Mempelajari ilmu-ilmu fotografi, kadang-kala melibatkan kos-kos yang amat mahal. (Tak nak komen… orang punya kos yerk.) Antara mampu atau tidak, akhirnya kita hilang arah kerana terlalu terikut-ikut tentang idea orang lain. Bercita-cita menjadi jurufoto sama ada amatur ataupun professional memerlukan usaha, idea, kreativiti dan kemampuan memetik jari pada pemetik kamera.
Berani saya katakan, semua sifu-sifu saya sememangnya, hebat di dalam bidang fotografi mereka. Siapa kata…. Wazari Wazir yang sentiasa dengan sentuhan sikecilnya tidak hebat. Sentuhannya mencetuskan idea "Wow" bagi penatap sentuhannya. Lain pula ceritanya seorang sahabat dan sifu saya, si Azman Jumat yang hanya saya kenali melalui internet. Seorang yang mempunyai sentuhan sendiri, yang juga mampu melakukan sentuhan "Wow".
Kalau kita pergi jauh lagi, rasanya Redzuanone (Tawam)-sentuhan Fine Arts, Amir KMC dan Chot Touch-Streets Photography juga mempunyai sentuhan berbisa. Mereka-mereka ini mampu menghasilkan sentuhan-sentuhan berbisa yang menarik setiap pengikutnya.
Jangan ceritalah pula sahabat lama dan karib saya, Marwan Mahmud dengan sentuhan sukannya. Kalau dulu dengan sentuhan Nikon D200, kini beralih arah dengan Canon Mark II.
Umumnya, mereka adalah "The Best Among The Best" of my sifus.
Tidak dinafikan sepanjang penglibatan saya sebagai jurufoto bebas, saya banyak berlajar dengan mereka-mereka yang hebat dalam bidang-bidang sebegini, walaupun kadang-kala terpaksa membayar dengan harga yang terlalu mahal. Prinsipnya, TIADA ILMU YANG PERCUMA. KITA KENA MENDAPATKANNYA DENGAN BERAPA HARGA SEKALI PUN.
Secara peribadi, dengan peralatan mahal dari ke entry-level hingga ke pro-level, seperti kamera dan lensa tanpa ilmu kita tidak ke mana, dengan peralatan seperti kamera dan lensa bersama ilmu tanpa praktikal kita akan jauh tersasar dari landasan, malah akan "meraban", meraba-raba tak tentu hala. Jadi segalanya bergantung dengan kita sendiri. Dan bagi saya, kita perlu sentiasa belajar setelah diajar, plus, shoot with Feel.
Hari ini saya nak kongsikan sedikit lagi siapa antara sifu-sifu tambahan saya dalam melakukan :-
- Komposisi,
- Angle,
- White Balance
- dan banyak lagi di bidang fotografi.
Kalau pada 4 September 2011, saya memilih "Fast & Furious" sebagai rujukan saya, kali ini saya kongsikan bersama movie-movie yang banyak membawa ilham saya di dalam teknik-teknik pengambaran foto-foto saya.
- Supernatural (Musim 1)
- Supernatural (Musim 2)
- Supernatural (Musim 3)
- Supernatural (Musim 4)
- Supernatural (Musim 5)
- dan (terbaru) Supernatural (Musim 6)
Koleksi-koleksi ini sememangnya saya simpan untuk kegunaan sendiri (Nak pinjam, susah sikit nak bagi, coz dah ada yang hilang dan terpaksa saya order baru dengan kos yang lebih mahal dari biasa yerk.) Tanpa memikirkan tentang kos, saya terpaksa berhabisan dengan wang ringgit untuk mempelajari pelbagai skil jurufoto professional dalam membuat pengambaran. Alhamdulilah, saya tidak payah merendahkan orang lain dengan skil mereka. (p/s : Kebanyakan DVD adalah original asal tanpa potong sana sini (al maklum cerita mistik, kalau potong jadi cerita lawak la pulak.), dan ia memerlukan kos yang "jeng-jeng" harganya.)
Peribadinya kadang-kadang saya belajar sedikit dengan teguran-teguran Bro Chot (Encik Ct) dan MNJ yang sememangnya pro di bidang ini beb…. kalau tak pro, buat apa bro-bro ini melakukan kelas dan mengambil gambar menarik mereka. Saya sungguh menghormati sentuhan mereka. Sentuhan yang penuh dengan rasa hati untuk berkarya. Mereka memang mempunyai ketrampilan tersendiri.
Bagi saya, mereka adalah sifu sepanjang zaman di bidang ini, cuma kita sebagai jurufoto bawahan perlu mempelajari lebih sedikit dari tunjuk ajar mereka dengan pelbagai ilmu. Apa-apapun, kalau kita ingin maju jangan berharap kepada cikgu sahaja…. praktikal kena lakukan. Dan untuk berjaya…. kita kena berani melakukan kelainan.
Selamat melayari blog saya dan mempelajarinya. Komen anda adalah yang terbaik untuk kita bersama.
Salam Aidil Fitri dari saya.
'theFLAME Goes Shooting Home Sweet Home |
Tiada ulasan :
Catat Ulasan