Ahad, 13 Januari 2013

2013, Aku Nak Cerita Lagi.... Fotografiku dan Apa-apa sahaja.

Penat berkayuh dua hari ni.... berkilo-kilo kalori terbakar juga akhirnya.  Nak tunggu kawan call untuk berkayuh, entah sampai kiamat basikal saya tu tergantung di laman galeri rumah kami.
"Bangun, bangun, bangun.... Jom kayuhhhhh." saya menggerakkan Elly yang masih memeluk bantal pagi tadi.
"Malasnya.... siapa nak jaga E'ZiQ dan Yana." Balas Elly.
"Kakak kan ada ...... dahhhhh bangun. E'KiM dah siap-siap tu." saya menarik selimutnya.
Sudahnya.... berkilometer juga kayuhan kami hari ini. Best part ianya lebih bersama keluarga.

Berbasikal Bersama Keluarga : Menyeronokkan-Ia
lebih mengakrapkan hubungan sesama keluarga seharian,
disamping menyihatkan diri kita.
2013, begitulah segalanya.... ber"basikal", ber"foto", ber"Holi-Holiday" dan ber"karya" adalah segalanya, disamping ber"professionaliti".
"Hahahahahahahah..... berprofessionaliti?" saya tergelak.
"Ape ke benda nya tu?" hati saya menambah.
Umumnya "Berbasikal" pada tahun 2013 ini lebih saya tumpukan pada aktiviti kayuh untuk riadah bersama keluarga sahaja.  Kalau orang lain dok sibuk dengan pertandingan, lawan itu ini, persetanlah.... Keluarga juga saya dulukan.  Taknak kawan... lantaklah kan.  Tidak perlu menekan diri melawan kemampuan untuk itu ini.  Ianya adalah riadah. Riadah untuk keseronokan. 

Berbasikal - Something For Family Relation.
"So, Keluargaku....... Jom Kayuh." hati saya menambah.
"Berfoto" juga rasanya banyak membawa tambahan sumber kewangan dan melepaskan tekanan kerja buat saya pada 2012.  Elok juga, bila sumber kewangan ini membuatkan saya mampu membeli apa yang saya perlukan.  Dari lensa kamera, pelbagai software, hingga ke gajet-gajet kegunaan semasa.  Iyalah, daripada saya membazir wang untuk tol dan minyak ke sana ke mari, yang tiada membawa pulangan 1 juta persen kepada sumber kewangan keluarga baik juga saya laburkan kewangan untuk tambahan sumber kewangan peribadi. So ada juga kalau dikorek untuk kegunaan semasa.  Berbelanja untuk pendapatan. Bukan hanya pendapatan untuk berbelanja.

Part-Time Job Yang Best. Berfoto Job.
"So..... Elly Sayangku, cari duit jom... bukan dok berangan kata nak itu ini tapi gaya pula macam Mat Jenin Berak Kapor." mulut saya menyemarakkan semangat kendiri.
"Berkarya" lebih kepada apa yang perlu saya lakukan sendiri. Bermula, dari tahun-tahun sebelumnya, diikuti dengan tahun 2010, 2011 dan sedikit pada tahun 2012. Umumnya, ia boleh dikongsikan dan boleh juga diceritakan. Jadi tahun 2013 ini, ia lebih santai demi rujukan dan kongsian semua.  Secara peribadi, berkarya melalui blog dan page sebegini , tiada kos yang perlu ditanggung dan tiada juga kos yang perlu dilepaskan.

Melayan Fotografi - Lebih SYok Daripada Melayan Kerenah Birokrasi.

Melihat Langit - Menambah Bangga Diri Dengan KebesaranNYA.

Professionaliti _ Banyak Membentuk Erti Kehidupan.
"So..... taip atau klik sajerla. Hahahahahahah...." saya membebel disusuli dengan gelak.
Selain daripada itu, kekeluargaan juga perlu diutamakan.  Apa tidaknya, keluarga adalah segala-galanya.  Keluarga adalah benteng keyakinan yang pertama dan terakhir dalam diri setiap individu.  Keputusan masa depan keluarga saya sendiri adalah lebih kepada isteri dan anak-anak.  Selainnya adalah selepas, "isteri dan anak-anak", "isteri dan anak-anak", "isteri dan anak-anak","Ayah dan Bonda" dan "Ayah dan Bonda".  Sori... lain-lain will be not in the list.  Makan-minum, tidur-bangun, jalan-berjalan dan lari-berlari, cuti-cuti dan rihat-kendiri.  So, dalam menghadapi 2013, ber"Holi-Holiday" juga saya tidak lupakan.  Ini termasuklah makan-makan dan jalan-jalan bersama keluarga. 

Makan-Makan Famili Memang Syok.... Sesekali la.
Menonton Pun Best juga.
"Jom kita makan-makan dan cuti-cuti.... Rancangkan yerk..." saya mengajak Elly untuk memulakkan hari dengan perancangan. 
"Berprofessionaliti" .... ayat paling kelakar di dunia ini yang pernah saya sebutkan.  Apa-apa pun berprofessionaliti lebih kepada mencari sesuap nasi yang halal untuk keluarga.  Bukan hanya sesuap nasi, atau segenggam beras, tapi lebih kepada segantang atau berkilo-kilo beras untuk keluarga yang disayangi.  "Berprofessionaliti" juga demi segala-galanya termasuk kebahagian dan ketenangan.  Dan, ianya bersulam dengan kesabaran dan usaha diri.

Towards End.... It Just Me.
"Ohhhhh bekerja kena ada budaya, budaya korporat." kata seorang pegawai tertinggi yang saya rasa luahan rasa semanis bicara.
"Yang penting kita usaha untuk martabat, tuan. Bukan hanya berfikir kononnya korporat, yang akhirnya menunjukkan bangsa kita lebih keparat di mata bangsa lain." jawap saya yang banyak menyakitkan perasaannya.
"Kita kerja kena beramanah, bukan kerja kerana tugas kita." Tasbih diri saya untuk bekerja.
"Macam mana nak berkorporat.  Main golf, berdangdut dan berkocok-kocok..... Bobrok..." hati saya menambah dengan jelingan hampeh kepadanya.

So, 2013.... Lakukanlah yang terbaik.... untuk menilai tahun berikutnya. Bukan hanya ber"Hangin", ber"So....Sial", ber"Keparat" dan ber"paloi-paloi"an.  Rancanglah bukan hanya berangan-angan. So... Celoteh saya hanya di

Blog Di Mana Saya Meluahkan Segalanya.

Salam.... dan salam dari saya,


Selamat Tahun Baru 2013 lagi, Selamat melayari dan salam juga untuk semua dari kami sekeluarga.


Salam,
© 2013 A Halim @ Abdul Halim Bin Ismail
© 2013 S.N.A.P. Touch Photography

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...