Januari 2013 belum membuka tirainya lagi, walaupun desiran ombak tepian 2012 telah jelas kedengaran memukul tepian pantai 2012. Minda saya masih terbayang-bayang cerita peramal Kiamat kononnya berlaku pada beberapa hari di penghujung tahun ini.
"Masyallah......." hati saya beristigafar.
Seawal pagi yang segar saya bangkit dan memulakan kehidupan dengan pakaian persediaan berbasikal merentasi Hutan Getah Guthrie Taman Kundang Jaya. Pastinya bernyamuk dan berpacat.
![]() |
Senarai Yuran Tadika E'ZiQ Bagi Tahun 2013. |
"Hmmmm RM570/- la bang.... cam tak cukup jer yuran E'ZiQ ni ?" Elly mengeluh diruang tamu sambil merenung senarai Yuran Tahunan TADIKA di atas tangannya.
"And so.....?" saya bertanya.
"Insyallah okey tu..." sambung saya lagi.
"Pasti ada jalannya..." dengan nada nyanyian Maher Zain saya menambah.
Begitulah perbelanjaan penghujung tahun pada setiap tahun. Saya sudah lali dengan kekurangan perbelanjaan akhir tahun yang ada. Syukur jua dengan pengalaman yang ada, simpanan berdikit-dikit sentiasa membantu saya dalam menghadapi aral dan mungkin musibah yang bakal tiba. Rasanya lah.
"RM570/- tu banyak juga, hari tu saya dah bagi RM400/- jangan kena guna sudah." saya mula memecah kebuntuan minda Puan Elly kesayangan saya.
"Tak..... ada lagi tu. Tak guna pun." jawabnya.
"Syukurlah..... Nanti saya tambah lagi RM150 dari duit kocek saya, RM20/- tambah sendiri yerk. Bukan banyak pon." sambung saya lagi menenangkannya.
![]() |
Simpanan Yuran TADIKA E'ZiQ 2013 |
![]() |
Resit Bayaran TADIKA E'ZiQ 2013 |
![]() |
Elly Membayar Yuran TADIKA E'ZiQ 2013. |
"Lega rasanya bila yuaran TADIKA E'ZiQ bagi tahun 2013 telah diselesaikan. Syukurlah simpanan masih ada buatnya." Elly melafazkan kesyukuran.
"Amiin..... Ya Allah." sahut hati kecilku.
Umumnya, mendapatkan sumber kewangan dalam jangka masa yang singkat bukan lah mudah. Ia tidak hanya dengan sekali petik macam cerita Merlin di channel ASTRO Beyond. Si Merlin yang katanya hebat ini juga perlukan perancangan dan kena bersedia dalam apa jua situasi dalam menghadapi musuh-musuhnya.
Pengalaman saban tahun berkaitan dengan perbelanjaan membuatkan saya mula matang dan belajar menyimpan secara berdikit-dikit dari masa ke semasa. Dari amaun sekecil RM10/- ke RM100/- saya kumpulkan dan simpan untuk kegunaan anak-anak, kereta, bayaran perbelanjaan on-line dan perniagaan peribadi saya.
Dimana ? Di akaun berlainan dari akaun peribadi saya.
"Prinsip Separate Legal Entity...." hati saya selalu menambah.
Secara peribadinya, "Separate Legal Entity" merupakan prinsip perakaunan yang saya banyak membantu saya dalam memastikan sumber kewangan sentiasa teratur, terurus dan terjaga demi keluarga. Ia juga merupakan prinsip asas perakaunan asas, selain dari prinsip-prinsip "Going Concern " dan "Historical Cost". Kelakar bukan. Secara jujurnya juga, prinsip-prinsip perakaunan inilah yang banyak menyokong perbelanjaan keluarga yang telah saya bina lebih 10 tahun yang lalu.
"Separate Legal Entity" yang saya amalkan adalah lebih banyak menumpukan kepada prinsip perbelanjaan peribadi, perbezaan keluarga dan rumah tangga saya. Abah kesayangan saya yang walaupun hanya bersekolah kampung darjah 6 sahaja, juga mengamalkannya. Cumanya ia hanay saya fahami semenjak 5 tahun selepasa saya berkeluarga. Bila saya kenangkan, patutlah abah hanya menghisap rokok daun dan jenama Kuda Putih sahaja dalam melepaskan giannya, sewaktu-waktu dahulu.
Dengan "Separate Legal Entity" abah mampu menyekolahkan saya dan adik-adik serta membeli sebuah TOYOTA DX untuk kegunaan kami. Dengin prinsip ini juga, abah mampu menghantar dan membayar yuran saya ke Menara Gading dengan gaji kurang dari RM1,000/- sebulan. Hebatnya dia si abahku.
"Going Concern" juga banyak membantu saya dalam menghadapi kehidupan berkeluarga.
"Hidup kena diteruskan, walaupun esok Kiamat pasti menjelma." kata abah suatu ketika dahulu.
"Mmmmmmmm.... prinsip Going Concern." hati saya berdetik menjawap kenyataan yang abah suarakan suatu ketika dahulu.
Sebagai manusia, kita kena terus hidup. Sebagai manusia kita kena mempunyai prinsip-prinsip yang baik dalam menyokong kehidupan kita. Untunglah saya dihantar ke sekolah tinggi Perakaunan terbaik di abad ini. Yang mana akhirnya, saya memahami erti prinsip kehidupan abah yang sebenar.
Begitulah juga dengan prinsip "Historical Cost" yang saya amalkan sehingga ke hari ini. Prinsip ini telah ditanamkan oleh seorang abah yang bersekolah hingga ke Darjah 6 Kampung sahaja tetapi mempunyai minda bertaraf Akauntan Bertauliah berkelas tinggi.
"Simpan resit-resit bayaran tu....." kata abah semasa saya merenyuk-renyukkan kertas resit buku suatu watu dahulu.
Impaknya, hari ini strategi perbelanjaan saya lebih teratur. Dan saya tiada kepingan plastik persegi bernilai negatif. Syukurlah.... segalanya cukup terencana untuk saya.
---o0o---
Pokok pangkalnya, menyimpan untuk masa depan banyak gunanya dalam menghadapi kehidupan mendatang. Simpanlah berdikit-dikit untuk hari yang entah apa akan tiba.
---o0o---
Apa-apa pun, tahun 2012 telah hampir melabuhkan tirainya. Persiapan pesta di sana-sini diadakan untuk menyambutnya. Syukurlah kiamat tidak berlaku seperti diramalkan oleh peramal-peramal moden, meskipun ianya pasti akan datang tidak lama lagi.
Simpananlah sedikit untuk perbelanjaan yang akan datang buat keluarga anda, kerana simpanan ini juga adalah amalan terbaik anda kiamat anda yang bakal terjadi.
Fikir-fikirkan......
Saya kongsikan untuk semua....
Selamat melayari dan salam juga untuk semua.
Salam,
© 2012 A Halim @ Abdul Halim Bin Ismail
© 2012 S.N.A.P. Touch Photography
Tiada ulasan :
Catat Ulasan