Ahad, 3 Februari 2013

2013 - Projek 313 : Prima'D (Page) - Strategi Pemasaranku

Sudah berminggu-minggu saya bersengkang mata dalam menyiapkan sedikit demi sedikit stategi-strategi  Projek 313 : Prima D.  Dari malam ke siang, dari siang ke malam.  Andainya esok adalah penghujung dunia pun, segala strategi ini mesti disiapkan demi sedozen pengurusan yang teratur, terancang dan terbaik.  
"Semoga dengan pulangan yang baik ini nanti dapat jua saya terbang ke sana ke mari melihat keindahan maya ciptaan Illahi." hati saya memecah sunyi.
Seminggu lalu, coretan dan lakaran pelbagai startegi hanya tertulis pada beberapa keping kertas recycle kerja sahaja. Hari ini ianya tersimpan di dalam cekera komputer Macbook Pro kesayangan saya dan drive maya Dropbox untuk rujukan suatu waktu nanti.  

Strategi Operasi dan Produk Perkhidmatan, Strategi Kewangan, Strategi Pengurusan dan Pentadbiran  telahpun disiapkan.  Perbincangan, penyelidikan harga aset, penyelidikan harga semasa, pesaing dan lawatan tapak telahpun dilakukan.  Kajian berkaitan lokasi dan kelebihan lokasi juga membawa kepada kerja-kerja fotografi juga telah dilakukan demi memastikan kejayaan Projek 313 : Prima D.

Kajian Lokasi Projek 313 : Prima D
Hari ini kerja-kerja ubahsuai hanya menunggu hari untuk disiapkan sahaja oleh pihak kontraktor yang saya pilih. 
"Apa-apa pun Page Facebook kena disiapkan untuk membantu dalam menjayakan Projek 313 : Prima D ini nanti." saya mematikan lamunan.
Page Projek 313 : Prima'D
"Strategi Pemasaran ini semoga menambah sedikit peluang perniagaan dan persaingan sempurna pasaran ini." tambah hati saya lagi.
"Sedikit lagi siap lah ni, sedikit-sedikit lama-lama jadi lah bukit." hati saya menenangkan kegusaran pada persaingan yang bakal ditempuhi.
"Entahlah..... apa-apa pun Life Must Go On." bibir saya menyampuk.
Semoga segala usaha yang terbaik ini membawa keberkatan buat keluarga dan membawa pulangan yang diharapkan.  Insyallah.....
"Jam sudah pukul 12.00 malam, mengantuk juga. Baik tidur, sebelum saya blur kekosongan lagi." hati saya mengajak tidur selepas melihat jam dinding yang menderingkan locengnya.
"Jom tidur.... Selamat Membaca dan Melayar...... Gud Nite dan Salam dari saya." jejari saya memetik-metik papan keyboard.
"Esok sambung lagi..." tambah jejari jemari saya melanjutkan petikannya. 

Salam dari saya buat semua.


Regards,

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...