Khamis, 10 Januari 2013

2013 : Strategi Congakkan Pendapatanku.

"Mmmmmm 2013, rasanya....  tahun ini bakal mencabar lagi dengan kerenah-kerenah kewangan dan keluarga" hati saya merungut lesu melayan kerenah mesyuarat yang entah bila penghujungnya.
"Lebih mencabar dari tahun 2012." tambah hati saya lagi.
"Ahhhhhh!!!!!! Aku perlu permulaan yang menarik.... untuk menyuap seketul ayam KFC buat anak-anak sepanjang tahun 2013 ini." hati saya menambah lagi.
"Aku juga mahu anak-anakku bermain-main di kocakan air sekurang-kurangnya 6 bulan sekali." bibir kasar saya membisikkan kata-kata.
Begitulah hati kecil saya mula memberontak dengan kebosanan mesyuarat yang belum berpenghujungnya sambil memikirkan pengurusan kewangan keluarga yang perlu diimbangi dengan pengurusan hobi, pengurusan minat dan pengurusan kewangan keluarga.

Perancangan Kewangan Kadang-Kala Bermula Dari Sebuah Idea.
Idea Yang Bukan Untuk Disimpan Sendiri, Tapi Dikongsikan Bersama
Keluarga.
Tahun millenium ini banyak mengajar saya erti kehidupan dan penyusunan sumber kewangan ekonomi keluarga.  Bermula dari sudut sebuah profession yang professional untuk menambah pendapatan, kepada sebuah hobi untuk mengisi kantongan kehidupan. Penatnya.

Mesyuarat hari ini berakhir pada jam 5.00 petang dengan pengulungan idea-idea Pengarah yang saya amat hormati.  Cukup meyakinkan.  Dalam mana saya, dengan idea-idea yang saya lakarkan di minda untuk saya bentangkan yang pada yang isteri tercinta nanti.

