"Yehhhhhhhhh!!!!!…. Esok hali laya mama, hali laya ….." E'ZiQ dengan slanga peribadiinya melonjak-lonjak kegembiraan sambil meluru ke dapur mencari Elly.
"Mama!!!!!!…. Mama…… Esok laya-laya, mama." sambungnya lagi.
"Iyer…… Mama busy ni, nak siapkan bahan-bahan masakan untuk pagi esok, E'ZiQ." Elly membalas makluman anak manjanya.
Di laman, kedengaran dentuman meriam mengalahkan gempita sambutan ketibaan orang-orang kenamaan.
"Oh!!!!!! Indahnya Malam Sewangi Lebaran 1432H." hati saya gembira sambil mengucapkan syukur kepadanya.
"Jommmmm….. Main mercun…." sahut Hafiz menyatakan kegembiraannya.
"Jommmmmm!" sambung E'KiM.
"Nakkkkk juga…." sahut Aina Yasmin, Nadirah, Addina dan Umairah serentak.
"Idea yang baik….. boleh buat moment shoot." hati saya tergerak dengan rima mereka, sambil menggapai DSLR D3s dengan lensa 50mm.
Sememangnya, Lebaran 1432H yang dinanti telah muncul kembali. Lebaran memanggil petikan jejari saya untuk sesuatu coretan dan nukilan sebagai kenangan.
"Selamat Tinggal Ramadhan, Selamat Tiba Lebaran." hati saya mula berlagu Lebaran 1432H.
"Sah-sah malam ni banyak sentuhan dan coretan." sambung hati saya lagi.
Melihat anak-anak berlari riang di halaman rumah, hati saya terasa usikannya. Syukurlah pelbagai coretan, moment, kenangan dan nukilan dapat dirakamkan.
Malam Sewangi Lebaran 1432H Foto-foto : 'theFLAME Goes Shooting© |
"Opsssssss…… yang kat dapur dilupa jangan…" hati saya berkata lagi.
Malam Sewangi Lebaran 1432H (Dapur)
Foto-foto : 'theFLAME Goes Shooting©
Sememangnya itulah Malam Lebaran 1432H yang dinanti.
Salam Wangi, Seranum Budi, Seluhur Hati.
Dari saya,
Tiada ulasan :
Catat Ulasan