Ahad, 23 Disember 2012

"Comic Fiesta 2012" : Celoteh Penghujung Tahun 2012 di KLCC Convention Centre

"Apa nama acara ni?" sambil memandu saya bertanya pada Elly yang melayan kerenah si  comel Ariyana.
"Comic Fiesta 2012."  jawab Aina yang dari tadi macam cacing kepanasan melayan SMS kawan baiknya Marizetty.
"Ohhh Okey...." saya menjawab ringkas sambil memikirkan jalan-jalan pintas yang mesti dilalui untuk sampai ke destinasi di tuju dengan lebih mudah.
----o0o----

Setiba di destinasi yang dituju masing-masing dengan amanah tugas yang telah dimaklumkan dipersetujui sepanjang perjalanan dari rumah ke Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC Convention Centre) tadi.

Suasana pagi ibukota Kuala Lumpur pagi ini, amat menyegarkan. Jelas kelihatan Menara Berkembar KLCC mencakar langit kota batu ibu negara ini.
"Perghhhh!!!!!!!!! crowd dia...." Elly memecah kesunyian.

Suasana Pagi Sekitar Jam 9.45 pagi di KLCC Convention Centre.
- Foto Oleh : Elly Salleh
Suasana persekitaran destinasi yang dituju agak padat dengan orang ramai yang berpusu-pusu untuk membeli tiket Comic Fiesta 2012.   Jelas kelihatan ramai remaja dengan pakaian ala-ala hero anime berpusu-pusu ke dalam dewan yang terpampang Dewan 3, KLCC Convention Centre.
"Dok sini A'Yana ..... E'ZiQ...." Elly melabuhkan punggungnya di batasan bunga KLCC Convention Centre tidak jauh dari pintu masuk ke Dewan 3, KLCC Convention Centre.
"Kita tunggu Papa, Kakak, Abang E'KiM dan Kakak Zetty beli tiket. Panjang barisan tu." sambungnya lagi.
"Tak nak... nak ikut...." E'ZiQ memberontak.
"E'ZiQ tunggu mama yerk.... papa, abang dan kakak pegi beli tiket. Nak masuk dalam tak?" saya memujuk. 
"Okey!!!!!!!!" E'ZiQ menjawab sambil mengangguk. 
Menunggu dan Menunggu Gelang Tangan (aka Tiket)
Masuk Ke Comic Fiesta 2012, di
KLCC Convention Centre
Gelagat E'ZiQ Yang Kebosanan Menunggu
Barisan Untuk Ke Dewan 3, KLCC
Convention Centre.
"Aina, E'KiM beratur dengan Zetty. nanti kang lambat pulak." saya mengarahkan anak-anak beratur.
Setelah memastikan mereka memasuki barisan bersama dengan para pengunjung lain, saya menyusuri barisan-barisan pengunjung yang semakin memanjang ke arah KLCC Suria.

Jam 9.45 pagi Aina, E'KiM dan Zetty Telah Mula Beratur.
"Mak oiiiiii dah sampai ke kolam KLCC Suria tu!!!!!!!!" saya terhenti sejenak melihat barisan yang kian panjang mungkin akan mencecah sampai ke dalam KLCC Suria nanti.
---o0o---

Jam demi jam berlalu.... perjalanan ke kaunter tiket Comic Fiesta 2012 ini cukup memenatkan.

Jam Menunjukan 10.50 pagi, E'KiM dan Aina
Masih Beratur Untuk Mendapatkan Gelang Tangan
Masuk ke Comic Fiesta 2012
Apa tidaknya.... panjang barisan yang hendak dilalui lebih kurang 200 meter ke pintu Dewan 3, KLCC Convention Centre.  Ini tidak termasuk 250 meter lagi di dalam Dewan 3 KLCC Convention Centre.  Ianya cukup memenatkan ditambah dengan susana kepadatan orang ramai yang meneningkan.  Syukurlah, keadaan dewan berhawa dingin banyak membantu kesabaran saya dan anak-anak untuk beratur bagi mendapatkan tiket. 


