Perjalanan yang jauh merentasi Barat ke Timur Semananjung Malaysia sampai jua ke destinasinya pada jam 12.50 tengahari. Ianya sungguh meletihkan.
Melihat jarak perjalanan sejauh 257.9 km mengikut kiraan meter kenderaan sememangnya meletihkan. Tambahan pula pemandu hanya berseorangan menjalankan tugas sepanjang perjalanan ke destinasi. Bagai nak patah pinggang bagi penghujung cerita sehari pada 23 Dis 2012 hari ini.
Perjalan Sejauh 257.9 Sememangnya Meletihkan |
Sepanjang perjalanan cuaca kelihatan baik meskipun awan mendung berarak menyelubungi lebuhraya ke Pantai Timur.
"Tak kisahlah, janji kita selamat sampai ke Gambang." hati saya berbisik keseorangan.
Elly dan anak-anak melayan pemandangan perjalanan yang tidak pernah mereka lalui sambil mendendangkan saya sedikit bualan kosong untuk mengelakkan saya terlelap di sepanjang perjalanan.
Pintu Gerbang Kuantan menyambut ketibaan kami dengan cuaca cerah.
"Hmmmmm..... Dah sampai dah." maklum saya kepada semua.
"Nak SMS Dora dan Tuan Rumah Homestaylah, bang." Elly memecah kesunyian setelah tiba di bumi Kuantan, Pahang.
"Dua-dua dah.....Dora kata jumpa di Bandar Kuantan Depan HTAA di tepian Sungai Kuantan, bang. Tuan Rumah Homestay suruh tunggu depan simpang masuk Perumahan Felda Lepar Hilir, selepas lampu isyarat Kuantan." sambung Elly lagi.
"Tuan Rumah kata, lepas lampu isyarat jam 12 terus." tambahnya lagi.
"Okey.... kita ke Homestay dulu, bagi budak-budak makan tengahari dan lepas tu ke Kuantan ambil Dora, Azmi dan budak-budak dia." saya memberikan cadangan.
"Okey.... kita load semua kontena barang dan kemas-kemas sikit, then gi cari apa-apa nak makan. Okey tak E'KiM? " cadang Elly pada E'KiM yang masih sibuk melayan tablet PC di belakang papa.
"Okey......" jawab E'KiM, E'ZiQ and Aina serentak.
"Esok .... baru gi mandi-mandi dekat Gambang ye, E'ZiQ." dengan nada lembut Elly menerangkan kepada E'ZiQ.
"Okey..." jawab E'ZiQ si garang kami yang kenit.
---o0o---
Setiba di Homestay, aktiviti memunggah pun dimulakan selepas perbincangan ringkas bersama Tuan Rumah Homestay dan membayar sewaan untuk dua hari.
"Okey foto dulu......" saya memanggil semua ahli keluarga setelah selesai berkemas.
Layan Foto Selepas Selesai Berkemas |
Melayan kebosanan sambil membelek-belek D3s, dan mengambil sedikit foto untuk kenangan keluarga.
Lapar, So.... Maggi Time. |
Playing Keyboard.... Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Papa suka gitar... anak sorang ni suka keyboard. |
---o0o---
"Okey.... Jom Kuantan.... dan makan bagi yang belum makan tengahari." Elly memulakan bicara memecah kebuntuan, selepas melepaskan lelah perjalanan dan mengemas.
Perjalanan ke Kuantan dari Homestay lebih kurang 35 kilometer dan mengambil masa dalam 30 minit sahaja. Di ibu negeri Pahang ini, tidak banyak aktiviti yang boleh kami lakukan kerana hujan mula menurunkan rahmat renyainya.
Di Tebing Sungai Kuantan, Kuantan, Pahang |
---o0o---
Selepas makan, kami meuncur laju balik ke penginapan dan melabuhkan punggung melepaskan lelah perjalanan seharian disulami dengan bualan ringkas sesama keluarga.
---o0o---
Selepas makan malam keluarga, perbincangan tertumpu pada aktiviti hari keesokkannya. Perancangan mesti dilakukan kerana percutian yang dirancangkan mesti diatur supaya ianya berakhir dengan kegirangan dan kegembiraan keluarga.
"Esok kita "Woopa Gambang Style..."" Elly tergelak kegirangan mengakhiri perbincangan malam.
"Hahahhahahaha.... Jooooompa di Gambang Style la, mama." balas E'KiM.
Saya mula menyepi, melelapkan mata dan zzzzzzzzzzzzz.......
---o0o---
Selamat melayari dan salam juga untuk semua.
p/s : Maaf lambat nak upload gambar, nak layan blog pun susah .... kat sini takde 3G (Aduhai Homestay.)
Bersambung di Joompa Di Gambang Style : Our 2012 Family Vacation (24 Okt 2012 - Day 2).
Salam,
© 2012 A Halim @ Abdul Halim Bin Ismail
© 2012 S.N.A.P. Touch Photography
Tiada ulasan :
Catat Ulasan