.  Ala…. Lagi pun Aina Yasmin pun baru habis UPSR, tak terlarat pula kami hendak melayan rumah terbuka dengan keletihan melayan kerenah UPSRnya.

Berbalik pada cerita pendawaian wayar dalaman untuk radio saya tadi, rasanya baru seminggu saya membeli wayar elektrik untuk pendawaian-pendawaian lampu-lampu hiasan di anjung rumah kami. Kos tidaklah seberapa…. 

Memeranjatkan, apabila hari ini saya ke kedai yang sama untuk membeli wayar-wayar tambahan sepanjang 7 meter bagi pendawaian dalaman yang lain dicaj pada harga yang berbeza.  Untunglah resit-resit lama masih dalam simpanan saya lagi.

Setelah turun dari kenderaan saya terus ke kedai yang sama minggu lepas sambil memesan barangan yang diperlukan.
"Tokey…. dawai biru putih (saya sendiri pun tak tahu istilah pendawaian elektrik dan wayar-wayar ini) 7 meter, dan plug penyambung tanpa pembumian satu set..?" saya memesan pada tokey kedai yang tengah melayan telefon di kedainya.
Dia hanya mengangguk dan mengangkat tangan.

Lima belas minit kemudian…...
"Okey….. siap semua RM 12.70, bos!" tokey kedai itu menjawap sambil membungkuskannya dalam plastik.
Terkedu saya, mendengar jawapannya.
"Weiiiiiii….! Tokey… bukan minggu lepas harga semeter dawai biru putih RM0.60 semeter ?" saya agak sangsi pengiraannya.
"Dan plug ni hanya RM 4.50 satu set?" sambung saya lagi.
"Iya…ka? Tapi saya memang jual harga itu macam, bos!" tokey kedai itu cuba menghilangkan kesangsian di hati saya.
"Tokey, lu jangan main-main…. Ni huh…. resit lama lu kasi last week." saya menunjukkan resit bayaran minggu lepas.
Setelah tawar menawar berlaku lebih kurang 20 minit, tokey kedai bersetuju untuk harga yang saya nyatakan dan inginkan.  Tokey kedai mengiyakannya sambil kedengaran bebelan-bebelan kecil dibibirnya.
"Ini… aaaaa,  saya punya anak silap kira la ni…., banyak lugi ooooo… bodoh punya budak, kasi lugi orang tua." tokey kedai itu merunggut.
"Kasi tambah 2 meter wayar merah putih.." saya menyambung lagi.
"Okey…. okey, itu wayar saya kasi free la.  Lain kali ini harga suda tukar ahhhh…. bukan itu harga lama, ahhhhh, bos." tokey kedai menyambung lagi.
Selepas bayaran dibuat saya pun terus berlalu.

Wayar Biru Putih : Agak Tebal (RM0.60 semeter sebelumnya), kini RM1.00 semeter.
Wayar Merah Putih : Lebih Nipis (RM0.40 semeter sebelumnya), kini RM0.60 semeter.
Sepanjang perjalanan balik ke rumah, minda saya berlegar-legar dengan harga-harga barangan tokey kedai itu tadi.  Baru seminggu, dah naik harga sampai RM0.40 bagi semeter wayar, dan RM 1.20 bagi satu set plug tanpa pembumian.

Plug Tanpa Pembumian : (RM 4.50 satu set sebelumnya),
kini RM 5.70 satu set.
Agak-agaknya kalaulah saya tidak perasan dengan harga yang dinyatakan, sepastinya tokey ni tergelak besar gembira dengan keuntungan RM 1.60 bagi seorang pelanggan hari ini.  Mindanya pasti akan terbayang keuntungan, sekiranya, 10 orang pelanggan keuntungannya akan menjadi RM16.00 bagi transaksi hari ini sahaja. Jangan cerita pula kalau dikira 100 orang pelanggan bagi sebulan untuk barangan yang sama.  

Sedari dulu, saya akan sentiasa menyimpan resit-resit bayaran untuk kajian bajet perbelanjaan rumah dan peralatan-peralatan rumah.  Saya pernah dikuiri oleh kawan karib saya kerana terlalu berkira sangat semasa membeli.  Sampai kadang kala saya kira agak keterlaluan bila, kekedai mamak untuk membeli sepeket gula-gula pun kena minta resit.  Justifikasinya mudah….. Inilah dia.
"Akauntan……Kena buat pengiraan kos yang betul." jawapan terbaik saya selalu untuk semua kuiri yang diketengahkan.  
Berbalik asal pada cheritera dawai dan wayar tadi, rasanya tanpa resit minggu sebelumnya, saya tentu-tentu akan kerugian RM1.60 mewakili jumlah kerugian 10 kali ganda sekiranya berlaku kepada 10 orang pelanggan lain.

Syukur kepadaNYA yang banyak membantu mengingatkan saya tentang perkara ini.  Buat semua berhati-hatilah.  Resit sepastinya, ada gunanya.  Pintalah resit bayaran dalam setiap urusniaga yang kita lakukan

Salam…..

'theFLAME Goes Shooting ©
Home Sweet Home

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...