Rabu, 30 Januari 2013

2013 - Projek 313 : Prima'D (Strategi Congakkan Pendapatanku II)

"Letihnye..." cabik bibir saya melayan keletihan mental dan fizikal.
"Ehhhhhh.... Rasa nak MC jerk hari ini." sambung saya lagi.
Dua ke tiga minggu ini saya disibukkan dengan kerja-kerja sendiri.  Melayan fikiran untuk menanggung ongkos kehidupan keluarga dan anak-anak di hari mendatang.  Susah juga.

Apa-apa pun rundingan yang dimulakan telah tiba kepada fasa ubahsuai selepas sebulan perbincangan bersama isteri saya, Elly. Al maklumlah, kalau hendak mendapat persetujuan untuk sesuatu perkara melibatkan masa depan bukannya mudah. Perbincangan akan mengambil masa yang agak lama.  Mujurlah hobi suka membaca yang abah didik dari kecil tidak disia-siakan langsung.  Perkiraan jangka masa projek juga telah diperhalusi dan mengambil masa 2 minggu untuk disiapkan.
"Projek 313 : Prima'D!!!!!" hati saya mencelah lagi.
Akhirnya segalanya berjalan lancar jua.  Syukur.

Kawasan Apartmen 313 Prima'D Menpunyai Kepadatan
Penduduk dan Pembangunan Yang Tinggi.
"Biarlah susah-susah dahulu.... senang-senang kemudian, Wang." hati saya menyanyikan nasihat mak tersayang semasa saya kecil dahulu.
"Andang nyo manu, Wang ... Mibosi da gubang tih maka carah, barih.... tapi kalau ikau bariunut-inut maka sia ninik ikau da tana' da soborong sino noh." sambung arwah nenek yang hanya fasih berbahasa Bisaya untuk menyambung nasihat mak.
"Yah... Kehidupan... Nasihat mereka adalah kehidupan hari ini. " hati saya mematikan kenangan lalu bersama mak dan arwah nenek.
Fasa demi fasa untuk Projek 313 : Prima'D telah saya dan Elly lalui.  Semuanya adalah demi sebuah pengurusan pendapatan keluarga ini.  Bermula dari Strategi Pengurusan dan Pentadbiran, Strategi Pemasaran, Strategi Perkhidmatan hinggalah ke Strategi Kewangan.
"Abang nak "rebranding" nama rumah tu la.  Dari tak ada nama kepada nama baru 313 : Prima'D. Okey tak?" saya memulakan penjelasan berkaitan strategi produk yang saya pelajari dari Asas Keusahawanan dan pembacaan banyak majalah suatu masa dahulu.
"Dari sudut pengurusan kewangan dan akaun ia diklasifikasi kan sebagai projek akaun atau sub akaun atau lebih dikenali sebagai Other Income II. Mine .... yoooo.  Separate legal entity concept kita gunakan, dalam mana Projek 313 : Prima'D akan mendapat keuntungan dan kita mendapat habuan." sambil tergelak saya membuat penjelasan berkaitan Strategi Pengurusan Kewangan dan Akaun. 
"Dah tu, Abang nak tukar produk tu dari Sewaan Rumah kepada 3 sub Produk iaitu 3 Bilik Sewaan yang dicampur dengan pelbagai added value, seperti perabut untuk Abang sewakan semula." saya menambah lagi.
Produk A dan "Added Value"
"Add Value Plus"  Untuk Produk 
"Okey... Ada siapa-siapa nak sewa ke, selain keluarga ke." Elly memulakan pertanyaan.
"Ada punya, rezeki kita Allah swt berikan bukan penyewa. Penyewa pun Allah yang bagi." jawab saya untuk melancarkan perbincangan.
"Polisi-polisi sewaan rumah dan apartment kita tukar kepada polisi sewaan bilik dan sewaan mengikut perseorangan yang menyewa.  Honestly, Abang mensasarkan jumlah volume bukan pada nilai. Dan target penyewa hanya 8 orang sahaja. " sambung saya dengan penjelasan sedikit lagi strategi perkhidmatan dan operasi Projek 313 saya ini.
"Plus.... honestly, my sasaran pasaran abang bukan hanya orang Malaysia, kalau orang luar negara nak sewa kita akan sewakan.  Janji dia bayar dan kita untung." tambah saya ringkas.  
"Nanti macam mana nak market..." Tanya Elly lagi.
"Laaaaaaa... Internet, Facebook, Page, Blog, Tweeter, Path, Whatsapp dan banyak lagi kan ada. Kita guna la.  Kalau Facebook nak chating jer dengan kengkawan, baik lepak Teh Tarik dengan diaorang." saya menjawab dengan penuh yakin.
"Kalau cara tradisi pun boleh, 7-Eleven, Metro dan The Star kan boleh guna." sambung saya lagi.
"Susah-susah kita gantung banner kat mana-mana." tambah saya untuk meyakinkan Elly.
"Honestly, kalau orang kita susah sangat nak bayar amaun kecik-kecik tu, bagi sewa jerk dekat awang hitam, bangla, indon dan banyak lagi." saya menambah penjelasan saya lagi.
"Okey, okey, okey .... Ada apa-apa yang melibatkan kos ker....?" tanya Elly yang mula nampak memahami perjalanan projek 313 saya ini.
"Ada la sayang.... Ubahsuai untuk lantai bilik dan ruang tamu, kabinet dapor, almari dan wardrobe, palam dinding dan banyak lagi.  Kita buat Minor jer dulu." saya menambah penjelasan.
"Pasal duit.... Insyallah ada jalannya. Yang penting kita usaha dan lepas ni pegi jumpa si Azmi untuk kerja-kerja ubahsuainya." Tambah saya lagi. 
"Pasal perundangan kita minta nasihat Wan, Kutipan Abang Akan jadi Collector dan Kebersihan kita lantik makcik Indon untuk kerjakan sebulan dua kali." saya menambah penjelasan berkaitan Strategi Pengurusan  yang bermain dipetak minda saya.
"Begitulah Stategi Congakkan Pendapatan yang sepastinya berjaya. " saya menyimpulkan perbincangan.
"Kenapa Abang kata berjaya, sedangkan belum lagi dimulakan." Elly bertanya.
"Kita kena yakin baru boleh buat okey..." saya mematikan cerita.
"Dah la.... Abang ngantuk la... nak naik atas nak tidur dulu." saya naik ke bilik atas merebahkan diri untuk berihat.
Apa-apapun segalanya bermula dengan perancangan yang baik untuk mengatur langkah yang lebih baik di masa hadapan.  Risau tentang risiko?????? Sepastinya risiko akan ada di mana-mana. Cuma yang tinggal, sama ada kita berani menghadapinya. 

"Well......... Life must goes on."

Salam.... dan salam dari saya,


Selamat melayari dan salam juga untuk semua dari kami sekeluarga.

Regards,

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...