"Huh.... headlights kembara tu kelam sangat la bang. Takut nak bawa, tak nampak jalan. Bahaya tu.... takut la pulak tersondol atau terlanggar apa-apa di jalan." Elly mengeluh pada saya.
"And sooooo.... nak beli baru ker?" perli kosong saya.
Elly diam seribu bahasa. Keluhan ini sentiasa Elly luahkan pada saya kerana risau keselamatan semasa memandu dengan lampu yang agak kelam dan cahaya yang tidak terang. Al maklumlah, lobang, longkang, binatang dan banyak lagi menanti di mana-mana sahaja sudut jalanraya. Aral sebegini juga banyak membawa padah.
Secara peribadinya, post ini saya ini kongsikan bersama kepada semua yang membaca blog ini bagi panduan ringkas dalam membersihkan dan menghilangkan kekuningan pada headlamp atau headlights anda. Ianya banyak menjimatkan kos dan masa anda.
---o0o---
Sambil melayan anak-anak menonton cerita Naruto Shippudden melalui TV, minda saya melayang entah ke mana sambil jari jemari saya membuat carian berkaitan tatacara mengurangkan atau membersihkan headlights kereta kembara isteri saya.
"How To Polish Hazy Plastic Car Headlights ?" jari jemari saya menaip carian google di komputer Macbook saya.
"Wowwwww!!!!! Banyaknya." Jerit hati saya.
Sememangnya terlalu banyak carian berkaitan perkara yang saya ingini. Sehinggakan terlalu sukar untuk saya membuat pilihan. Setelah lebih kurang tiga puluh minit memerhati dan memahamkan isian video yang tersenarai di dalam carian Youtube, carian saya terhenti kepada video Youtube berikut :-
Oleh hoohoohoblin
Isian videonya cukup menarik dan setelah ianya saya parktikkan pada headlights kembara saya, pantulan lampu headlights kembara saya kembali bersinar seperti sediakala. Saya yakin ianya juga berguna dan baik untuk dikongsikan bersama. Kesan daripada kerja-kerja pembersihan secara bersama dengan Elly ianya cukup berguna untuk penjimatan duit saya (puluhan ringgit juga), keselamatan kenderaan saya dan juga nyawa saya sendiri.
Tidaklah susah sangat, hasil dari pemahaman saya dan setelah saya praktikan semalam, kotoran kekuningan pada headlights saya telah menghilang.
Saya kongsikan caranya untuk panduan semua, so anda boleh lakukan perkara-perkara berikut untuk memastikan pantulan keluar cahaya lampu kenderaan anda terang seperti baru.
Saya kongsikan caranya untuk panduan semua, so anda boleh lakukan perkara-perkara berikut untuk memastikan pantulan keluar cahaya lampu kenderaan anda terang seperti baru.
- Dapatkan ubat gigi yang anda senitasa gunakan untuk memberus gigi setiap pagi. (Tanpa mengira apa-apa jenis/jenama ubat gigi yang anda gunakan.)
- Letakkan ubat gigi pada kertas tisu dan sapu rata di seluruh lampu headlights yang ingin kita bersihkan.
- Sapu dan gosok hinggalah kotoran yang ada dipermukaan lampu headlights kita yang kekuningan perlahan-lahan menghilang. (Biasanya ia akan menjadi jernih seperti sebuah lampu baru).
- Setelah kotoran kekuningan menghilang, ambil sedikit air dan bersihkan sisa ubat gigi pada lampu headlights kereta anda dengan menggunakan kertas tisu yang baru dan bersih.
- Setelah ianya bersih, keringkan sisa air yang ada pada headlights anda.
- Biarkan dalam beberapa minit untuk memastikan ia benar-benar kering.
- Setelah ia benar-benar kering, sapukan sedikit WAX pada headlights anda bagi memastikan ia tampak berkilat dan tahan lama.
- Keringkan WAX pada headlights berberapa saat.
- Setelah WAX kering, sapu-bersihkan ia sekali lagi dengan kertas tisu bagi melihat keadaan headlights anda tampak bersih dan bersinar.
- Dan..... lampu headlights kenderaan anda tampak seperti baru.
Sememangnya menjadi.... Ianya juga saya telah melakukannya untuk kenderaan isteri saya (yang sudah hampir 10 tahun bersama keluarga) dan kereta saya sendiri. Ia sememangnya memuaskan dan perlu untuk anda mencubanya. Manalah tahu ianya baik dan menjimatkan bagi perbelanjaan kewangan pada diri anda dan masa anda.
---o0o---
So...... Selamat Mencuba dan Saya kongsikan untuk semua....
Salam.... dan salam dari saya,
Selamat melayari dan salam juga untuk semua.
Salam,
© 2012 S.N.A.P. Touch Photography
Tiada ulasan :
Catat Ulasan