Suasana Di Dalam Dewan 3, KLCC Convention Centre 
---o0o--- 
"Jauh lagi mom...." saya menghantar pesanan ringkas pada Elly kerana kebosanan.
"Ye ke...." balasnya.
"Rasanya dua atau tiga kali ganda dari barisan diluar tadi." saya memaklumkan keadaan padanya.
"Okey... dah dapat tiket nanti hantar kat luar... kita orang tunggu kat tepi tembok ni. A'Yana tidur, E'ZiQ dok mengamok-ngamok kat sini." Elly membalas pesanan ringkas saya.
"Okey.... nanti dah beli, abang keluar." saya mematikan perbualan pesanan ringkas. 
Setelah 2 jam berlalu dan menempuhi barisan yang amat panjang, akhirnya saya dan anak-anak sampai jua ke kaunter tiket kemasukan ke dalam Dewan Pameran, Comic Fiesta 2012.  Lega rasanya, terutamanya setelah mengharungi lautan manusia tertunai jua hajat anak-anak ke Pameran ini.  Setelah membuat bayaran dan mendapatkan tiket gelang tangan saya pun berlalu untuk mendapatkan Elly, E'ZiQ dan A'Yana di luar.
"Ingat!!!!!! papa keluar nak amik mama jap, call mama untuk minta kebenaran jalan-jalan dalam Dewan Pameran." saya berpesan pada Aina.
"Jangan berpisah-pisah dan hipokrit." sambung saya lagi.

Setelah 2 Jam, Dapat Juga Tiket Gelang Untuk Memasuki Comic Fiesta
2012, KLCC Convenstion Centre

Ariyana Makan Tengahari Bersama Elly.
Di luar Elly berbual melalu telefon menbenarkan pergerakkan Aina, E'KiM dan Zetty.  E'ZiQ tersenyum kegirangan bila saya menunjukkan tiket kemasukan ke dewan pameran.

Wajah Keriangan Ariyana Di Comic Fiesta 2012

Bergaya dengan Topi E'ZiQ
"Syukurlah.... tercapai jua cita-cita mereka untuk ke sini." hati saya berkata.
"Kejap lagi aku kena tidur lah... penat gila, sakit belakang aku layan tempat ni." sambung hati saya lagi.
----o0o----

Berpusing-pusing melayan si E'ZiQ selama sejam di dalam dewan pameran cukup meletihkan.  Aina, E'KiM dan kawan mereka Zetty, sudah entah ke mana. Elly tersandar lesu melayan kerenah A'Yana.

---o0o---

"Ouchhhhhh!!!! Sorry!" terdengar suara di telinga.
"Ouchhhh!!!!!" mulut saya memecah ketenangan petang.

Suara itu mengejutkan saya dari lena menunggu anak-anak mengeliling dewan pameran. Terkebil-kebil juga saya memerhatikan seorang remaja telentang dan terduduk terkena tindakan reflex kaki saya setelah menyepak kaki kiri saya.  Tanpa sebarang cerita panjang, dia pun berlalu.

Jam ditangan juga sudah menunjukkan 2.30 petang. Anak-anak, Aina, E'KiM, Zetty, E'ZiQ, A'Yana dan Elly telah berkumpul di tempat dijanjikan. Setelah memastikan semuanya ada bersama kami pun mula beransur menuju ke pintu keluar untuk pulang.

---o0o---

Salam dari saya,

Selamat melayari dan salam juga untuk semua.



Salam,
© 2012 A Halim @ Abdul Halim Bin Ismail
© 2012 S.N.A.P. Touch Photography


p/s :Untuk gambar pilihan watak-watak anime Comic Fiesta 2012... sila klik di sini dan berkunjung ke album FB saya :



Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...