---o0o---
"Sayang..... rasanya tahun 2013 ini abang nak buat perubahan sebanyak 50 peratus Perjanjian Rumah Sewaan kita lah." saya memulakan cerita petang sambil menukar gear meluncur laju ke Lebuhraya Utara-Selatan. 
"Perjanjian Rumah Sewaan tu banyak membawa keuntungan pada penyewa kita lah. Last-last ia banyak merugikan kita sebagai tuan rumah." sambung saya lagi bila idea saya tidak mendapat perhatian dari Elly.
"Bila penyewa menamatkan penyewaan, kita kena tanggung liabiliti yang banyak dari segi sewa, utiliti, kerosakan-kerosakan yang ditinggalkan dan banyak lagi." tambah saya lagi.
"And So...... " Elly bertanya menunjukkan minatnya untuk membuat argumentasi.
"Abang cadangkan kita tambah perjanjian ni dari sudut tambahan perabot ringkas seperti wardrop dan lekapan lantai, serta denda-denda kerosakan, deposit, terma-terma  dan penalti lambat bayar bagi menjamin kita sebagai tuan rumah la." saya mencadangkan.
"Macam mana pulak tu ?" Elly bertanya lagi.
"Okey...... Pertamanya, abang nak buat ubahsuaian pada lantai rumah sewa kita dengan meletakkan lapisan lekapan papan lantai sebagai tambahan peralatan rumah.  Abang nak ubah suai lantai tu di sudut ruangan tamu dan bilik-bilik sahaja. Ia berfungsi untuk keselesaan penyewa agar penyewa tidak kesejukkan berbaring di atas lantai simen.  Penyewa hanya perlu beralaskan sehelai toto untuk tidur.  Mereka tidak perlu lagi sebuah tilam nipis berlapis-lapis untuk mengalas diri di atas lantai semasa tidur.  Ended.... win-win situation. Kita boleh naikkan sewa dan dia dapat keselesaaan. I called it.... Additional fitting to add value. Strategy 1." saya mula membentangkan strategi 2013 saya.
"Sebarang kerosakan pada additional fitting ditanggung oleh penyewa bukan tuan rumah sebagai denda atau penalti pada bayaran dua kali ganda, kecuali si penyewa melakukan pembaikan sendiri pada finishing yang bagus pada kadar segera. Kalau tak kita betulkan tapi kita akan caj pada kos dua kali ganda.  Tujuannya bagi memastikan semua pihak selesa mendiami dan penyewa berhati-hati untuk menjaga kediaman premis demis kita. And it's stated on the agreement. Kelusuhan adalah kekecualian." saya menambah lagi.
"But.... tak menyusahkan penyewa ke?" Elly bertanya lagi sambil merenung jauh ke lebuhraya.
"It will be stated on the agreement..... kalau dia agreed then sign to rent... kalau tak, then tinggalkan saje la. Ramai lagi yang nak menyewakan...." saya menjawab pertanyaan yang saya sudah sediakan jawapannya dari awal-awal lagi.
"Secondly, saya nak tambah table top, kitchen cabinet dan wardrop sebagai Additional fitting to add value. Strategy 2." saya menyambung cadangan awal saya.
"Tujuannya bagi memastikan Rumah Sewaan tampak kemas dan selesa didiami.  Endednya juga, kita boleh naikkan lagi sewa dan dia selesai untuk mendiami." saya menyambung penjelasan cadangan saya lagi.
"Dan..... Sebarang kerosakan pada additional fitting ditanggung oleh penyewa bukan tuan rumah pada bayaran dua kali ganda. And stated on the agreement. Kelusuhan adalah kekecualian." sambung Elly sebelum saya sempat menyuarakannya untuk penjelasan lanjut.
"Yep!!!!!.... Dalam perjanjian abang kena pastikan tertulis bahawa, sebarang kerosakan akan dikenakan bayaran sebanyak 2 kali ganda dari harga kos barangan dan 2 kali ganda upah serta merta, sekiranya penyewa tidak membaikinya." saya menyambung bicara.
"Habis tu kalau di kata tolak duit deposit ?" Elly bertanya lagi.
"Kita masukkan dalam klausa perjanjian bahawa amaun deposit hanya boleh digunakan pada akhir sewaan bagi memastikan segala isu-isu berbangkit seperti kerosakan lain, rumah tidak dibersihkan dan bil-bil tertunggak tidak diselesaikan pada akhir-akhir sewaan. Dan ianya kita nyatakan secara jelas di dalam Perjanjian Rumah Sewaan Baru yang akan kita perbetulkan nanti." saya menjawab persoalan yang Elly utarakan.
"Ooooo okey!.... And, I am suggesting that..... deposit kena bayar dulu sebelum memasuki rumah sewaan. No deposit.... no house and no rental. Mean that sebelum masuk rumah must be 1 plus 2 dekat tangan kita.  Serik la asyik terkena jerk" Elly mengangkat ideanya.
"Kenapa pulak......?" saya bertanya.
"Last renter, kita dah terkena....  penyewa asyik dok kata takde duit nak bayar deposit, sampai kesudah takde duit dan masa keluar rumah kita yang merana nak bayar banyak liabiliti." Elly menjelaskan.
"Agreed and minuted ....." saya menyokong.
"Kita offer.... penyewa kalau dia mampu bayar deposit dan sewa seperti yang kita aturkan, bererti dia berhak menyewa." saya menyuarakan idea tambahan.
"Bayaran amaun.... adalah 2 plus 1 deposit dan sewa dan utiliti." saya menambah.
"Actually, abang dah discuss dengan Zahrin tadi pasal benda ni." saya memecah kesunyian setelah masing-masing kami berdiam diri memikirkan isu yang dibincangkan.
"Zahrin, Pak Arab lawyer MIA tu ker? Elly bertanya.
"Iyah... siapa lagi kalau bukan, lawyer Puan Majistrat tu." saya menjawabnya dengan susulan senyum sambil kotak minda saya mengingatkan kenangan lalu bersama Tetuan Zahrin di zaman kolej ITM kami.
"Okey.... apa dia kata?" Elly bertanya untuk mengetahui persetujuan Zahrin berkaitan idea saya.
"Dia agreed, dan Zahrin kata, sebarang terma-terma perjanjian hendaklah bertulis dan sekiranya penyewa bersetuju dan menandatanganinya dia boleh menyewa kediaman kita. Dan seandainya, penyewa tidak bersetuju... Penyewa boleh memilih untuk mencari rumah sewaan lain. Segalanya terpulang pada penyewa." saya menjawap persoalan yang dikemukakan.
