Sabtu, 24 Oktober 2015

2015 Melabuh Tirai, 2016 Mula Melambai

Chatting dengan kawan melalui WhatsApp semalam membuatkan saya terfikir tentang perancangan yang telah diusahakan untuk Tahun 2015.
"Salam..., buat apa tu?" sapanya.
"Wa'alaikumusalam .... takde apa,baru lepas Solat Asar di RnR Sungai Buloh." jawap saya ringkas.
"Ada apa yang boleh dibantu ke?" soal saya lagi.
"Alah ... just nak sembang jer?"sapa balasnya
."Tak dengar Budget ke ?" tanyanya lagi.
"Tak larat nak layan la Cik Pasu Bunga.... Nanti besok baca paper jer la." jelasku.

Itulah saban tahun, bila di minggu terakhir atau pertama bulan Oktober, sepastinya soalan pasal budget dan lebih mendalam pasal bonus jua la diutamakan. Kenapa ? Entahlah, sendiri tunggu sendiri tahu. Sepastinya setiap kakitangan awam akan tertunggu, part akhir pembentangan. Bonus, bonus dan bonus.  Saya??? Saya selain bonus, saya akan lebih fokus pada pelepasan cukai yang saya harapkan bertambah.

Selepas bersembang panjang dan melepaskan lelah, saya menghidupkan enjin dan berlalu balik.  Almaklumlah jam sudah menunjukkan jam 5.50 petang.  Wife pula outstation ke Sumetera sampai Isnin. Mungkin juga dia telah meloloskan diri ke bilik tidor di hotel atau bersembang-sembang kosong dengan kawan di lobi hotel.  Agaknya.....

Sepanjang perjalanan, minda melayang tentang tugasan amanah yang telah kujalankan sepanjang 2015.  Sebagai akauntan bertauliah bagi sebuah Kementerian. Pening juga la. Nasib baik kerja lebih pada Latihan Perakaunan Kakitangan dan Warga Kementerian sahaja.  Syukur juga saya mempunyai kakitangan yang banyak membantu dalam menjalankan tugas-tugas serta amanah ini. 20/15 Latihan Tahun 2015 telah pun selesai sebelum masa ditetapkan pada tahun ini, cuma 3 latihan ad-hoc lagi perlu dibereskan sebelum Tahun 2015 melabuh tirainya.

Apapun itulah perancangan.....  dan sebagai seorang professional rasanya kita perlu melakukan yang terbaik. Bukan kerana politik atau pejabat, tapi lebih pada amanah yang Allah berikan.

Dari segi peribadi pula, acara-acara fotografi agak terhad kerana saya baru bertugas di Kementerian baru.  So, jangan la tunjuk "Ular" pulak.  Ada lah jua satu dua acara yang boleh lah dikatakan pelepas gian dengan sedikit bayaran.

Umumnya tahun 2015, telah berlalu dengan penuh cabaran juga bagi saya.  Namun, berkat kesabaran yang saya sulamkan dengan doa padaNya, hampir semuanya dihadapi dengan penuh ketenangan.

Kini tahun 2016 akan muncul tiba, semoga saya galas dan terokainya dengan penuh keyakinan untuk mencapai professionaliti saya yang terbaik.  Ini termasuklah di bidang fotografi sebagai kerjaya peribadi dan kendiri (Janji masyuk) dan Perancangan Perakaunan sebagai bidang professional yang mana saya berdiri di atasnya.  Tiada perlu apa pun digusar kerana perancangan telah dilakukan seawal bulan Februari 2015 lagi.  15 Latihan Tahun 2015 ditambah menjadi 20 Latihan kepada Kakitangan, manakala Ceramah Ilmiyah dipelbagaikan agar mencapai citarasa warga Professional Kementerian.  Perancangan Kewangan juga telah ditambah dan telah diluluskan pun sebanyak 98% daripada permohonan sebenar.  Best bukan.  

Untuk Latihan Kendiri saya, perancangan juga telah saya siapkan untuk menghadapi Tahun 2016, ini kalau markah teruk juga as per 2013, dan 2014 mahu saya mengamuk jadi Hang Jebat gamaknya kali ini. 

Itulah kehidupan kita denganmasa depan.  Ianya perlu dirancang seideal-idealnya. Kalau tidak dirancang kita akan terkapai-kapai pada tahun berikutnya. Well.... Kita mampu merancang, Allah sebaik-baik Perancang Bukan. Jom Hadapi 2016 dengan penuh perancangan.

Just to Share bagi pembukaan Kalam 2015 yang Bakal Melabuhkan Tirai 2 bulan lagi..

Salam Bersua Kembali,


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...