"Just nak tambah satu lagi, saya nak kali ini penyewa rumah kita bukannya dari yang berkeluarga macam penyewa yang lalu." saya menambah cadangan lagi.
"Kenapa?" Elly bertanya untuk kepastian kenyataan tambahan saya.
"Penyewa berkeluarga macam yang lalu tu, banyak alasan la.  Last-last kita sangkut dengan kos utiliti.  Lagi pun penyewa berkeluarga ni mempunyai komittmen yang tinggi dan kurang mampu untuk membayar sewa bulanan.  Situlah dengan komitmen keluarga, anak-anak dan komitmen peribadi. Mana tahan kita asyik kesian kat dia saja. Mula-mula kata ya.... last-last kata tak mampu. Padahal sewa baru RM350.00 sahaja." saya membuat penjelasan.
"Penyewa merayu-rayu minta pertimbangan pengurangan sewa, dan akhirnya menipu dan meninggalkan rumah dengan jumlah liabiliti bil dan kerosakan yang banyak." saya menambah kukuh fakta saya lagi.
"Abang nak penyewa biarlah terdiri dari student atau golongan pekerja bujang tidak kira lelaki ataupun perempuan. Sebabnya..... kumpulan ini abang dapati  tidak mempunyai komitmen yang tinggi, tanpa tanggungan keluarga yang tinggi, mereka hanya belajar atau kerja dan nak cari duit sahaja.  Mereka juga tidak mempunyai keterbatasan kewangan untuk anak-anak, isteri dan diri sendiri.  Umumnya... mereka ni boleh generate income for us." saya menambah lagi.
"Just imagin bagi penyewa yang berkeluarga, yang mencari duit adalah sisuami sahaja, andainya siisteri tidak bekerja.  Kalau isteri bekerja komitemen juga agak sukar diramalkan kerana berkemungkinan besar ianya mungkin banyak lagi komitmen-komitmen tersembunyi.  Dan... seandainya, kalau kita memilih golongan pelajar atau pekerja-pekerja kilang sebagai penyewa, mereka mempunyai asas kewangan berkumpulan yang kuat dan boleh menyokong sumber bayaran sewaan bulanan tanpa komitmen tambahan seperti anak-anak, isteri dan suami." tambah saya lagi.
"Penyewa berkumpulan ini boleh mendiami rumah sewaan semaksima 7 orang dengan purata kadar sewaan sekepala RM90.00 seorang tidak termasuk bayaran bulanan kos utiliti." saya menambah lagi.
"Dan, pada jumlah penyewaan berkumpulan, terma deposit kita cadangkan by head count. 1 Sewa dan 2 deposit. Atau sekiranya, jumlah penyewa kurang atau sama dengan dari 5 orang, sewaan yang dikenakan adalah pada kadar  RM450.00 untuk sebuah rumah." saya menghuraikan idea cadangan saya setelah melihat Elly terkebil-kebil memikirkan pecahan pengiraan.
"Maksudnya...... kita buat minimum rental on certain amount untuk sebulan. Up to certain numbers of limit, that is 7 persons, rental will be based on head count. Kalau penyewa hanya 5 orang fixed amaunt will be RM500.00 sahaja" sambung penjelasan saya apabila melihat Elly masih lagi memikirkan pengiraan jumlah sewa yang ingin dikenakan.
"Kalau kurang dari 5 orang?" tiba-tiba Elly menyuarakan kemyuskilannya lagi.
"Kalau kurang dari 5 orang, sewaan tetap pada kadar RM500.00." saya menjawab selamba.
"Kalau lebih dari 7 orang pulak, macam mana?" Elly bertanya lagi untuk kepastian pada terma perjanjian baru Perjanjian Rumah Sewaan kami.
"Kita boleh kata tak boleh dan fixed as our agreement, no further discussion and stop." saya mematikan persoalannya dengan jawapan noktah.
"As a conclusion sayang, kalau 7 orang penyewa .... 1 orang kena bayar RM90.00 sewa dan RM180.00 tidak termasuk deposit api dan air. Api dan air diaorang kena bayar seorang RM50.00. And..... It is come to a total of RM630.00 for rental dan RM1260.00 for house deposit. Plus.... RM350 for deposit api dan air. Means that the deposit will be RM1,610.00 to secure the house." saya menjelaskannya lagi.
"And..... kalau 5 penyewa sahaja, seorang kena bayar  RM100.00 sewa dan RM200.00 deposit, 4 penyewa sebanyak RM250.00 seorang, 3 orang penyewa sebanyak RM166.67 dan seterusnya.  Begitulah juga deposit sewa, deposit api dan deposit air. And..... It will be round up to RM500.00 for rental dan RM 1000.00 for house deposit. Bagi api dan air, kita tetapkan pada kadar RM250.00 sepanjang penyewa mendiami premis demis. Macam mana dia nak buat pecahan tu pandai-pandai dialah." saya menutup perbincangan petang setelah tiba di kawasan sekolah untuk mengambil E'KiM selepas kelas tambahannya.
Lakaran Semasa Kebosanan Di Mesyuarat
"Mmmmmm.... Okey juga.... we look on it and do it. Bosan juga asyik terkena dengan penyewa ni." Elly menjawab sambil memerhatikan sekeliling mencari kelibat E'KiM. 
---o0o---

Itulah perancangan kewangan keluarga untuk menambah sumber kewangan keluarga, yang saya atur sebenarnya semasa selesai mesyuarat petang tadi. Ianya bermula dengan secebis congakkan ringkas idea dan diakhiri dengan perbincangan keluarga bersama perkiraan andaian, demi memastikan jalanan masa depan kewangan, aset, liabiliti dan keluarga sentiasa terjamin.

Apa-apapun segalanya bermula dengan perancangan yang baik untuk mengatur langkah yang lebih baik di masa hadapan.  Risau tentang risiko?????? Segalanya pasti ada risiko. Cuma yang tinggal, sama ada kita berani menghadapinya. 

"Well......... Life must goes on." hati saya menjerit.

Salam.... dan salam dari saya,


Selamat Tahun Baru 2013, Selamat melayari dan salam juga untuk semua dari kami sekeluarga.

Salam,

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...